Lokasi : Gunung Berembun-Cemerong, Terengganu
Tarikh: 31 Ogos - 2 September 2012
Ketinggian : 1108 meter
Lebih dari 2 tahun, itulah lamanya aku tak join mana-mana xtvt hiking. Apabila dihubungi oleh Abg Din bahawa ada trip ke Gunung Berembun, aku terus bersetuju. Sebabnya dah lama rancang nak daki gunung ni, tapi asyik tertangguh, akhirnya senyap begitu saja. Tapi kali ni impian akan terlaksana.
Day 1 (Khamis 30 Ogos 2012)
Aku bersama crime partner biasa, Cikgu Din Rambong (a.k.a Abg Din), Cikgu Zaiful (a.ka Meon) dan Cikgu Sharmizan, tiada kelibat Mr Khai kali ni. Kami memulakan perjalanan dari Lubok Merbau, Kedah menuju ke Dungun, Terengganu, memulakan perjalanan pada pukul 9.30 pm, sampai jam 6.40 am di starting point gunung ni. Satu perjalanan yang jauh dan meletihkan, hanya tidur 2 jam saja sesudah sampai.