Jumaat, 28 September 2012

Tales of Gunung Berembun - Part 1


Lokasi : Gunung Berembun-Cemerong, Terengganu 
Tarikh: 31 Ogos - 2 September 2012
Ketinggian : 1108 meter


Lebih dari 2 tahun, itulah lamanya aku tak join mana-mana xtvt hiking. Apabila dihubungi oleh Abg Din bahawa ada trip ke Gunung Berembun, aku terus bersetuju. Sebabnya dah lama rancang nak daki gunung ni, tapi asyik tertangguh, akhirnya senyap begitu saja. Tapi kali ni impian akan terlaksana. 

Day 1 (Khamis 30 Ogos 2012)

Aku bersama crime partner biasa, Cikgu Din Rambong (a.k.a Abg Din), Cikgu Zaiful (a.ka Meon) dan Cikgu Sharmizan, tiada kelibat Mr Khai kali ni. Kami memulakan perjalanan dari Lubok Merbau, Kedah menuju ke Dungun, Terengganu, memulakan perjalanan pada pukul 9.30 pm, sampai jam 6.40 am di starting point gunung ni. Satu perjalanan yang jauh dan meletihkan, hanya tidur 2 jam saja sesudah sampai. 

Bergambar bersama crime partner , dari kiri sharmizan, meon, penulis dan abg din

Kali ni aku join group baru, geng muda, 'young guns' orang putih panggil. Tiada lagi geng JAS Perak seperti biasa, rasanya trip Korbu 2 tahun lepas adalah penamatnya xtvt bersama geng JAS Perak. 

Day 2 ( Jumaat 31 Ogos 2012)

Kami memulakan pendakian pada pukul 9.15 pagi, terdapat 3 group berasingan yang climb pagi tu, sukar nak mengenali yang mana satu ahli group kami, kira mixed together dah. Ini mungkin disebabkan Gunung Berembun adalah antara gunung yang sangat terkenal dikalangan penggemar aktiviti mendaki ni, so kalau ada cuti umum memang ramai pendaki dari serata tempat akan datang. Aku juga exited untuk melihat sendiri kehebatan keindahan Gunung Berembun.

Menurut maklumat para guide sebelum ni, laluan pendakian gunung Berembun bukanlah dalam kategori mencabar, dengan ketinggiannya 1108 m, tidaklah tinggi sangat bagi kategori gunung, tetapi jangan sesekali memandang rendah terhadap cabaran mendaki mana-mana gunung, setiap gunung ada cabarannya tersendiri. Bagi aku pula, pendakian kali ni sangatlah memeritkan, mungkin kerana dah terlalu lama tak join xtvt hiking ni, serta tiada fitness training sebelum hadir, maka terasa perit sekali. 

peta laluan

keindahan air terjun yang tinggi, cantik dan menakjubkan

Trek pendakian agak lapang, pendakian yang pacak dan kurang pacak bersilih ganti, ada kalanya terdapat pendakian menurun. Trek yang agak panjang untuk sampai ke puncak, kira-kira 8 km dari starting point. Tersangat lama tak merasa penat macam ni, berjalan dan berenti rehat sama banyak aku rasa.

penulis bersama rakan pendaki yang lain di Kem Balak, rest n lunch

Kami sampai di puncak pada pukul 5 petang, tiada pemandangan yang menarik di puncak, pemandangan dihalang oleh deretan pokok-pokok, cuma kepuasan terasa kerana misi menawan puncak Berembun telah terlaksana. 

air yang jernih, ikan yang bebas berenang 

'Geng Lubok' akhirnya berjaya menawan puncak Berembun

Perjalanan diteruskan, menuju ke camping site, Air Terjun Langsir, kira-kira 2 jam perjalanan dari puncak Berembun. Penurunan yang agak curam, tetapi tali yang dipasang banyak membantu, kepenatan memang terasa. Pemandangan ketika menuju ke camp site memang menakjubkan, sungai yang jernih, persekitaran yang nyaman, dikelilingi pokok-pokok renek, memang cantik. Terasa takjub dengan keindahan alam ciptaan Tuhan. 

Air yang jernih, sejuk dan nyaman

bergambar kenangan, keindahan sebenar alam

Akhirnya pada pukul 6.30 petang aku sampai ke camp site Air Terjun Langsir, kawasan camp yang agak luas, tetapi trip kali ni memang ramai hikers, jadi terpaksalah berkompromi dengan pendaki-pendaki yang lain. Rasanya lebih kurang dalam 200 orang yang bercamping di sini malam tu.

Air Terjun Langsir

Abg Din yang menjadi Chef kami di sepanjang trip ni

khemah terbuka 'hotel beribu bintang' dihidangi dengan beribu bintang di langit

aku dan meon

aktiviti mandi manda di kolam-kolam kecil, memulihkan semula kekuatan dan semangat- penulis bersama abg din

 Pemandangan di sekitar Air Terjun Langsir memang cantik, kawasannya yang luas, terdapat banyak kolam-kolam air terjun, memang mengasyikan. Malamnnya aku tidur amat nyenyak, last tidor nyenyak di Gunung Bujang Melaka, gunung-gunung lain memang 'fail'. Tapi kali ni memang nyenyak, mungkin keadaan khemah yang luas dan selesa, tapi aku rasa disebabkan terlalu penat dengan pendakian pada siang hari tadi.

Nantikan episod terakhir dalam Tales of Gunung Berembun - Part 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan