Isnin, 25 Oktober 2010

Jerai Merdeka Ride (1200 m)




Location: Gunung Jerai, Kedah
Date: Merdaka nite

Sudah lama aku tak update blog ni...Jerai Ride ni pun dah basi dah...dah lama dah...tapi bila fikirkan balik, rugi kalau aku tak share dengan kawan2, sebab bagi aku kayuhan ni agak special dan paling menarik sekali. kebiasaannya bila sebut gunung, maka hiking la..tapi kali ni ride bicycle!

selepas selesai saja Majlis Berbuka Puasa Kelab Staff SMKDSA, aku terus bergegas ke kaki gunung jerai...masih lagi berbaju melayu dan berkopiah...tiada sapa2 lagi yang sampai waktu tu..jadi aku solat isyak dulu di surau yang kebetulan terletak di kaki gunung jerai.

selepas semua rakan2 kayuh sampai..yang hadir daripada beberapa group termasuk Redflag Jitra, Sam Energy Cycle Perlis dan group dari Gurun, akhirnya kami memulakan kayuhan bih kurang pada pukul 9.50 pm.

semua riders bersiap2 untuk memulakan kayuhan


aku bersama Jeff Redflag

tak kira dari group mana pun..where share the same interest

kayuhan di bermula

beza kayuhan kali ni dengan kayuhan2 yang lain ialah kayuhan kali ni straight climb...nama pun gunung...xdak satu kawasan pun yang flat..kalau ada pun soft climb la. jarak hingga ke puncak ialah 11 km, maksudnya straight climb 11 km, intetersting!

kayuhan mulanya dalam kumpulan, akhirnya mula berpecah...besala, kalau kita tengok tour race mana-mana pun bila sampai stage climb memang akan berpecah-pecah, pelaton dan tak wujud lagi...semua sorang demi sorang....aku dok dalam kumpulan tengah...

cuaca yang biasa dengan suhu disekitar 29-30 C tadi mula bertukar menjadi dingin dengan peningkatan aras ketinggian....suasa yang semakin dingin menyebabkan peluh agak kurang dan aku tidaklah begitu dahaga...1 botol air pun tak habis..

hentian ke-2 adalah di Muzium, jarak perjalanan kira-kira 9 km dari kaki gunung...di sana kelihatan semua rakan-rakan cyclist menunggu untuk regroup sebelum kayuhan ke puncak..hentian pertama tadi di km ke-3 untuk regroup, kiranya berenti 2 kali saja la..
aku sampai di tahap ni kira2 pukul 12.00 am..31 0gos ...merdeka..merdeka ..merdeka...

sempat bergambar sambil menunggu rakan2 lain sampai

wan a.k.a pacak

ketinggian di muzium adalah 929 m dari aras laut

member dari gurun yang terus 'pengsan' sebaik sahaja sampai ke tahap ni

aku dan rakan2

rakan2 cycling ..tidak kira apa bangsa dan agama..masing kongsi minat yang sama

kami meneruskan baki kayuhan kira2 2 km lebih lagi...suasana yang sejuk membuatkan ada antara kami yang x tahan...terlalu sejuk, maklumla berada di tempat tinggi, malam plak tu dan pakaian yang nipis...kayuhan terakhir memang begitu memenatkan, ini akibat daripada rehat yang terlalu lama....badan dan otot-otot pun dan sejuk...
kami tiba di puncak hampir pukul 1 pagi....sempat berehat dan mengambil gambar sebelum turun ke kaki gunung. ada yang x sampai..mungkin sebab terlalu penat dan x mampu lagi nak meneruskan kayuhan..tapi segala usaha depa ni patut dipuji.



penamat kayuhan ialah di hadapan pintu masuk Hotel Regency

kira-kira 1.30 am kami mula menuruni gunung..downhill yang paling panjang dan paling aku takut.....aku berada di belakang sekali....kerana laluannya yang curam dan selekoh yang tajam hinggakan ada yang berbentuk U betul2 menguji kecekapan riders dan juga keupayaan brek. yang pastinya brek malam tu memang hangit...tapi ada riders yang hati kering yang melayan setiap selekoh dengan lajunya,..bagi aku, aku memang x berani...sebab kalau terbabas yang ni maka tercampak la ke dalam gaung ..bahaya oooo..aku nak hidup lama lagi, so better aku lebih hati2...hehe ...tapi mmg mengerikan, nasib la brek berfungsi dengan baik walaupun terpaksa shift brek depan dan belakang, takleh constant brek sebab rotor akan terlalu panas seterusnya akan burn brake pad..akibatnya no break at all....dan akan straight to the canyon..

Dalam dok hati2 tu tragedi tetap menimpa salah sorang daripada geng kami...dia terjatuh semasa membrek secara mengejut di satu selekoh...akibatnya patah tulang selangka (klu x silap aku la). dalam sukan extrem macam mtb ni perkara-perkara ni memang biasa terjadi. kalau x penah fall off dan x penah lekat parut tu kira tak dapat lesen lagi la hehehe
kat situ jugak terserempak dengan 4 orang cyclist dari Grik, Perak yang datang semata-mata nak merasai pengalaman kayuhan ke puncak Jerai (kayuhan amek lesen orang kata)

aku meneruskan kayuhan turun dengan pacak...akhirnya aku kembali ride sorang2 sebab dia terlalu laju, dan aku plak x begitu berani.....akhirnya selamat sampai jugak di bawah...kayuhan mendaki ambil masa dalam 2 jam, turun plak dalam 15 minit saja...selepas berborak singkat aku bertolak balik...pukul 2.30 am dah kot sampai umah.


basikal nasrul yang terbelik rantai sewaktu downhill

rakan pendaki yang tercedera , sedang menunggu bantuan dari bawah sampai

aku sempat snap pemandangan bandar Gurun pada waktu malam semasa menuruni gunung ni sorang-sorang.

satu pengalaman yang sangat mengujakan, maklumla..dengar nama Gunung Jerai pun sudah menggetarkan jiwa...tambah2 plak berjaya menawan puncak pada cubaan kali pertama...satu kepuasan yang tak dapat digambarkan oleh perkataan.


just me n nite

Ahad, 26 September 2010

SHIMANO UUM Bike Challenge 2010

A chance for fan to join MTB event...especially MTB fans in northern region ....happy biking! :)

Khamis, 16 September 2010

Ramadhan Nite Ride

Laluan: Jitra-Wang Tepus-Jitra

Jarak: 33 km

Tempoh: 1 jam 25 minit

Kondisi laluan: gabungan laluan landai dan berbukit



kayuhan pertama dengan group Red Flag selepas 3 tahun, akhir sekali aku ride ngan depa ialah pada tahun 2007…waktu tu tour ride ke Hatyai …so agak lama x bertemu dengan depa…dulu2 slalu gak aku pi lepak2 kat kedai basikal Red Flag kalau aku pi Jitra.

Lepas bukak posa aku siap2 untuk ke Jitra, so x pi solat tarawih la malam ni hehe ..kul 8.45 aku bertolak ke sana…kul 9.20 sampai…siap2 bike , dan bersalam-salaman dengan geng2 redflag yang len, yang aku kenai adalah Jeff (boss redflag), Ai (otai redflag) dan Khusairi (roommate aku masa hatyai trip) .…macam nasrul (lontruth) aku selalu tengok pic dia dalam blog Red Flag, baru da kesempatan untuk kenal…yang len2 aku x kenai…. wan dan At juga join kali ni..amri yang balik bercuti dari Langkawi juga join kali ni…so memang excited..


berkumpul di hadapan kedai basikal Red Flag

aku dan mr ai

Jeff bersama Khusairi

Tepat pukul 9.30 pm kami mulakan kayuhan…bila ride malam ni satu benda yang paling penting ialah lampu basikal (depan dan belakang) wajib ada…no compromise, aspek keselamatan paling penting sekali ..kayuhan pada flat route bagi aku sangat lah laju….jeff lead ride..aku plak dok belakang waktu ni…kelajuan tarikan antara 30-36 km/j …sangat laju..terkejut aku mula2 bila bertapa lajunya depa ni…tapi memang camni la kebiasaannya…depa ni geng otai…bg sapa2 yang masih baru dan x cukup stamina sure kena tinggal la jawabnya ….


laluan kayuhan


Kayuhan merentasi pekan Jitra dan menuju ke kawasan kampung2 …jalan yang disinari lampu tadi gelap gelita..hanya lampu basikal saja yang menerangi laluan ..aku yang mulanya dok belakang tadi mula bergerak ke kedudukan lebih hadapan…ini kerana makin lama, aku berjaya menyesuaikan rentak kayuhan …



stop untuk regroup

aku dan amri

we are night riders!

Laluan yang landai tadi berubah menjadi laluan berbukit-bukit, dan akhirnya kami menempuhi pendakian yang paling mencabar (paling panjang)iaitu Bukit Lenguh, nama saja pun dah psyco dah hehehe …aku pun pa lagi ..terus shift ke gear rendah…kayuh secara biasa..x terlalu memaksa…basikal bergolek perlahan …maintain saja..hinggalah sampai ke puncak …..puas rasa bila berjaya mengatasi cabaran Bukit Lenguh …memang laluan agak curam …tapi x la teruk sangat rasa…maybe stamina aku dah makin improve daripada dulu..



kayuhan mendaki di Bukit Penat

eyahhhhh!!!


Laluan selepas tu kembali flat..kat sini lah masing2 mula sprint..aku x ketinggalan…syok bila ada member yang buat breakaway dan yang lain chase …kami kembali ke penamat iaitu di kedai basikal Red Flag ..dan acara akhir adalah minum2 sambil berborak2


final shootout


Apa2 pun kayuhan ni sangat fun, walaupun terpaksa mengendong perot yang kenyang, tapi kepuasan tetap terpancar apabila kayuhan tamat.



aku bersama Jeff


Wan


me n my Jamis


lepak2 dan minum2


aku order air 2 gelas + pau 1 gelas = 3 gelas :D

Ahad, 15 Ogos 2010

Nibong Tebal Mountain Bike Adventure 2010 Part 2


Episode 2

Day 2

1 ogos 2010


Aku bangun awal..kul 5.30 dah jaga dah..Su dan Wan dah bangun dan depa dok buat bising dan bukak lampu, so camna nak tidoq lagi...jadi aku bangun, mandi dan solat subuh..minta semuanya selamat nanti…kami terus menyarung uniform untuk ride..rasa banga pakai jersey ni..sebab tertera besar logo USM, sebagai bekas pelajar aku memang rasa bangga….dan juga pakai padded tight jenama MVR Racing yang aku beli semata2 untuk race ni (tapi terkoyak kat lutut akibat terjatuh masa downhill CP3 baru2 ni sebelum posa…sedih betoi) selepas laod smua basikal masuk dalam Caren, kami bertiga terus pi cari tempat untuk sarapan… …destinasi kami ialah restoran mamak yang memang bukak 24 jam…masing order telor separuh masak dan roti canai…at dan wan masing2 pesan 2 biji telor…dan aku plak 3 biji..2 bijik mana cukup, masing2 sebijik roti kosong…seperti biasa, mcm nak nek gunung gak..akulah yang makan paling banyak..kenyang betoi rasa..nak bangun pun rasa malas… sebelum bertolak tadi aku dah belasah dah 2 bijik roti gardenia (roti azan) hohoho. Terdapat juga peserta lain NTMTBA yang bersarapan di kedai yang sama..pasangan muda, suami isteri …inilah yang dikatakan sehati sejiwa..berborak kejap dengan depa ni.


6.30 am


pekena teloq separuh masak sebagai bekalan


Destinasi seterusnya ialah USM Krian, tempat permulaan dan penamat race….sampai dalam kul 7am..dah penuh dah manusia..para pengayuh2 lain …ramai betoi..masing2 membuat persiapan terakhir…kami pun sama, membuat setup dan test ride terakhir. Apa2 pun amek gambaq dulu..


7 am , unload the race machine


mr jamis


wan & At


peserta-peserta lain membuat persiapan terakhir


wan & Aku


Lepas tu kami bertiga terus ke starting point…dalam kalut2 ni aku masih sempat snap gambar kami…aku terkejut tgk bertapa ramainya cyclists yang awal2 lagi mengambil tempat…cyclists yang datang dari serata pelusuk malaysia…kali pertama aku melihat himpunan cyclist yang begitu ramai sekali..dianggarkan seramai 1700 peserta…aku plak dok bahagian belakang sekali..dah x muat nak selit ke bahagian hadapan…Cuma leh la cut off skit2 …race dilepaskan tepat pada pukul 7.30 am…dan aku rasa aku bermula dalam kumpulan yang ke-1000, mati la nak ligan n potong seramai ni..huhuhu ..rasa gayat gak…target utama ialah nak melepasi chicken loop ..yaitu mesti sampai situ sebelum pukul 12 pm, kalau x lepas tu malu la hehehe …


ready to rumble!


orang len dah nak mula, kami masih nak bergambar :D


kat sini la aku start the race..start pada kelompok seribu lebih


Kayuhan awal bagi aku agak laju…aku dok ditengah2 pelaton ( kumpulan ramai pelumba)..kelajuan pelaton antara 30 -34 kmj ….aku tak terlalu memaksa time ni…hanya follow saja dalam pelaton…sebab masih terlalu panjang lagi jarak kayuhan…45 km ..majoritinya offroad..so aku tamau flat awal…dalam dok maintain ni aku manage jugak untuk overtake peserta-peserta lain…syok time ni, klu potong skali 4-5 orang , dan bnyk gak cyclist yang potong aku …dalam dok kayuh tu…terserempak dengan Nadome Cantabella …pelajar master USM,aku tolong customkan dia bike Giant ATX7 …sambil kayuh tu aku berborak dengan dia…tapi x lama sebelum aku minta izin untuk melajukan kayuhan..aku meninggalkan dia dan manage potong sikit2 peserta lain…At dan wan tah xtau dok tang mana dah…berpecah waktu starting tadi…yang pastinya At mesti pulun awal…sebab dia ni memang ayam tambatan kami…otai yang memang biasa dalam ranking tiap2 kali jamboree..aku dan wan plak baru pertama kali mencuba..masih mentah lagi…masih mencari taktikal kayuhan…kayuhan peserta2 lancar..ini kerana pihak polis menutup laluan kiri dan kanan jalan dan menyekat traffic daripada memasuki laluan kami di simpang2..


Kayuhan onroad bih kurang 10km..kami mula memasuki laluan jalan tar mini yang agak sempit..agak cramp waktu ni…kerana para peserta kembali regroup…terpaksa menanti giliran …3-4 km melalui laluan tar mini kami mula memasuki laluan off road…kawasan ladang getah…aku unlock suspension fork gerek aku…ini kali pertama aku menguji fork yang baru diupgrade..selepas upgrade ari tu xdak masa lagi nak test…so test terus di race ni…laluan yang agak landai dan disulami dengan bukit2 kecil…hinggalah kepada pendakian yang panjang, tetapi tidaklah curam…sekali lagi..berlaku jam di depan…aku dan peserta2 lain xdak pilihan kecuali menuntun basikal..kerana di hadapan mmg dah xleh move…patutnya laluan camni mmg patut xda masalah …mmg buleh climb sangat2 la..tapi aku pun heran…bila ada riders yang dah mula tuntun …so mau xmau yang len2 pun terpaksa menuntun sama…tensen pun ada…dihapanku kelihatan beratus2 riders yang pakat2 tuntun bikes…time ni aku rasa aku dok nombor 800-900 rasa …adehh..nak dapat medal camna kalau camni punya gaya..nak potong xleh …hinggalah laluan kembali flat barulah ada peluang untuk ride balik…kemudiannya downhill, yang x extreme …aku pun apa lagi…dalam kepala time ni dok ingat nak potong riders len ja…so taktik aku, aku x slow dah…belah saja..terpaksa menggunakan alternate route yang lagi rough untuk potong…terpaksa la, klu ikut route yang smooth pakai xleh potong la….tapi rough route memang risikonya tinggi…dengan kelajuan yang x dikurangkan..hampir2 saja terjatuh…tapi aku berjaya mengawal si Jamis ni…fork yg baru di upgrade tidak mengecewakan aku..klu yang lama tu mungkin aku dah tergolek dah…


Aku manage potong ramai gak riders lain waktu ni…time ni memang x ingat pa dah, dalam kepala otak aku hanya 1 benda ja… ‘overtake!’ ..tiada perasaan takut dah time ni…seolah2 macam dirasuk…sehinggalah terlihat 1 kejadian yang betul2 berlaku di depan mata…ada sorang rider ni pacak pala …360 darjah…sewaktu down hill…sekali dengan gerek, skali dengan dia terpusing…mengerikan jugak la…campur simpati, tapi ini race, memang risiko tinggi..aku terpaksa mengelak ke kanan untuk elakkan perlanggaran…tah mamat tu camna..harap2 xda part mana yang patah…huhuhu …kena hati2 …tapi sat saja..pastu aku lupa balik …


Kami sampai di water supply point yang pertama…aku stop jap sambar pisang dan sebotol air mineral..hantam pisang sebijik dan terus kayuh..xleh berenti lama, sebab ada riders yang x berenti..klu berenti 1 minit pun dan berpuluh riders len akan potong…so aku pantas meneruskan kayuhan..sambil sebelah tangan pegang mineral water…sebelah lagi pegang handle…sambil kayuh sambil teguk air…dan ..BUMMMM!!! tergolek …sapa yang tergolek? Sapa lagi ..kalau bukan aku sendiri…rupanya aku yang tergolek! Terpelanting 360 darjah gak la…berterabur botol air tah mana tah…yang aku sedar aku dah terguling atas tanah dah…huhuhu …masa tgh dok minum air tadi…aku termasuk dalam laluan berlubang..menyebabkan off balance..sebelah tangan mmg xleh tahan….tu la silap aku jugak…sib bek xdak pelumba belakang yang x hantam aku…kalau x retired awal la…aku lantas bangun segera dan menyambar gerek …kayuh semula…seolah2 xdak apa2 yang berlaku…paling penting sekali keadaan bike …klu ada part yang rosak abis la…kayuhan smooth mcm biasa..so smua part dalam keadaan baik…Cuma terasa pedih di lengan kiri…aku sempat toleh tengok…rupanya siku kiri aku luka kerana bergesel dengan permukaan jalan tadi…pasir keras…so apa lagi..ibarat kulit dan isi siku aku disagat oleh pasir ni…huhuhu dah start berdarah…blood mix with sand…memang pedih..tapi sikit pun x melemahkan semangat …Cuma x puas hati cara aku jatuh tu..xdramatik langsung..(riders len yang tergolek pun mesti pikiaq mcm aku gak hehehe)


Kami telah melepasi Bukit Tebuan …Halangan ialah Bukit Dua Beradik..seterusnya ialah merentasi anak sungai..memang xleh kayuh tang ni..sebab tebing dia curam…so, apa lagi..tuntun la…skali lagi traffic jam…terpaksa la ragaih kot tebing…time ragaih ni pun aku sempat potong lg 2-3 orang riders yang dok terhegeh2 hehe…kayuhan sekarang adalah mendaki Bukit Tebuan. Waktu downhill Bukit Tebuan ni aku macam rasa ada something wrong kat bike a..ada macam bunyi ketukan kat tayar hadapan,bike run x smooth sgt…so mau xmau..aku stop, dan check tayar depan…rupa2nya quick release tayar depan dah `unlock’…aduhhhh sib baik, bunyi tadi ialah tayar depan yang longgar, kalau la tayar depan tercabut waktu downhill tu…maka big disaster aku rasa…fork sure leh patah…aku plak mesti tersembam ke tanah…lepas `lock’ balik quick release..aku terus sambung ride..masa stop tadi pun ada 2-3 orang rider yang potong aku…..Chicken loop dah lama aku lepas..so selamat la dari gelaran chicken hehehe.


Kami telah melepasi Bukit Dua Beradik…laluan kembali mendatar…time ni la aku start all out…sorang demi sorang aku potong….hinggalah ride menuju ke pendakian yang paling sukar, iaitu Bukit 300 ..nama ni mungkin sempena ketinggiannya yang mencecah 300m dari paras laut... jarak kayuhan kat sini ialah 23 km, kira separuh kayuhan…Pendakian yang agak curam…dari awal2 lagi ramai peserta dah tolak gerek…aku gagah jugak kayuh sambil menjerit “rider!…rider!” sebagai memberitahu yang ada rider kat belakang yang tengah kayuh…ada yang bagi laluan..ada yang x …so klu yang x tu..solution dia..aku tuntun sama…nak marah pun xleh…jadi tolak la sama2…dalam dok tolak ni pun aku potong gak 1-2 orang , jadi la hehhe klu ada tempat yang cam x curam sangat aku kayuh…bila depan mcm jam, aku tolak…tapi tolak sebenarnya sama penat ja mcm kayuh…so better kayuh…di sinilah cabaran sebenar..so x pelik bila ramai yang lepak tepi trek…mungkin sebab kepenatan…ada yang lepak ramai2 ..kumpulan 3-5 orang…siap leh isap rokok lagi…bagus..memang bagus, rehat la lama2 sikit….aku bila tgk ada yang berenti kat tepi memang aku rasa syok…sebab leh potong depa..Cuma aku x ucap terima kasih ja hehhe …kat sini pun ramai yang mengalami masalah bike…paling ramai ialah tayar pancit….ada gak yang 2-3 orang rantai putus..yg ni pkai say good bye terus la…aku plak xda masalah berat lagi..Cuma RD (gear belakang) xleh shift ke gear 8 or 9 …adusss…akibatnya, bukit yang curam skit leh guna gear 7 ja, memang meleleh la nak climb…susah2 tolak ja la …hampir2 ke puncak aku terasa betis macam len macam skit…betis kiri aku rasa nak krem…sudahhh…aku perlahankan skit kayuhan…hingga ada 1 pendakian kecil..terus tangkap betis..aku stop2 betul2 tengah laluan, sakit sangat rasa betis kiri…macam dicucuk2…nampak ada riders kat belakang aku bagi isyarat kat depa…so depa faham pasaipa aku masih di tengah laluan, nak jalan pun xleh time ni…sib bek la aku masih boleh teruskan kayuhan selepas beberapa minit…patut la ramai yang tersadai di tengah2 jalan tadi…rupanya betis krem..dan ramai lagi yang alami masalah yang sama…


Kayuhan di puncak Bukit 300 memang mencabar..lereng2 kawasan ladang getah..dan ditepinya gaung memang bahaya…so disini memang terpaksa lebih hati2..x pasai2 jump masuk gaung…kemudianya kayuhan downhill plak…menuruni Bukit 300, memang sangat curam…dan sangat mengerikan, betul2 menguji kecekapan kendalian, keberanian dan cengkaman brek…klu brek x bagus mmg pakai x stop la jawabnya, terus terbang masuk gaung hehehe aku mmg slow penurunan time ni…lutut pun dah x kuat, cam menggeletar ja rasa…betis pun kadang2 rasa seperti dicucuk2 …konsentrasi pun dah makin kurang …so aku ride dengan selamat ja time ni..x sanggup aku tersembam pacak pala lagi kali ni..sebab permukaan banyak berbatu2..apabila laluan curam dah abis..laluan landai berbatu2 plak…aku ride mcm biasa balik…Cuma area ni memang akan melingkupkan gerek…so ada rider yang macam sayang gerek depa ride slow2 ..maklumlah ,bukan murah gerek tu..beribu2 abis mod ..dan ramai juga termasuk aku dah x kisah..lanyak selanyaknya, aku x pikir dah…abis duit pun xpa..janji puas ati ..hehe


Laluan kembali landai…Cuma masih lagi di off road…tekak memang haus..terjelir lidah sikit2 time ni..bekalan air yang aku bwk dah lama abis masa atas bukit 300 tadi..padahal aku bawak 2 liter lebih dalam bagpack ..sedut sikit2..kot leh tahan, tapi bila sedut2 air x kluar mmg sah abis…adoi haus xtau nak kata camna la…nak mintak kat riders len depa pun mesti sama gak mcm aku…so kayuh gak la..now tinggal lagi 10 km untuk tamatkan race…aku memang kayuh all out time ni…laluan landai..tiada lagi traffic jam…misi sekarang ialah untuk overtake sebanyak mana riders yang len…ingat dalam 15-20 orang gak aku berjaya potong hinggalah sampai ke last checkpoint dan waterpoint…lega rasanya, sebotol air mineral tu 3 kali teguk je rasa..abiss…masih x ilang lagi haus hohoho …aku masuk on road dah…ada lagi bih kurang 6 km nak tamatkan race …time ni mmg all out…speed dlm 30-35 kmj …tapi x ramai yang aku berjaya potong..ingat dlm 10-15 orang camtu ja…sebab gap antara riders agak jauh…. Menghampiri gate usm ja aku paling belakang…memang xda orang…depan pun xdak orang …so aku kayuh x terlalu rush hingga menuju ke finish line…nampak ramai betoi yang dah sampai …sampai ja, geng urussetia mark nombor aku dan mengalungkan pingat (sengih sampai ke telinga time ni :D )…sempat aku bertanya kat awek yang tukang kalung pingat tu…aku yang keberapa sampai…dia belek di belakang medal tu …tempat ke 305 katanya…wahhhhh bestnya rasa,aku dok sangka tempat ke 6xx ka, x sangka pertama kali masuk, dan bermula dalam kelompok belakang aku menamatkan pada nombor ke-305 daripada 1700 peserta…betul2 rasa puas…aku menamatkan kayuhan sejauh 45 km pada pukul 10.40 am .. 3 jam 10 minit tempoh kayuhan.


Benda pertama sekali aku buat, aku terus kayuh p kat khemah medic…pedih betoi rasa siku aku…kat situ aku tengok ramai riders lain pun sama nasib macam aku..ada yang luka siku..luka lutut..muka bengkak (sah tersembam muka kat permukaan jalan)..sebab tu helmet dan glove adalah benda wajib bila ride …yang teruk lagi terbaring dalam ambulans hehehe ..so ambulans time ni memang meriah masuk keluaq, aku terus dapatkan rawatan…apa lagi cik misi tu mmg tenyeh(cuci) luka aku…sebab nak buang pasir yang dok terbenam dalam isi luka tu…pedihnya x terkira..macam nak kluaq ayaq mata pun ada..tapi bila pikir balik, sakit cari sendiri..so tahan gak la, buat2 macho ..macam x sakit…misi tu pun buat2 tanya..”pedih ka?” masa dia tenyeh luka tu dengan kapas berisi alcohol…nak ja aku jawab “x pedih ehhh…sedapppp!!” hehehhe


inilah kenangan


pedih la gak time ni...campur dengan penat


Selesai rawatan aku terus ride pusing2 kot2 terjumpak ngan wan dan at, at aku pasti sampai awal lagi (dia dapat tempat ke-186, biasanya dia ni dalam top 80)..wan ni yang aku konfius..tah2 sampai awal lagi daripada aku…sure kena kutuk ngan dia lam keta nanti …pusing2 last aku jumpa Mr Ai Redflag …antara rider terkuat dalam team Redflag dan member lama…lama betoi aku x pi lepak di kedai basikal Redflag Jitra…aku pernah join depa kayuh ke Hatyai tahun 2007 dulu …dia pun terperangkap dalam kelompok belakang …dapat tempat ke 1xx ja, ..pas borak2 ngan dia aku pusing2 lagi..bila dah xnampak makhluk yang berdua lagi tu aku pun lepak saja tepi jalan….akhirnya wan sampai juga…dalam kul 11 lebih ..tahniah..dia sampai tempat ke-6xx, dapat gak la medal, medal di beri sampai tempat ke 700.


me with mr Ai Redflagg

:D


Secara keseluruhan penyertaan aku kali ni aku rasa amat berjaya..aku hanya target untuk menamatkan kayuhan dalam masa yang ditetapkan saja…so dapat medal tu dah kira bonus..bagi aku penyertaan dalam mtb jamboree adalah kemuncak bagi minat dalam dunia mtb ni…macam2 ragam ada…selain mendapat ramai rakan2 yang mempunyai minat yang sama yang sanggup datang dari serata Malaysia ..walaupun medal tu aku rasa kos nya hanyalah rm3 ,kalau nak kira kos upgrade gerek, kos perjalanan, kos pernyertaan dan kos repair memang aku dah abis beribu….tapi nilai kepuasan dan keseronokan dalam menyertai jamboree ni bukanlah boleh dibeli dengan wang ringgit…ingat lagi ada sorang rider ni…dia sampai dalam kul 1.30 ptg (dalam kul 2 petang pun masih lagi ada yang dok sampai) ..dia punya expresi diri tu memang dasyat…hampir mencecah finish line tu dia menjerit sorang2..jeritan kepuasan yang x terhingga…jerit kepuasan kerana berjaya menghabiskan kayuhan…itulah kepuasan dan keseronokan sebenar..bukannya medal semata-mata, tetapi puas kerana berjaya bertarung dengan diri sendiri lebih bermakna…aku sempat ucap tahniah kat dia..bukan main syok lagi dia walaupun aku rasa dia mendapat tempat ke 1500 kot…tapi itulah kejayaan dan kepuasan baginya…peduli apa orang nak kata apa pun…

washing servis


lucky draw...but no so lucky..not even in school PIBG Meeting lucky draw


me , su & at

wan

Bagi aku pula, walaupun mendapat tempat ke -305 lebih dan mendapat parut yang kekal kat siku..hinggakan pi sekolah esok lenganku masih berbalut…pastu kawan2 dok kutuk plak …tapi aku tetap rasa puas dan seronok..pedulikan kata-kata orang…bila kawan2 dok mengusik (mengutuk) aku gelak saja..malas aku nak layan..sebab depa memang x faham apa2 …di sini jugak aku jumpak balik kawan2 masa stdy di usm dulu, dah 8 tahun x jumpak..rupa2nya jumpak di medan mtb ni…yang penting sekali aku x sanggup life aku terlalu static..pagi pi kerja..balik kerja rehat, malam tidoq…its repeated again and again …so boring!! Life mesti ada fun..mesti ada cabaran ..barulah hidup ini bermakna..


good bye USM Krian


on the way back to Kedah..welcome home!