Selasa, 22 Jun 2010

Seraya Waterfall v4 -Fun Ride with New Gangs


video

aksi yang melucukan yang sempat aku rakam..selamat gelak or senyum2


Date : May 2009
Location: Seraya Waterfall

Apabila
dihubungi oleh mr huat jitra bertanya pasal seraya waterfall, aku terus bersetuju nak bawak group ni tanpa banyak soal, inilah peluang nak tambah kawan dan mempromosikan tempat ni, kira aku ni macam duta x berbayar seraya waterfall hehe .Termasuk ni dah 4 kali aku ride ke seraya waterfall….klu ada masa nanti aku tulis yang v2 dan v2. Cuma kali ni agak special pasal aku bawak geng baru, cycling group dari jitra dan alor setar…


riders line up

Hanya aku saja yang tau tempat ni di kalangan yang pi trip kali ni..sebab yang lain x dapat join sebab ada komitmen lain, sorang pun sorang la..x sampai ati plak nak tolak permintaan daripada group ni..kami bertolak ke padang sanai secara konvoi selepas semua berkumpul di kedai kopi pak ya. 1st impression aku agak terkejut, sebab ramai..13 orang kali ni, 4 daripadanya ialah wanita..tough women..its very big numbers …kebanyakannya masih baru dalam mtb ni, dan 3 orang yang baru beli bike the day before and today terus off-road! hohoho

masing2 dok prepare

bikes line up

jerry (mr huat son) n mr huat

mr nice guy :), kat belakang tu mr eng

Sampai di padang sanai, pakat2 punggah bike masing2 dan mcm biasa pic session… aku lead the ride then mr huat jadi sweeper, mrs oon (mr huat wife) follow rapat dengan aku, follow br mr eng …dia suruh lajukan kayuhan,..dalam ati maybe dorang nyer fitness ok la…tanpa toleh belakang aku up skit speed dengan harapan dorang akan follow…agak lama skit aku toleh belakang..alamak! tinggal jauh gila! Hohoho so aku slow kan kayuhan..sampai kat simpang seraya aku arah yang geng depan ride dulu..sambil tu aku tunggu geng belakang sampai..klu x tunggu sure dorang ride sampai border mlysia-thai hehe bila dah smua masuk insertion yang betul aku sprint balik..potong 1 persatu dan lead the cycling sebab takut geng depan silap masuk lorong plak…so leader n sweeper in the same time really drain my energy rapidly ....terpaksa la, kalau silap masuk lorong sure sesat, jenuh nak rescue plak..

mr eng dengan fuji customnya, used all xtr groupset

ride in konvoi..yang belakang tu hilang mana tah

cikgu pau

Agak menghiburkan, pasal dorang termengah2 nak lepas satu2 route hehehe dan x confidence nak cross anak sungai tu walaupun aku suruh dorang redah ja, jangan brek..tapi ramai yang berenti tgk dulu..maybe x biasa..yang terus redah pun ramai sampai Buah Setul (panggilan untuk sorang geng depa ni) tergolek sebab off-trek lepas cross anak sungai tu…(aku record video aksi ni, ada dalam fb aku, nanti aku add kan dalam post ni) agak menghiburkan, aku dok keja gelak ja tgk aksi depa ni…walaubagaimanapun masing2 memang sporting, walaupun x sama bangsa ( group ni smua Chinese) tapi semangat 1 malaysia tetap ada hehe

regroup balik,kelihatan Buah Sentul sentiasa ceria

1 daripada 3 anak sungai yang terpaksa di redah ...redah ja la!!

just arrived

Selepas 1 jam lebih kami akhirnya sampai ke waterfall…kelihatan kepenatan yang x terkira di wajah masing2…hingga tanya soklan pun x berapa nak jawab..tu maknanya sangat penat la tu hehe aku paham sangat…smua selamat sampai…dan masing2 kelihatan enjoy dengan ride tadi dan terpesona dengan suasana di waterfall tu..kami menjamu selera dengan nasik lemak yang aku beli kat kedai pak ya tadi, aku tapau roti mr huat hehe masing-masing pakat2 rehat dan tinjau2 kawasan sekeliling, dan mandi-manda.

lepak2 melepaskan penat

enjoying the moment

mr huat n gengs

mr huat machine ..full with carbons part, use all xtr parts..damn expensive

Selepas refill water supply kami ride balik, masa ride balik seperti biasa lebih singkat. Semua selamat sampai…masing2 melahirkan meluahkan kegembiraan dengan trip kali ni, enjoy kata dorang…dan dorang akan datang lagi sini…aku x kisah, asal leh tambah kawan2 dan leh share minat yang sama...pagi kemarin mr huat call aku ajak p lagi weekend ni, tp kemungkinan clash dengan trip korbu aku, xpa..next time ada lagi mr huat…there re always time for fun ride!


Nice lovely view at 7.50 am





Isnin, 21 Jun 2010

Seraya Waterfall Ride Volume 1


Date: April 24 2010

Distance: 18km (8km on-road, 10km off-road)

Duration: 2 hours

Condition of terrains: combination of flat loose gravel, short and long steep hill


its really enjoy to ride and sweat, as the climb really drain the energy and the legs muscle feel burned...the descent is absolutely fun as the gradient is very steep as well, its its quite dangerous actually..only those who with adventuress heart ll take is challenge ...the reward, welcome the nice secluded waterfall with cold water...bum! its not 1st and last trip ;D

Location: Seraya, Durian Burung



Itu lah catatan dari photo album dalam FB aku, ini merupakan kali pertama aku offroad ngan mtb jamis tu…sebelum ni layan on road ja…walaupun distance trek dia x panjang mcm on road, tapi benda pertama yang aku discover adalah off-road ride drain energy 3x lebih banyak dari on road …maknanya cabaran off-road memang dasyat, memang membuatkan lidah terjelir…

Trip ni aku join dengan geng2 kuala nerang. Kebetulan tempat yang kami ni memang sangat special..sebab ada waterfall..seraya waterfall namanya dekat2 area border Malaysia-Thai Durian Burung..so sambil joy ride, leh joy mandi manda.

Memang sangat teringin nak try off-road bila dah pakai mtb ni, so aku mintak pak ndak bawak kami ke tempat ni..dia ni motocross pun main gak..so mana ceruk semua dia dah penah masuk.

Kami memulakan kayuhan di Padang Sanai, nak start di kuala nerang rasa mcm jauh sangat..nak kayuh p x pa, nak kayuh balik sat gi ni masalah..masalah penat :D , so bikes di angkut naik fighter aku dan frontier art. Kami mulakan kayuhan bih kurang pukul 8 am. Smua masih segar2 dan fresh..dan senyum2 dan gelak2 lagi time ni. Selepas 4 km onroad kami mula masuk offroad,jalan loose gravel..so kami pakat unlock absorber fork gerek masing2 for better shock. Art lead the ride dan shahidan dan husin dok follow dia..pak ndak jadik sweeper.. aku dan wan dok tengah…huh!! Terasa lain macam penat kayuh offroad ni…

8am...siap turunkan basikal

turn left..welcome to Seraya trial

loose gravel route

Trek yang lebar..kombinasi pendakian yang panjang tapi x begitu curam..sesuai sangat la untuk beginner macam aku ni…yang bestnya kami terpaksa melintasi 3 anak sungai, dan nak syok lagi jangan brek..langgar saja anak sungai tu..memang syok, biar air dan selut (lumpur) dia bersimbah kena baju, baru la extreme hehe

flat loose gravel

berenti di simpang untuk regroup. dari kiri pak ndak, aku, wan, hussin, art, ki (anak pak ndak) dan shahidan (tukang amek gambaq)

Kayuhan untuk trek ni memang kena speed baru best…kerana ada skit downhill yang agak panjang..memang layan abis, leh catat kelajuan sampai 50kmj bagi yang berani..so disebabkan speed tu lah lidah terjelir gak la…tempoh kayuhan hampir 1 jam, sampai2 tu rasa macam nak pitam pun ada..peluh memang x sangga banyaknya..sebab masing2 press to the limit..x press camna, dah geram nak ligan (kejar) geng2 depan tu.Cuma dekat2 nak sampai tu ada tempat yang kena jaga2 sikit..sebab downhill dan ada selekoh tajam, hampir2 terlajak ke dalam perdu pokok buluh, nasib tektro hidrolik disc break gerek aku x mengecewakan, mengcengkam kemas bila diperlukan.


wan, member tempat kerja dan member usm aku

akhirnya sampai juga

Sampai2 sana kami dihidangkan dengan keindahan yang sangat mengujakan..x sangka plak ada waterfall area sini, kami berenti rehat..dan masing2 bukak nasi lemak yang dibeli di kedai pak ya waktu nak mai tadi..aku belasah 2 bungkus. So aktiviti sekarang ialah bersantai dan borak2…aku plak mcm biasa la, aku pun merayap la sorang2 meneroka tempat ni…tinjau2 kawasan air terjun ni sambil bawak Olympus u1050sw aku..snap keindahan alam yang sangat mengujakan. Tempat ni hanya buleh sampai dengan 4x4, motosikal dan mtb sahaja..so orang jarang2 datang sini…

bersantai...


true joy

Kami mandi manda lebih kurang…sgt best..sangat sejuk airnya. Hilang rasa penat masa ride tadi..bila kena air bukit yang sejuk dan belum tercemar ni. Sebelum kami ride balik masing2 clearkan sampah bungkusan nasi lemak, jangan tinggalkan sampah sebab tu perbuatan orang yang xdak sivik. Kami tupop bekalan air..ermmm pure fresh water, sedap..sebab campur lumut skit2 …tapi memang selamat untuk di minum.

pic session sebelum ride balik

Ride balik lebih pantas rasanya…dalam 40 minit saja, kerana banyak downhill..aku cuba ligan art dengan shahidan, x dapat la plak..laju depa ni..sampai2 saja di starting point masing2 tersenyum puas. Satu ride yang Berjaya…walaupun trek ni kategori light trail (tapi waktu ni trek ni la yang paling mencabar )tapi Berjaya memberi feel camna off-road ride..well we ll come again!

pic session sebaik saja sampai di starting point, pak long sebelah aku tu peminat setia kami, dah 2 kali dia mai masa kami mai kayuh sini

specialized wan bersandar kat fighter aku..samar2 tu si jamis aku

sumbat jangan x sumbat

fighter vs frontier

Nice view of Seraya Waterfall





Jumaat, 18 Jun 2010

Welcome Ride April 2010


Ini kali pertama aku tulis pasal mtb (mountain biking) , sebenarnya aku baru ja dalam mountain biking ni…baru dalam 4 bulan ja. Kira sangat mentah lagi dalam dunia mtb…dulu aku pakai road bike, lama la gak..beli tahun 2007, masa tu aku di Lubok Merbau…biking partner memang xdak la..slalunya aku ride sorang2..ikut route p sg kap, nami, danglau dan back to lubok..20km, nice route..kombinasi jalan flat dan berbukit. Kadang2 aku ride route sg siput, kura, gajah putih,jeneri, kuala beris, danglau dan back to lubok..40 km…nice route combination of flat and small hill.

Banyak jugak kenangan di route ni…kenangan kena kejar dengan anjing hehe selalunya ada satu tempat tu (lepas skit drpd kuala beris..aku pun tatau sini kg pa) memang aku dah agak situ anjing2 ni memang akan nyakat orang yang lalu (pasal tiap-tiap kali aku ride route ni memang akan ada 3 ekor anjing yang akan nyakat..tapi setakat acah2 ligan (kejar) ja), tapi kali ni lain…aku ride mcm biasa…dan biasa la anjing2 tu akan nyalak dan acah2 ligan… Cuma aku drop gear dan ride laju skit… aku paling belakang..nampak 3 ekor anjing tu dok ligan, aku kayuh kuat lagi..dengan harapan geng anjing ni stop..paling belakang lg…2 dah stop, tp sekor tu bukan main lg dia punya pulun….sungguh2 dia ligan, dan syoknya dah sgt dekat dengan aku..klu la aku ralet (leka) tadi sure kaki or punggung aku dah kena baham..jenuh nak kena samak..aku memang sangat terkejut! Apa lagi dengan sepenuh hati aku drop gear paling kecik aku terus pecut sepenuh hati (..punggung x rapat dengan seat dah time ni..mcm aksi geng pro tour kat finish line..Cuma aku lagi laju hehe)..aku paling belakang..ada lagi!! Wahhh, tekanan2…aksi kejar-mengejar tu berlangsung beberapa minit gak la…beberapa minit klu tgh full throttles ni buleh pengsan ooo..akhirnya anjing tu berenti gak…marah sungguh dia kat aku..


my first road bike

my 2nd road bike, hit nearly 1000 km with this bike

Semua tu tinggal kenangan..aku dah di tempat keja yang baru..tatau la bila berpeluang nak ride route tu lagi..anjing2 yang 3 ekor tu pasti akan merindui aku hehe sure hari-hari depa akan lepak tepi jalan menanti dengan penuh sabar, bila la mamat tu nak lalu lagi hahaha Aku buat keputusan aku nak main mtb plak..So aku angkat new mtb, its Jamis Durango 3, setakat ni ja yang aku mampu.bukan dah x minat road bike..masih minat, Cuma xdan naik naik tiga3 hehe..so I hv to let go my lovely road bikes , 2 biji sekali..x susah nak cari buyers, dan dalam masa seminggu lebih aku dah let go 2 bikes aku..sayang juga, harap new owner akan treat them well.


my new ride, Jamis Durango

7.45 am

Dalam masa yang sama jugak abg din pun beli mtb..dan aku memang dah kenal 2-3 orang geng mtb di kawasan kuala nerang ni, so we set the time for welcome ride. Kami mulakan kayuhan dari umah aku di kuala nerang, seramai 5 orang, aku, abg din, hussin, shahidan dan pak ndak. Hussin dan pak ndak dah lama main mtb ni yang len2 termasuk aku kira masih baru dalam dunia mtb ni. Kami kayuh secara konvoi menghala kePadang Terap …laluan sini x la sibuk, Cuma keadaan jalan yang agak teruk kerana under construction…x kisah pasal kami guna mtb, yang dicipta untuk melalui jalan2 yang sukar. Kami melepasi kawasan2 kampong, hinggalah ke padang sanai, sebelum tu kami melintasi Kilang Gula Padang Terap ..tempat aku buat Latihan Industri dulu (apa kaitan latihan industry dengan kerja aku sebagai cikgu? Panjang ceritanya hehe) laluan mendatar saja di sini hingglah tiada lagi kawasan penempatan…Hanya kawasan ladang kiri dan kanan..dahulunya kawasan ladang tebu, tapi telah ditukar ke kelapa sawit dan getah.

Kami sampai di persimpangan dimana kalau terus menuju ke border Malaysia – Thai , kami ikut kiri iaitu ke Ahning… shahidan, hussin dan pakndak agak ke depan…aku dengan abg din terkebelakang sedikit..saja aku x mo tinggalkan dia jauh sangat..takut dia kayuh patah balik hehe baru kali pertama dia kayuh dalam jarak yang agak jauh camni..amek masa nak sesuaikan diri dengan bike, sambil2 tu aku member pandangan kepadanya tentang penggunaan gear yang sesuai dengan laluan dan tenaga kita.

take 5, pic session

merida shahidan

Kami singgah rehat di hadapan pintu masuk Empangan Ahning, nak masuk x boleh..jadi hanya2 snap2 gambar kenangan saja …kayuhan diteruskan, mengikuti jaringan highway Durian Burung – Baling, laluan yang lurus, mendatar..jalannya sangat la cantik dan rata kerana baru saja siap jalan ni…kiri dan kanan terbentang ladang yang luas…satu permandangan yang sangat cantik…seolah2 berada di gurun Nevada plak hehe berenti sekejap untuk snap gambar kenangan. Melalui route macam ni memang melegakan minda…sambil menikmati udara segar…dan pemandangan yang cantik, inilah terapi semulajadi…laluan yang lapang….hanya kami saja..so masing ride sebelah menyebelah sambil berborak2 dan gelak2, inilah seronoknya kayuh ramai2…jalan umpama kami yang punya, kalau lori mai sapu abis semua hehe


with hussin

me vs abg din

di hadapan pintu masuk Empangan Ahning,
dari kiri, aku, pak ndak, shahidan, abd din, hussin


Kami amek shortcut, nak pendekkan masa, pasal ni hari jumaat, takut satgi time tok imam dok baca kuthbah, kami masih dok kayuh lagi, nampak sangat jahilnya hehe …kalau terus akan sampai ke Pedu, lebih jauh..jauh sangat pun satgi ada yang gantung basikal lak hehe, so kami shortcut …masuk laluan ladang, light offroad…shahidan cuak kerana dia pakai road tyre..patut la laju onroad! Aku dan abg din guna cross tires. Selepas light offroad dalam 3 km kami onroad semula…aku dah rasa penat..pasal lama sangat dah x ride jauh2 camni..abg din mcm x nampak penat..tapi kena tinggal jauh gak la hehehe mulanya cuba ligan husin dengan shahidan, tp xdapat la..dorang dok sprint plak, so aku memperlahankan kayuhan…kayuh slow2 bagi abg catch aku…penyudahnya aku kayuh slow2 dengan dia ..aku pun penat..dorang yang lain jauh di depan..

nice route, sayup-sayup kelihatan abd din :)

joy ride

passing the sign board

stunning view

enter light off road

Kami sampai balik di kuala nerang pada dalam pukul 10.30 am, berenti minum the o ais dan pekena roti telor kerana aku x sarapan apa2 dari tadi. Pastu masing2 dismiss, aku dan abg din sambung kayuh balik ke umah aku dari pekan kuala nerang dalam 3 km lagi.

Satu permulaan yang baik..sambil kenal2 kawan2 baru..so next time buleh kayuh lagi. Route ni bg aku sangat cantik dan menarik la…kenderaan pun x banyak, so kurang bahaya skit…Cuma kadang2 orang usha pelik sikit, sebab sini x ramai orang yang kayuh gerek (basikal), pastu plak lengkap dengan helmet..naik moto x pakai helmet, tapi naik gerek memang kena pakai…safety come 1st. kadang2 orang berpendapat orang kayuh gerek sebab x mampu pakai moto or kereta, bagi aku, aku dah bosan naik keta..tu yang kayuh gerek tu…biarlah apa orang nak kata pun,yang penting kita x langgar undang2 dan kita tau xtvt ni yang menyihatkan…pendapat negetif orang?? X penting bagi aku…yang penting aku enjoy tiap2 kali ride dengan kawan2!