Khamis, 29 Julai 2010

Nibong Tebal Mountain Bike Adventure 2010




Part 1

Ini kali pertama aku menyertai mountain bike (mtb) jamboree event…agak gugup pada mulanya, rasa gerun pun ada…maybe sebab aku masih lagi baru dalam dunia mtb ni…hanya baru beberapa bulan saja aku tangkap si jamis tu…beberapa kali saja try route offroad yang taraf hardcore…selainya hanya layan onroad dan juga lite offroad..

Aku seperti biasa kalau benda mtb ni, crime partner aku ialah Cikgu Azuan a.k.a wan a.k.a pacak …dan juga At IKBN yang menjadi mentor kami berdua…so apabila diberitahu At akan membuat pendaftaran penyertaan, aku terus mengajak wan join…berbelah bagi dia pada awalnya..tapi hasil cucukan aku dia bersetuju jugak …Cuma sayang si Amri (adik wan) x dapat join sebab masalah cuti x lulus ..kalau x leh berentap dengan dia sama..sebab aku selalu ja cucuk si Amri ni..tambahan pula dia baru saja angkat bike baru, iaitu GIANT ATX7 (gergasi oren ) hehe yang kira bnyk guna high end part jugak …so tinggal kami bertiga saja la nampaknya.

So dalam masa sebulan lebih ni aku membuat beberapa persediaan…yang dikira sangat penting, iaitu persediaan manusia dan mesin ….bagi aku event yang macam ni memerlukan 4 perkara iaitu fitness yang mantap, skill kayuhan, basikal yang terbaik dan juga strategi dan taktik pertandingan. So time ni aku pilih nak upgrade mesin aku dulu…mula2 beli dok rasa kemaih dah..tapi bila lama2 join n kenal dengan geng2 lama ni baru aku tau yang bike aku ni sebenarnya gunakan part biasa saja …disamping x tahan dok kena cucuk dengan At dan Wan …bike aku memang berat dalam keadaan asalnya..timbang dah..14.4 kg…selepas upgrade, now tinggal 12.2kg, maybe next upgrade leh dapat 11.x kg …antara benda yang aku upgrade adalah crankset (nak pakai deore xt mahai sangat, so pakai shimano slx beza berat 50 g ja), fork (asalnya guna marzochi bomber hydraulic ..sangat berat 2.2kg, so aku tukaq pakai fork air SR Suntour Axon 1.6 kg ..ikut hati nak pakai Fox RLC or Rock Shox SID XX..tapi x mampu lak hehe), rantai (tukaq pakai shimano xt chainring), cassette (daripada SRAM apatah, mula2 xmau tukaq, tapi sebab gear paling besar dia 32 teeth ..standard 34 teeth, patut aku rasa berat semacam ja waktu climb ;p , alasan hehe , so aku tukar pakai SRAM 990) dan tayar (tayar asal guna wtb raptor wired size 2.13 ..yang sangat berat 1 kg sebijik! dan lebar..sesuai untuk down hill tapi tak sesuai untuk cross country..depa dok panggil tayar ni tayar trektar …ish2 kejam sungguh, so aku tukaq pakai Hutchinson Piranha Air Light size 2.0 made in france..memang ringan, so berbelanja untuk ni memang syok, sebab leh rasa perbezaan bila kayuh…yang x syoknya abis duit gaji aku sebulan dua ni…dok main gerek..congak pi congak mai kos upgrade dekat nak sama dengan harga gerek ni masa aku beli dulu…nasib baik la pihak bank selalu ja dok tolong aku…tolong dahulukan duit (credit card) hehehe.


laporan akhbar mengenai NTMTBA '10


Persediaan seterusnya adalah fizikal aku sendiri…dan aku kira persedian untuk join event ni lagi la hebat daripada persediaan untuk daki gunung. Itupun sebenarnya masih x mencukupi…fitness masih lagi x berapa mantap, skill kayuhan offroad juga masih kurang ….aku banyak kayuh on road saja, off road jarang sangat…so petang2 aku slalu kayuh solo saja, xda member..area2 sini..kadang2 balik kayuh balik kampong..so hari2 buat dalam 15-30 km camtu ..speed dalam 25-35 kmj , x leh terlalu santai kalau nak improve …mesti sentiasa paksa diri…aku sorang2 pun jadi keja..walaupun kadang2 orang dok usha pelik aku kayuh sorang2, tapi aku abaikan ja…pendapat orang x penting sangat…aku jarang amek kisah, yang penting aku tau apa yang aku buat..yang len x penting.wan dan at pun pulun kayuh gak…lagi dasyat aku rasa…cumanya di area jitra sana ramai geng kayuh, aku kat k.nerang ni cyclist ada la 2-3 kerat ja….


Day 1

Sabtu

31 Julai 2010


Dalam perjalanan ke Jitra aku terserempak dengan kumpulan riders road bike, rupanya ada race…maybe kejohanan remaja…so aku follow ja la group ni..sebab nak pintas x buleh, tgk depa ni teringat balik kat road bike aku yang aku dah jual dulu…harap2 tuan baru road bike tu akan jaga sepertimana aku jaga…tapi tu dulu..aku now dah bertukaq kepada MTB plak.


road bike tournament


bike kena dileraikan untuk fit dalam Caren

sumbat, jangan x sumbat


Kami memulakan perjalanan dari Jitra ke Parit Buntar, naik Kia Caren wan punya pak, fighter aku road tax dah mati daaa…kena blacklist sebab ada saman, aku dah submit roadtax payment 5 hari sebelum roaxtax mati…dan pihak bank mention dia akan inform aku kalau blacklist..so 2-3 ari xdak call dari bank ...aku ingat lepas la hehe then ari jumaat aku tepon bank nak p amek road tax..baru la dia bgtau xleh bayaq sebab blacklist…angin gak, klu inform awal sempat la aku pi settle saman dulu …tapi kalau xdak transport gak memang aku redah ja ngan fighter aku..join tetap join!


land mark pekan Parit Buntar, Menara Jam Parit Buntar


Perjalanan dalam konvoi dengan At ..mulanya nak stay hotel, tapi masalahnya gerek kami yang harga ribu2 tu ;) nak simpan mana (sebab plan asal nak p ngan keta aku). So kebetulan member wan iaitu Zuhaili mempelawa kami stay umah dia, dia orang parit buntar …so tima kasih bnyk2 kat Zuhaili …kami panggil dia Su … sampai sana dah petang, kami terus ke USM Kampus Kejuruteraan untuk mengambil guddies yang berupa jersey dan lain2 barang untuk race nanti.


At dan aku, amek goddies dan plate di kompleks sukan USM Krian


aku mengesahkan penyertaan



inilah aras ketinggian laluan trek yang kami bakal harungi esok

Pastu kami terus ke umah Su…hebat mamat ni..cikgu jugak tapi jenis x reti dok diam…ada saja projek bisnes dia, anak bekas YB tapi x sombong, kebetulan dia dah pos wife dia balik umah pak mertua..so kami leh la bermaharajalela kat umah ni hehehe so petang just kuar minum dan borak2 ...balik tu aku dok setup gerek aku...masih ada 2-3 benda yang masih x ok.


minum petang kat Old Town White Coffee



Su dan Wan, kat umah dia



aku dan Su


mesin2 ni bakal berentap esok, dari kiri specialized rockhopper wan, jamis durango aku dan Giant XTC At


Malamnya At join kami selepas pos wife dia ke Kulim …aku dengan wan xdak wife..so xpayah pikiaq nak pos sapa2 hehhe tapi teringin gak hahahha. Malamnya kami kuar makan…terserempak dengan Team GerekBaru Cycle Club, dari Jitra..antaranya yang aku kenal dan penah ride di cp3 ialah Mr Zan, Elias, Ustz Raja dan Jasni..yang len2 tu x kenai sangat..maybe pasni aku join ride ngan depa lagi kat area Jitra. Aku lak daftar atas nama Team IBKN MTB Club. Balik makan tu kami membuat persediaan akhir..pasang plat number bike..aku masih lagi dok setup bike aku…ada lagi yang x berapa ok…at n wan turut membantu.



dinner ..tudia, ni makan ka mentedarah ni... hehe



aku masih merongkah gerek aku walaupun dah lewat

plate number dah siap pasang...setup terbaik telah dibuat...jentera ready untuk race esok


Malam tu kul 12 dah baru aku baring…At dan Wan dah terlentang awal lagi…memang dah jadi style aku…susah nak lelapkan mata bila beralih tempat …terbeliak ja mata time ni, so aku pun sms kat kawan..saja kacau …so very sorry kat individu yang diganggu sms tu ekk ;p ..mintak ampun hehe kul 2 am aku masih dok fresh lagi..kalih kiri, kalih kanan ..risau gak tido x cukup…takut jejas kayuhan esok..kul berapa tah aku lelap…


ikuti Part 2 (final episode) untuk keputusan race!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan