Ahad, 26 September 2010

SHIMANO UUM Bike Challenge 2010

A chance for fan to join MTB event...especially MTB fans in northern region ....happy biking! :)

Khamis, 16 September 2010

Ramadhan Nite Ride

Laluan: Jitra-Wang Tepus-Jitra

Jarak: 33 km

Tempoh: 1 jam 25 minit

Kondisi laluan: gabungan laluan landai dan berbukit



kayuhan pertama dengan group Red Flag selepas 3 tahun, akhir sekali aku ride ngan depa ialah pada tahun 2007…waktu tu tour ride ke Hatyai …so agak lama x bertemu dengan depa…dulu2 slalu gak aku pi lepak2 kat kedai basikal Red Flag kalau aku pi Jitra.

Lepas bukak posa aku siap2 untuk ke Jitra, so x pi solat tarawih la malam ni hehe ..kul 8.45 aku bertolak ke sana…kul 9.20 sampai…siap2 bike , dan bersalam-salaman dengan geng2 redflag yang len, yang aku kenai adalah Jeff (boss redflag), Ai (otai redflag) dan Khusairi (roommate aku masa hatyai trip) .…macam nasrul (lontruth) aku selalu tengok pic dia dalam blog Red Flag, baru da kesempatan untuk kenal…yang len2 aku x kenai…. wan dan At juga join kali ni..amri yang balik bercuti dari Langkawi juga join kali ni…so memang excited..


berkumpul di hadapan kedai basikal Red Flag

aku dan mr ai

Jeff bersama Khusairi

Tepat pukul 9.30 pm kami mulakan kayuhan…bila ride malam ni satu benda yang paling penting ialah lampu basikal (depan dan belakang) wajib ada…no compromise, aspek keselamatan paling penting sekali ..kayuhan pada flat route bagi aku sangat lah laju….jeff lead ride..aku plak dok belakang waktu ni…kelajuan tarikan antara 30-36 km/j …sangat laju..terkejut aku mula2 bila bertapa lajunya depa ni…tapi memang camni la kebiasaannya…depa ni geng otai…bg sapa2 yang masih baru dan x cukup stamina sure kena tinggal la jawabnya ….


laluan kayuhan


Kayuhan merentasi pekan Jitra dan menuju ke kawasan kampung2 …jalan yang disinari lampu tadi gelap gelita..hanya lampu basikal saja yang menerangi laluan ..aku yang mulanya dok belakang tadi mula bergerak ke kedudukan lebih hadapan…ini kerana makin lama, aku berjaya menyesuaikan rentak kayuhan …



stop untuk regroup

aku dan amri

we are night riders!

Laluan yang landai tadi berubah menjadi laluan berbukit-bukit, dan akhirnya kami menempuhi pendakian yang paling mencabar (paling panjang)iaitu Bukit Lenguh, nama saja pun dah psyco dah hehehe …aku pun pa lagi ..terus shift ke gear rendah…kayuh secara biasa..x terlalu memaksa…basikal bergolek perlahan …maintain saja..hinggalah sampai ke puncak …..puas rasa bila berjaya mengatasi cabaran Bukit Lenguh …memang laluan agak curam …tapi x la teruk sangat rasa…maybe stamina aku dah makin improve daripada dulu..



kayuhan mendaki di Bukit Penat

eyahhhhh!!!


Laluan selepas tu kembali flat..kat sini lah masing2 mula sprint..aku x ketinggalan…syok bila ada member yang buat breakaway dan yang lain chase …kami kembali ke penamat iaitu di kedai basikal Red Flag ..dan acara akhir adalah minum2 sambil berborak2


final shootout


Apa2 pun kayuhan ni sangat fun, walaupun terpaksa mengendong perot yang kenyang, tapi kepuasan tetap terpancar apabila kayuhan tamat.



aku bersama Jeff


Wan


me n my Jamis


lepak2 dan minum2


aku order air 2 gelas + pau 1 gelas = 3 gelas :D