Isnin, 25 Oktober 2010

Jerai Merdeka Ride (1200 m)




Location: Gunung Jerai, Kedah
Date: Merdaka nite

Sudah lama aku tak update blog ni...Jerai Ride ni pun dah basi dah...dah lama dah...tapi bila fikirkan balik, rugi kalau aku tak share dengan kawan2, sebab bagi aku kayuhan ni agak special dan paling menarik sekali. kebiasaannya bila sebut gunung, maka hiking la..tapi kali ni ride bicycle!

selepas selesai saja Majlis Berbuka Puasa Kelab Staff SMKDSA, aku terus bergegas ke kaki gunung jerai...masih lagi berbaju melayu dan berkopiah...tiada sapa2 lagi yang sampai waktu tu..jadi aku solat isyak dulu di surau yang kebetulan terletak di kaki gunung jerai.

selepas semua rakan2 kayuh sampai..yang hadir daripada beberapa group termasuk Redflag Jitra, Sam Energy Cycle Perlis dan group dari Gurun, akhirnya kami memulakan kayuhan bih kurang pada pukul 9.50 pm.

semua riders bersiap2 untuk memulakan kayuhan


aku bersama Jeff Redflag

tak kira dari group mana pun..where share the same interest

kayuhan di bermula

beza kayuhan kali ni dengan kayuhan2 yang lain ialah kayuhan kali ni straight climb...nama pun gunung...xdak satu kawasan pun yang flat..kalau ada pun soft climb la. jarak hingga ke puncak ialah 11 km, maksudnya straight climb 11 km, intetersting!

kayuhan mulanya dalam kumpulan, akhirnya mula berpecah...besala, kalau kita tengok tour race mana-mana pun bila sampai stage climb memang akan berpecah-pecah, pelaton dan tak wujud lagi...semua sorang demi sorang....aku dok dalam kumpulan tengah...

cuaca yang biasa dengan suhu disekitar 29-30 C tadi mula bertukar menjadi dingin dengan peningkatan aras ketinggian....suasa yang semakin dingin menyebabkan peluh agak kurang dan aku tidaklah begitu dahaga...1 botol air pun tak habis..

hentian ke-2 adalah di Muzium, jarak perjalanan kira-kira 9 km dari kaki gunung...di sana kelihatan semua rakan-rakan cyclist menunggu untuk regroup sebelum kayuhan ke puncak..hentian pertama tadi di km ke-3 untuk regroup, kiranya berenti 2 kali saja la..
aku sampai di tahap ni kira2 pukul 12.00 am..31 0gos ...merdeka..merdeka ..merdeka...

sempat bergambar sambil menunggu rakan2 lain sampai

wan a.k.a pacak

ketinggian di muzium adalah 929 m dari aras laut

member dari gurun yang terus 'pengsan' sebaik sahaja sampai ke tahap ni

aku dan rakan2

rakan2 cycling ..tidak kira apa bangsa dan agama..masing kongsi minat yang sama

kami meneruskan baki kayuhan kira2 2 km lebih lagi...suasana yang sejuk membuatkan ada antara kami yang x tahan...terlalu sejuk, maklumla berada di tempat tinggi, malam plak tu dan pakaian yang nipis...kayuhan terakhir memang begitu memenatkan, ini akibat daripada rehat yang terlalu lama....badan dan otot-otot pun dan sejuk...
kami tiba di puncak hampir pukul 1 pagi....sempat berehat dan mengambil gambar sebelum turun ke kaki gunung. ada yang x sampai..mungkin sebab terlalu penat dan x mampu lagi nak meneruskan kayuhan..tapi segala usaha depa ni patut dipuji.



penamat kayuhan ialah di hadapan pintu masuk Hotel Regency

kira-kira 1.30 am kami mula menuruni gunung..downhill yang paling panjang dan paling aku takut.....aku berada di belakang sekali....kerana laluannya yang curam dan selekoh yang tajam hinggakan ada yang berbentuk U betul2 menguji kecekapan riders dan juga keupayaan brek. yang pastinya brek malam tu memang hangit...tapi ada riders yang hati kering yang melayan setiap selekoh dengan lajunya,..bagi aku, aku memang x berani...sebab kalau terbabas yang ni maka tercampak la ke dalam gaung ..bahaya oooo..aku nak hidup lama lagi, so better aku lebih hati2...hehe ...tapi mmg mengerikan, nasib la brek berfungsi dengan baik walaupun terpaksa shift brek depan dan belakang, takleh constant brek sebab rotor akan terlalu panas seterusnya akan burn brake pad..akibatnya no break at all....dan akan straight to the canyon..

Dalam dok hati2 tu tragedi tetap menimpa salah sorang daripada geng kami...dia terjatuh semasa membrek secara mengejut di satu selekoh...akibatnya patah tulang selangka (klu x silap aku la). dalam sukan extrem macam mtb ni perkara-perkara ni memang biasa terjadi. kalau x penah fall off dan x penah lekat parut tu kira tak dapat lesen lagi la hehehe
kat situ jugak terserempak dengan 4 orang cyclist dari Grik, Perak yang datang semata-mata nak merasai pengalaman kayuhan ke puncak Jerai (kayuhan amek lesen orang kata)

aku meneruskan kayuhan turun dengan pacak...akhirnya aku kembali ride sorang2 sebab dia terlalu laju, dan aku plak x begitu berani.....akhirnya selamat sampai jugak di bawah...kayuhan mendaki ambil masa dalam 2 jam, turun plak dalam 15 minit saja...selepas berborak singkat aku bertolak balik...pukul 2.30 am dah kot sampai umah.


basikal nasrul yang terbelik rantai sewaktu downhill

rakan pendaki yang tercedera , sedang menunggu bantuan dari bawah sampai

aku sempat snap pemandangan bandar Gurun pada waktu malam semasa menuruni gunung ni sorang-sorang.

satu pengalaman yang sangat mengujakan, maklumla..dengar nama Gunung Jerai pun sudah menggetarkan jiwa...tambah2 plak berjaya menawan puncak pada cubaan kali pertama...satu kepuasan yang tak dapat digambarkan oleh perkataan.


just me n nite