Jumaat, 11 Jun 2010
The cronicles of Gunung Besar Hantu(1452 m) 14-16 Nov 2009
Excited! That’s the 1st word that came out from my mouth when BJ sending me sms on the next climbing trip. Apa lagi..aku terus contact crime partners aku, mr khai n abg din…tapi malangnya mr khai ada hal yg x dapat dielakkan …abg din memang xda masalah, aku setakat 2 org memang aku join jugak, ni peluang yang x bleh dilepaskan…no more 2nd trip for this mountain…get it or lose it…sebenarnya xtvt jenis2 ni memang sangat menyeronokkan…join sebagai peserta memang xda sebarang tekanan..hanya benda2 camni la saja yang boleh buat aku lupakan sementara kesibukan tugas di sekolah, lupakan sementara muka pengetua yang x la berapa manis sgt hehe
2 orang less fun..so aku bincang dengan din ..better try ajak kawan2 len…at least syok skit klu ramai dan yang penting sekali din kata, we ll teach them a lesson ..hehe look and follow what otai gunung do..sembang kemas si din ni..akhirnya meon a.k.a zomba dan pudin (rakan setugas di smk lubok merbau) setuju nak join, dats great!
Puncak Gunung Hantu Kecil dari Puncak Gunung Hantu Besar
Cerita skit pasal Gunung Besar Hantu ni, dengar nama..agak mengerunkan, mungkinkah ada hantu besar di sana..huhu.. terletak di negeri Sembilan, di Daerah Jelebu. Ketinggiannya 1452 meter (4764 kaki) dari aras laut, maknanya paling tinggi setakat 3 gunung yang pernah aku daki. X banyak yang diketahui pasal gunung ni..so research dalam internet penting untuk mengetahui selok belok trek pendakian samada light, moderate ataupun hardcore…the verdict is moderate
Day 1 Jumaat 14 Nov
10 am
Kami bertolak dari kuarters guru smk lubok merbau dalam pukul 10 am, so antara kami berempat aku la yang paling otai dalam bab2 gunung ni..din baru nak masuk dua..pudin n zomba 1st timer. Pukul 2.30 pm kami sampai di depan bangunan Seri Kinta, HQ Jabatan Alam Sekitar, Perak. Bincang pi bincang mai, perserta hanya dalam 20 org lebih, to costly klu nak sewa bas..so organizer make decision drive sendiri, so kami pun shoot terus in convoy bersama BJ and the gangs, kami naik keta Waja din. Sampai di pekan jelebu dah malam..dan Pengarah JAS Perak, Tn Hj Abu Hassan blanja kami makan, tq boss…selesai makan kami
terus ke rumah pengarah …rumah pusaka ..dia asal sini, its malay traditional house ,cantik dan masih utuh..so kami bermalam di situ ramai2.
Day 2 Sabtu 15 Nov
7.30 am
Selepas selesai sarapan kami mula bertolak ke Kg Chennah, kira2 sejam perjalanan dari Pekan Jelebu..menerusi kawasan kampong, jalannya yang agak kecil dan bengkang bengkok..merentasi kawasan beberapa batang sungai akhirnya kami sampai di tempat yang di tuju..di sana para guide telah sedia menanti kami…sempat bersalaman dan berborak2 sambil tanya selok belok trek pendakian, bagi aku mengenali laluan, tahap kesukaran tiap2 trek pendakian sangat penting..ini bagi persediaan mental dan fizikal serta corak pendakian nanti..to rush on the hard trail ll burn so much calories and u ll flat to early (this happen to din at gng bujang Melaka hehhe)..to relax on the light trial shall waste the time..
Perjalanan diteruskan dengan menaiki 2 pick-up truck menuju ke kaki gunung, perjalanan menerusi jalan tar mini dan juga gravel…merentasi perkampungan orang asli, tiada beza dengan perkampungan melayu..mereka juga turut sama menikmati arus pemodenan…perjalanan ke kaki gunung lebih kurang 7 km..
10.30 am
Selapas warm-up session yang dikendalikan oleh zomba, pendakian bermula…aku seperti biasa akan duduk group depan dengan pengarah, din, zomba dan pudin pun berada di depan. trek mula2 pun agak curam..penat awal la kali ni hehe kemudian kembali mendatar sehinggalah sampai ke Sungai Kering (tapi sungai ni x kering ). Di sini kami stop, regroup balik dengan group belakang…ikut pengalaman aku, pendakian dalam group besar ni mmg akan berpecah , biasanya 3 group..group laju yg lead, group moderate di tengah2 dan group santai di belakang…sambil2 tu kami menikmati lunch yang telah ditapaukan..erm mmg sedap..sebab perut tengah lapar.
Selepas semua berkumpul dan dah selesai lunch..kami meneruskan perjalanan..kami berempat seperti biasa berada di group depan..pudin yang tadi (sebelum dan awal2 pendakian) galak mengambil gambar menggunakan dslr canggihnya kini menyepi..din suruh amek gak, dia kata xda mood..aku senyum saja..aku paham..bila badan dah penat memang x lalu nak amek gambar ke..yang lalu ni 1 ja..makan lalu la hehe. Laluan agak mendatar, tetapi agak semak..dan trek tidak jelas..mudah sesat kalau x berhati2..dan inilah yang bakal tejadi nanti hehe. Bagi aku trek mcm ni walau mendatar tetapi terpaksa meredah semak samun, tidaklah begitu menarik..calar balar lengan sebab terkena duri..perjalanan di tebing2 bukit agak berbahaya kalau x berhati2…
Aku dan din mula meninggalkan zomba dan pudin..maklumla kami dua ni otai (pinjam kata din) …kami ikut saja guide…yang jenis x reti penat (guide pompuan :) ) hehe xkan nak tunjuk lekeh kot..akhirnya din pun aku tinggalkan…sorry abg din, abg din yang mulakan dulu perlawanan ni hehehe aku follow saja guide yang agak ke
depan..gagah gak la..kes malu ngan pompuan hehe akhirnya selepas berenti beberapa kali, memulihkan kembali tenaga aku sampai ke kem orkid base camp x lama selepas guide sampai…tgk jam pukul 2.05 pm ..selepas 3 ½ jam pendakian….puas rasanya, penat x sangga…abd din sampai x lama selepas tu, diikuti zomba dan pudin..dan kawan2 lain...sampai, kecuali group BJ, confius jugak sebab geng belakang BJ dan sampai…ermmm tu maknanya group BJ dah sesat…satu benda yang paling ditakuti dalam xpdc panjat gunung adalah sesat….aku dan geng2 lain sudah x sedap ati..klu dorang gagal recover dalam masa beberapa jam ni, alamatnya trip ni kira cancel la..syukur dalam kul 3.30 camtu akhirnya muncul juga geng sesat ni hehe yang lawaknya guide tu yang bawak jalan salah..nasib sedar awal bila dah laluan tu mati, selamat2.
Kami yang lain2 memasang dah siap pasang khemah. Tn Hj (pengarah) cadang pendakian ke summit disettlekan ari ni gak…sebab ari pun masih awal lagi, (x la awal sgt sebenarnya..dah pukul 4) tapi risiko turun ke base camp malam la. Aku pun cucuk Tn Hj..sokong cadangan dia, sebab xnak jadi mcm di Gng Bujang Melaka tu..hari terakhir tu sgt perit sebab shoot puncak dan turun balik…kami berbelah bagi, last dia guna veto..smua naik, aku senyum saja..yess!!
Pukul 4 pm camtu kami shoot ke puncak, cuaca agak redup..masing dah spare touch light gerenti akan sampai malam di base camp…trek yang sempit dan pendakian mengikut
lereng2 bukit, sangat cantik…frontpage ni blog aku ni pun aku guna pic yang disnap dari gunung ni (pudin yang snap, aku balas hehe). Pendakian juga merentasi puncak2 palsu..ingat dah sampai..rupanya ada blum lg..puncak lain da..keadaan mula berkabus..agak tebal..suhu mula menurun..agak dingin..penat xyah cakap la…keadaan pokok mula berubah, tumbuhan berlumut dan pokok2 renek mula mengambil tempat pokok2 balak…laluan pendakian menerusi matang…terjumpa batu sempadan (ingat batu nesan hehe) yang memisahkan negeri Sembilan dan Pahang, rupanya2 kami berada betul2 di atas banjaran titiwangsa …mcm x percaya lak..tapi itulah kebenarannya..tapi kelibat puncak besar hantu masih belum kelihatan..turun bukit plak, akhirnynya pendakian terakhir..hujan mula turun..dengan lebat..laluan bertambah sukar..misi ke puncak kali ni dlm group, jalan skit tggu group belakang…tapi pecah gak..selepas tercungap dan berenti 2-3 kali..kami akhirnya sampai ke puncak Gng Besar Hantu, dalam hujan lebat hohoho kul 7 pm time ni, 3 jam dari base camp.
Keadaan dipuncak tidak dapat digambarkan, sebab xleh nak amek gambar hehe kerana tgh hujan lebat…yang kelihatan hanyalah kabus…tiada pemandangan cantik…just heavy rain and tear of joy (xla sampai tear), but its really great, this what Im looking
for…segala kepenatan bagaikan hilang, segala kesakitan bagaikan terubat bila berada di puncak….tapi sayang saat yang hebat ni xdpt dirakamkan, dslr ribu-ribu milik pudin n ipin berbalut kemas di dalam beg, mujurlah ada Olympus u1050 waterproof milik aku menyelamatkan keadaan, klu x xda kenangan la dipuncak gunung ni…apa lagi dengan riaknya aku keluarkan dan snap beberapa gambar di puncak ketika hujan lebat..rasa hebat seketika..hehe
Tn Hj Abu Hasan (Pengarah JAS) Perak sampai ke puncak, tahniah!
Kami x lama berada di puncak kali ni, hanya dalam 20 minit ..kerana bimbangkan kilat, kami turun terus ke base camp..suasana sudah gelap ketika ini..din berada di depan sekali, Tn Hj dan aku ke -3, trek gelap..bagaikan lewat malam walaupun dalam kul 7.30pm…lampu mmg pasang sebab x Nampak trek, hujan masih renyai2 ..dicampur trek yang licin menyukarkan penurunan..Tn Hj 2 kali hampir jatuh gaung disebabkan jalan licin, dan tempat dipijaknya runtuh…nasib dia sempat berpaut pada akar, klu x kena wat xpdc rescue lak, ada aku dan din cover dia…mmg perit,tapi semangatnya yang kental harus dipuji..tidak mudah putus asa... pergerakan yang perlahan..trek x nampak, licin..terdengar gak ada orang belakang aku tergolek 2-3 kali, rasanya pudin kot hehe tu la akibat x pakai kasut yang sesuai..akhirnya kami sampai di base camp, kul 9.30 pm…sgt penat, ..water point plak jauh kebawah..jauh dan penat dan daki turun dan naik, aku berendam jap..buang2 selut di badan..air bukit sangat la sejuk..berendam jap terus naik, x tahan sejuk dan paling x tahan adalah perut yang dah berbunyi….nasib makanan dah disediakan oleh guide dan potter, nasi, sup ayam, ikan kering, air teh o campur air ujan sikit memang sedap…tambah la gak 2 kali, ikutkan ati 3-4 kali pun mau lg, tp pikirkan kawan2 lain..hehe
Khemah basah…sleeping bag pun basah gak..x selesa sgt, tapi nyenyak tido malam tu...ramai tido awal…abg din n pudin awal2 lg dah berlayar, lepas makan ja terus tido..aku layan borak ngan BJ n geng JAS yang lain..kejap, mata pun dah ngantuk….tidor yang sempurna dan nyenyak walaupun x begitu selesa..lebih nyenyak dr di rumah rasanya.
Day 3 Ahad 16 Nov
8 am
Bangun agak lewat, terus g mandi…sgt sejuk airnya…dan sarapan, roti n kaya saja dan sedikit megi..sedap. pakaian smua basah..itu saja la yang ada..klu kering pun xdak maknanya..selepas 30 minit ja akan dibasahi peluh. Kami kemas2 khemah dan barangan..kutip smua sampah2, even puntung rokok pun jangan tinggalkan…kul 10 kami bergerak turun. ¾ penurunan kami ikut trek lain…trek berbeza daripada yang naik …kami menuju ke Kijang Waterfall …terun yang agak curam, ditambah pula keadaan yang licin…akhirnya sampai di kawasan yang sangat curam..terdapat anak tangga yang dibuat…berapa aku x ingat tapi ada kot dalam 400 anak tangga …tangga yang kedudukannya sgt curam, dan keadaan yang berlumut, sangat bahaya..ditambah lagi ada kawasan pokok tumbang merentasi tangga, terpaksa merangkak di bawah batang pokok…keadaan anak tangga yang berkarat dan sudah usang, perlu lebih berhati2 …lutut pun rasa bergoyang.
Akhirnya kami di sajikan oleh satu permandangan yang sangat indah…nak snap gambar, rupa2nya olympus aku masuk air, adeh kene kutuk ngan kawan2, tu la sebab aku riak sngat ,nasib baik ada warranty lagi… inilah Kijang Waterfall a.k.a Lata Kijang , disinilah penamatnya xpdc Gunung Besar Hantu…kepuasan yang teramat sangat…lunch ramai2 ..dan mandi manda…satu kepuasan yang sukar digambarkan….
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada kawan, kami berempat shoot balik ke kedah..pudin n zomba dah tido kat belakang, tinggal aku dok layan abg din yg dok drive….bila aku tnya perlu tukar driver dia ke katanya masih ok..aku sebenarnya sgt mengantuk tp kesian lak kat dia drive sorang2, bab tu ok skit la..takut dia pun tido sama pakai esok kuar paper 4 guru terkorban hehehe. Akhirnya sampai di lubok merbau dah lewat pg..kul 1 am kot…tido, dan esok bangun g kerja mcm biasa…
Satu pengalaman yang menarik…dengan keindahan alam semulajadi..terutama dia kem orkid..walaupun seminggu lebih lutut dan paha sakit x ilang lagi tapi masih berbaloi..sangat berbaloi bagi sesiapa yang berjiwa adventure, sukakan cabaran dan ingin lari dari rutin2 yang membosankan….its a good package, thumbs up!!!
kebesaran alam milik Illahi..bagi insan yang mahu berfikir...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tahniah bro, sekurang²nya saya dpt bayangkan trail naik GBH ni.
BalasPadamsaya & team bercadang naik GBH dlm masa terdekat...
no problem bro..at least leh share dgn rakan2 pendaki feel dia camna..ending dia mmg menarik la..sinyum sampai telinga hahaha
BalasPadam