Rabu, 13 Julai 2011

Hatyai Jamboree 2011 Part II

Hatyai Jamboree 2011 Part 2


Hatyai, Thailand

4 Jun 2011
Team Redflag

Jumaat, 3 Jun 2011

Selepas menunaikan solat jumaat, aku berserta din rambong dan wan memulakan perjalanan ke hatyai. Kami merge dengan group Redflag di Changlon. Selepas menyelesaikan urusan dokumentasi ( beli insurans siam dan tukaq duit bath) kami beserta group redflag berkonvoi menuju ke border Malaysia – Thai. Kelihatan riders yang lain dengan basikal tersedia kat atas bumbung masing2 menuju kea rah yang sama.

bikes on car
At Changlon, beli insuran keta dan tukaq duit siam
konvoi


nasib ada mr Garmin, klu x sure x jumpa dah Hotel Florida

Kami sampai dah malam, pukul 7.30 malam dah sampai di hotel penginapan, Hotel Florida .., hotel full..so terpaksalah sumbat 1 room 3 orang, xpa la, janji ada tempat tido… selesai urusan check in, kami beramai2 p ke bazaar pattai , makan dan ronda2 tengok barang ..banyak barang bundle dijual. Kira2 pukul 10.30 kami balik ke hotel penginapan, bersiap2 untuk acara esok..pasang plat n try jersey J .


baru sampai

barisan jentera untuk race

tggu nak amek kunci bilik

makan malam

gerek pun tidoq dalam bilik gak
Sabtu 3 Jun 2011

Pukul 7 am dah siap sedia semua, so gerak sama2 untuk berbreakfast di restoran muslim di tengah2 bandar Hatyai. Pekena roti telor, walaupun x la sedap macam restoran kat Malaysia, bedal ja lah..janji ada bekalan untuk event yang menjerihkan nanti.

breakfast
Kami sampai di tempat permulaan event pukul 8 am, selesai set gerek, seluruh riders yang bernaung di bawah nama Redflag bergambar beramai2. Lepas tu masing2 bergerak ke starting grid..ramai riders lain telah bersedia, anggaran dalam 1000 riders, dengaq kawan2 kata Anuar Manan pun join..xtau la aku….sambil2 tu dok dengar ucapan Mayor of Hatyai, dia cakap siam, so aku x paham apa2 pun..Cuma dengaq2 air hon dibunyikan.

parking..baru sampai


barisan riders yang x sabaq nak kayuh

aku dan din rambong



Race bermula tepat pada pukul 8.30 am..semua riders bagaikan hilang akal, bermula dengan agresif …time ni smua dalam big pack, aku cuba x terperangkap dalam group besaq..aku bergerak ke tepi, risau gak takut crash dalam group besar..bila dah masuk main road baru tingkatkan phase kayuhan, riders yang lain pulun..aku pun pulun kayuh hehe terkejut gak tengok speedometer ..kelajuan time ni adalah 40-45km/j! x penah2 kayuh laju camni ..
view at starting grid (pic by din)


me with zam kbs (pic by din)

Selepas onroad 6 km, track sudah masuk offroad, kayuhan smooth kecuali queue di jambatan kecil, kira sini kena single track, so berpeluang untuk rest hehhe …kat sini la merge balik dengan abg din n wan, lepas tu kami kayuh sama2..aku dah penat, depa ni maintain laju..sehinggalah depa stop ambik nyawa, aku teruskan ride…

din bergambar sblm down hill panjang (pic by din)
Kayuhan 15 km pertama memang sangat memenatkan..berhenti rehat sat masa climb..hehe penat betoi rasa. Kayuhan seterusnya agak smooth hinga ke kilometer ke 25. Kayuhan sebenar cross country ..track surface yang smooth walau offroad membolehkan kayuhan mencapai 30 km/j , serta kayuhan cilop2 di dalam kebun getah memang menyeronokkan, masing2 memecut waktu ni…memang fun menyelit2 di antara pokok getah, tapi nyaris2 melanggar pokok getah.

10 km seterusnya kayuhan agak mencabar..terdapat climb dan downhill, berbentuk single track..so nak memotong kat sini memang sukar. Aku plak kalau ada riders yang rapat dari belakang dan agak agresif aku bagi laluan ja, x berbaloi dilanggar dari belakang..

Kayuhan on road buat seketika, ingat sampai finish line..aku mula agresif masa ni..manage untuk over take few riders, tapi terasa paha aku bagai dicucuk2..pedih dan panas rasa..aku tau, tu tanda2 awal untuk cramp, so aku perlahankan kayuhan, maintain ja…hinggalah masuk off road semula, kesakitan di paha mula terasa …aku teruskan kayuhan…hinggalah 7 km lagi untuk finish line, my worst nightmare happen, tiba2 serentak rasa kejang di kedua2 belah paha ..so aku stop, dan terus terbaring di tepi track..x mampu lagi untuk menggerakkan kaki, sakit x terkira, x penah lagi cramp sampai camni…masa di NTBA ’10 dulu hampir cramp, tapi kali ni betol2 cramp…paha n betis rasa keras…sakit yang amat ..

Masa ni berpuluh riders potong aku, geram gak rasa..geram + sakit hehehe , termasuk Mr Ai Redflag, sempat menyapa..aku kata “paha cramp!” dia meneruskan kayuhan..aku x mampu menggerakkan kaki. Seksa sangat rasa time ni…terdengar bunyi bedilan mercun bertalulu2..menandakan peserta terawal dah sampai finish line…aku masih terbaring, hinggalah ada brader dari Team Tanjung Malim stop, dan menyapa aku..maybe dia kesian tgk aku terbaring kat tepi jalan, dia bermurah hati bagi aku garam klinik tu..terus aku langgah. Kira2 15 minit rehat aku rasa aku kembali buleh gerak kaki…aku bangun dan teruskan ride..slow2 ..kira time ni kalau enjin 4 silinder tu, dah tinggal 1 silinder…kayuh slow2 disamping menahan kesakitan …

Setelah terhegeh2 kayuh, aku berjaya sampai menghabiskan 7 km terakhir dan sampai ke finish line. Tepat jam 11.13 am aku sampai, berjaya menghabiskan jarak kayuhan sepanjang 45 km dalam tempoh 2 jam 43 minit. X pasti sampai ke berapa ratus, sebab tag hanya diberi untuk peserta 100 terawal. Tapi sampai ke finish line merupakan satu kejayaan bagi aku.

Mr Ai yang sampai lebih awal
gerek aku
amri ..baru sampai

view at finish line

peserta dari Switzerland 


wan n din

Mr Kheng Huat, owner KH Bike Jitra
 brader dari Team Tanjung Malim yang bermurah hati membantu masa aku terbaring awal tadi