Selasa, 27 November 2012

Kayuhan Naka-Lata Hujan Lebat


Date   : 11 November 2012 
Tempat : Naka - Lata Hujan Lebat, Sik
Jarak  : 33 km (sehala) 
Laluan : Onroad berbukit & 4km Offroad 

Kayuhan kali ke-2 ke destinasi ini. Kali ini aku bersama 3 lagi riders, cg din rambong, cg irwanzaki dan cg mizan. Asalnya ramai lagi yang nak join tetapi terpaksa cancel last minit kerana ada hal lain yang lebih mustahak, so tinggalla 4 orang, 4 pun on jugak.

Memulakan kayuhan dari Naka pada pukul 8.30 pagi. Rentak kayuhan yang sederhana dan santai, diiringi dengan cuaca yang redup dan nyaman memang menyegarkan. Jadi kayuhan ke destinasi agak enjoy dan santai. Laluan kayuhan juga tidak sibuk, cuma makcik n pakcik yang bermotosikal ke kebun atau ke sawah padi di sepanjang laluan.