Khamis, 26 April 2012

The birth of Specialized S-Works Stumpjumper M5


Projek nak tukar basikal @ gerek ni dah lama dalam perancangan , Cuma faktor ongkos saja yang menjadi halangan, so penyelesaiannya kumpul la sikit demi sikit barang2, Cuma kaedah ni ada kekurangannya, kadang2 rancang nak amek frame len, tetiba p beli frame lain plak, maka akan timbul masalah barang x ngam dengan frame ..seperti seatpost dan bottom bracket  yang lain2 size mengikut jenis brand. So aku tang seat post tu terkena gak la.



Selepas beberapa lama kumpul barang, maka 1 saja lagi yang tinggal, dan yang paling penting, iaitu frame set ..yang pastinya aku kekal dengan hard-tail, sesuai dengan stail kayuhan berbentuk XC dan touring dan keberanian aku (tak berapa berani layan downhill). Lagipun jenis hard-tail frame-set tidaklah semahal dengan jenis full-sus, kalau frame full-sus yang baik harga mencecah rm6k, campur2 part2 len mau cecah rm20k untuk complete bike, frame yang mid-end plak geometri tak berapa sedarp! Dan berat plak. Tapi orang kata kalau dah suka brapa pun xpa, so tepuk otak tanya lah poket anda! Kalau dah kawen kena la tanya bini sama, lau bini x marah xpa la, lau dah tau dah dia akan marah xyah la tanya, x pun beli rm5k , habaq la rm500 hehe.


Ada beberapa frame-set pilihan antaranya GIANT XTC Fr, Bianchi JAB dan Specialized S-Works M5, kesemuanya sangat ok, sebab kesemua frame ni memang high end dan tahap tournament , Cuma bukan carbon fibre frame, kalau jenis carbon fibre siri yang disebutkan di atas maka frame saja pun dah rm5-6K. So aku pilih aluxx alloy sebab x mahal sangat dan lasak.


Mula2 dok aim GIANT, tapi frame size dia yang xdak size 17, then area utara ni memang ramai yang pakai GIANT, so kalau boleh mau pakai yang rare skit ..so usha Bianchi plak , brand dari Italy, x ramai sangat orang pakai, harga frame set dia pun agak ok, dalam rm1.5k saja, Bianchi siri JAB ni memang competition level frame, tapi contact dealer xdak stok plak. 

Specialized S-Works M5 memang menjadi frame idaman sejak dulu lagi, Cuma faktor harga dia yang sedikit mahal , hold la kejap ..tapi bila model 2012 ni keluar, rasanya x mampu nak menahan godaan lagi. Frame set ni kira rare, dan limited edition, besanya mid year tahun tu stok dah abis.

Selepas cukup semua parts, tempat yang dituju adalah Kedai Basikal D-Pallas, Jitra. Kedai milik saudara Iliyas, kira dia ni antara pomen basikal terbaik di kawasan Alor Star dan Jitra ni. So dia yang akan assemble kan segala parts tadi menjadi complete bike. Berkaitan dengan parts , kira rojak la jugak ..ada yang aku cabut kluaq dari Jamis , iaitu fork, crank dan rantai . Ada yang aku beli baru, iaitu brekset, RD, Shifter, Wheelset, stem, handlebar, seat dan yang len2 tu aku dapatkan di BBS.

Walaupun sistem gear lama dah ada 10 speed, aku masih mengekalkan sistem 9 speed, kerana bagi aku, 9 speed dah mampu untuk climb mana2 trek, x payah sampai 10, gear 9 pun jarang2 guna.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..masalah bertimpa2..pening kepala aku sebab frame ni x brapa ngam dengan parts yang aku dah ada dan aku dah beli, dan pening kepala ni x ilang kalau makan panadol, pening kepala ni maknanya duit aku akan terbang lagi. Frame ni menggunakan sistem yang sangat berbeza dengan frame2 yang lain, mula2 pada bottom bracket ..frame ni guna BB size 30, yang hanya digunakan pada crank SRAM dan Truvative, owner2 lain ramai yang guna BB PF30 SRAM dan pakai adapter plak untuk ngam dengan crank Shimano, aku bernasib baik kerana terdapat BB jenama Token yang dia buat khas untuk crank Shimano (new product), jenis press fit. Kedua pada heatset, kena pki adapter pada fork kerana part bawah headset tu besar, atas kecik, kat bawah besar..nasib ada benda tu dan yang ke-3 yang betul2 buat kepala aku pening ialah brakesets yang x ngam dengan mounting frame, frame ni guna post-mount 140 (khas untuk rotor 140 mm, lau nak pakai rotor lebih besau kena pakai adapter) , brake yang aku beli adalah jenis Shimano XTR M975 (guna mount IS), masalahnya xdak adapter di pasaran (local la, coz soh kawan2 tanya di KL dan Penang pun xdak, yang ada di Taiwan, KCNC ..lau order amek masa 14-20 hari).
Frust gak coz brake ni mahal, beli baru ..akhirnya sebagai ganti aku beli brake Shimano Deore XT 2012. Memang sayang lat letgo brake XTR ni, XTR beb! Tapi Deore XT 2012 ni memang cun hehe, yang x cunnya duit abis huhu so setakat post ni ditulis brake XTR M975 masih ada, so sapa2 nak aku nak tolak murah2. Kerja2 pemasangan brake dan finishing aku buat kat Exteme Bike, Alor Star.

Masih terdapat part yang aku rasa nak tukaq, tapi poket pun dah kering ..so tunggu len kali plak lah, so untuk next projek mungkin upgrade fork dan crank, crank XTR dan fork ‘musang’ ..ermm yummmyyyy!!

Specs:

  • Frame: Specialized S-Works Stumpjumper M5 2012
  • FD: Shimano XTR M970
  • RD: Shimano XTR M972
  • Fork: Sr Suntour Axon
  • Crank: Shimano SLX
  • Shifter: Shimano Deore XT
  • Brekset: Shimano Deore XT 2012
  • Rotor: Shimano Deore XT ICE Technologies
  • Cassette: SRAM PG990 9 speed
  • Cainring: Shimano XT
  • Pedal clip: Shimano XT
  • Wheelset: Mavic CrossRide Romania
  • Tires: Hutchinson Piranha 2.0
  • Seatpost: S-Works
  • Seat: Bontrager RL
  • Handlebar: FSA K-Force Carbon Riser
  • Stem: KCNC 80 mm




5 ulasan:

  1. berapa harga frame M5 nie

    BalasPadam
  2. Frame HT M5 2012 dalam RM2200 harga asal.
    Mmg headtube dia taper dan gunakan PF30 utk Bottom Bracket.
    Tapi maklumat dalam blog ni silap, PF30 dan BB30 dua item yang berbeza.
    Elak gunakan adapter samada utk head ataupun BB, stiffness kayuhan dan handling akan berkurangan.

    BalasPadam
  3. Frame untuk 26 memang dah dihentikan production pasal sekarang Specialized hanya keluarkan untuk 29 sahaja. Kira ni dah jadi macam rare item.

    BalasPadam
  4. tq tuan di atas pembetulan, mcm sy mmg jd masalah sebab costumized dgn parts yg dah ada..bila spec dia dah byk ubah maka terpksa carik adapter

    BalasPadam
  5. numpang tanya, apakah masih ada bisa dapat beli ini frame sworks? thx

    BalasPadam