Ahad, 27 Februari 2011

Hatyai CNY Tour Ride 2011





Peta laluan kayuhan - map by Sports Tracker 

nice shoot by comelfs (pick from Tandop albums)

Kayuhan ke-2 ke Hatyai..1st pada tahun 2007…lama dah x kayuh secara insentif…sampai member2 gerek pun dok perli2 hehehe. So kali ni aku menyahut cabaran depa…trip ni adalah anjuran RedFlag Cycle Team, Jitra. kali ni penyertaan agak ramai..bih kurang 30 riders..ada yang dari Penang,Perak ada yang dari KL mai semata2 nak kayuh tour ke Hatyai.. bagi aku, aku memang minat kayuh tour ni, sebab ia 1 bentuk travel cuma kayuh gerek.


Aku berjaya jugak meracun abg din supaya join aku,..kalau ada gerek tapi x kayuh memang rugi, sekali-sekala lidah terjelir dengan berkayuh best jugak.

abg din dan aku






1st day 11 Feb 2011

Bertolak dari Kuala Nerang pukul 4.45 am , kepala dok pening lg time ni…terus ke Changlun, breakfast kat kedai mamak situ..aku seperti biasa akan makan dengan banyaknya..sebagai bekalan, sebab kayuhan tour amek masa yang panjang dan memerlukan endurance yang tinggi.
Pukul 6.30 am tiba di border Malaysia – Thai, ingat ka awai dah..tapi ramai lagi yang lagi awai..deretan kenderaan yang panjang ..masing2  amek kesempatan sempena cuti CNY untuk pergi bercuti. Keadaan sama jugak di border Thai..terpaksa beratur panjang. Pukul 8 lebih baru selesai uruskan pas perjalanan.

sesi bergambar sebelum memulakan kayuhan - pic by tandop

Selepas sesi bergambar,kayuhan di mulakan di pekan Danok, Thailand pada pukul 9 am..agak lewat ..kayuhan dimulakan …aku, din dan pacak memulakan kayuhan di kelumpuk belakang…x perlu nak rushing…kayuhan agak santai ..cuaca masih sejuk dan keadaan angin yang sederhana…sambil berborak2..memang best…

ride free






hentian yang pertama di pekan sadao - pic by tandop
Kayuhan 10 km pertama agak santai dengan laluan sedikit berbukit, tetapi dengan tenaga yang masih banyak tidak terasa sangat…hentian pertama adalah di pekan Sadao , dalam 12 km dari tempat permulaan..kami berehat sebentar membolehkan riders regroup semula. Menjadi lumrah pada kayuhan tour memang riders akan berpecah2 kerana masing2 akan mengayuh mengikut phase masing2. Yang biasa laju akan tarik laju..yang moderate kekal sederhana laju…matlamat 1 ja, janji sampai!


Kayuhan diteruskan, Cuma beza sekarang cuaca makin panas dan benda yang mempengaruhi kayuhan (senang cakap benda yang membuatkan aku penat) sekarang ni adalah keadaan angin. Keadaan angin tidak menyebelahi kami…kayuhan berlawanan dengan arah angin memang betul2 memenatkan, tambahan pula aku ride sorang2 now..terpisah dari group depan dan belakang..moralnya cubalah ride dalam group dan dok ditengah2..nescaya kuranglah penat hehe. Hentian ke-2 adalah di pekan Klongek , kira2 30km dari Danok…so baru separuh perjalanan. Kepenatan mula terasa..cuaca cukup panas.

hentian ke dua di pekan Klongek

kayuhan melepasi patung budha gergasi - pic by tandop

Kami sampai ke destinasi penginapan iaitu hotel Newworld kira-kira pukul 12.40pm. aku menginap dengan din…sangat penat rasanya…selepas mandi n solat aku turun ke lobby..abd din terus terbongkang tido..aku kejut ajak pi makan pun dia xmau dah..aku terus join dengan group red flag dan pi cari makan, destinasi ialah Restoran Chee Karr. Satu restoran muslim yang agak popular di kalangan pelancong dari Malaysia. Harganya pun buleh tahan mahal..tapi bila dah perut sangat lapaq ni x kira dah. Masakannya memang buleh tahan sedap..licin semua..maklumlah semuanya hero2 yang tengah kelaparan.

basikal park di basement hotel

berehat sebentar sementara tunggu nak check in - pic by tandop


jom ronda hatyai


dalam tut-tut

habis lincin semua makanan

Kami seterusnya menaiki tut-tut (sejenis pengangkutan awam yang femes di siam ni), bersesak-sesak dalam ni..dia punya pemanduan tu mmg bahaya..nasib x tercampak atas jalan. Destinasi seterusnya ialah floating market..tapi malangnya x bukak (bukak hari jumaat-ahad shj) so frust gak la, terus balik ke hotel penginapan dan kami merayau ni pekan hatyai ni…tapi xlama sangat..perut betis dah mula lenguh, so kami balik semula ke hotel..aku apa lagi, terus layan tidoq..abg din dah bangun. 

CIMB Bank in Hatyai


CNY celebration in Hatyai

Malam kami berkunjug ke Hatyai Pettai ,lbukan ulam petai tapi macam pasarla…dinner kat gerai situ..makanan dia leh tahan maha, balik tu aku dan abg din terus meronda di sekitar hatyai..tgk night life kat sini…ramai pelancong Malaysia sini..area di sekitar Lee Garden Hotel menjadi pusat tumpuan di Hatyai ni.

ride tut-tut to Pettai
dinner kat gerai situ, nasi apa tah kaler kuning..macam mambang kuning




































2nd day
12 Feb 2011


pic session sebelum kayuh balik ke Malaysia




dari kiri Nasrul, Ai, Kulat dan Mr Pau (penulis)

Kami check out pada pukul 10 dan memulakan kayuhan balik ke pintu sempadan Bukit Kayu Hitam..sempat lagi singgah dan shoping di kedai gerek kat situ..ramai gak yang lebur duit kat sini, tuning parts di sini memang lebih murah banding ngan Malaysia …aku beli saddle bags dan pannier (carrier) ..harap2 leh guna benda ni untuk tour ride one day.

buah-buahan segar sebagai bekalan

Kayuhan diteruskan..walaupun cuaca sudah agak panas..tetapi keadaan angin …so kayuhan maintain 28-34 kmj , smooth ride …syok sgt time ni..relax ja rasa…tapi kayuhan lancar tu xlah berkekalan..kira-kira 10km lagi nak sampai border..area pekan sadao suasan berubah..cuaca cukup panas, dengan keadaan yang sedikit berbukit..ditambah kumpulan yang ramai tadi mula berpecah…kayuh sorang2 time ni..naik dan turun bukit tu memang sangat meletihkan. 

pit stop di pekan klongek, makan pisang dulu! - nice pic by tandop


Akhirnya dengan 2 kali saja berenti, 3 jam lebih sikit saja, 61 km, kami sampai di Thai – Malaysia border..sebelum menyeberangi sempadan kami singgah lunch di pekan danok..

lunch time di Danok, makanan yang sedap + lapaq = memang best!


Selepas bersalaman dengan rakan2 cyclists yang lain, ada yang terus shoot balik KL , kami pun beredar..satu pengalaman menarik, tapi aku harap 1 day aku akan kayuh further, meet new peoples, new experience …



Altitude dari Bukit Kayu Hitam ke Hatyai - Altitude profile by Sports Tracker 

Kelajuan kayuhan dari Bukit Kayu Hitam ke Hatyai - speed profile by Sports Tracker