Penulis tertarik untuk menulis tentang tips untuk mendaki gunung pada post kali ni..dah trip gng pun hold sekejap kerana cuaca tidak mengizinkan. So dok saja-saja, at least buleh kongsi pendapat dan pengalaman dengan para rakan pendaki yang lain dan yang minat outdoor tapi tak kesempatan nak join.
Untuk episode 1st ni penulis akan bincangkan tentang kasut. Bagi aku equipment yang paling penting untuk mendaki ialah kasut. Keadaan permukaan hutan hujan (rainforest) mempunyai pelbagai keadaan yang berbeza mengikut altitude serta keadaan cuaca yang sentiasa berubah-rubah. Memilih kasut hiking/treking yang sesuai untuk semua keadaan lembap dan berlumpur seperti di hutan hujan bukanlah mudah. Ciri yang paling penting bagi kasut hiking ialah tapak. Bahagian tapak memain peranan yang paling penting semasa aktiviti mendaki dan menuruni..bunga tapak mestilah kasar dan mampu mencengkam permukaan tanah sewaktu mendaki serta mampu mencengkam sewaktu menuruni (brek). Ini akan mengelakkan pendaki daripada tergelincir dan tergolek (lebih dasyat lagi terjatuh ke dalam gaung).
Corak bunga kasut yang kasar menjanjikan cengkaman kepada permukaan trail |
Ciri-ciri lain ialah kasut mestilah selesa, ringan, lasak, mudah kering (quick dry) dan breathable. Bagi aku kasut yang dipakai mempengaruhi mood pendakian. Kerana hiking adalah satu aktiviti yang robust n drain lot of energy, jadi apa salahnya beli yang lebih sesuai untuk keselesaan kaki kita (kalau kaki orang len biaq pi kat depa la hehe).
Terdapat pelbagai jenis hiking boot yang ada di pasaran, pelbagai brand ada..kalau brand specialist ni macam Timberland, Columbia ..tapi harganya sangatlah mahal..mencecah rm500-600 sepasang. Terdapat juga brand lain yang lebih murah contohnya Camel Active, Adidas Outdoor, Nike, Police yang lebih murah..anggaran antara rm1xx-2xx . Nak murah lagi cari la yang bundle tapi branded ..harga antara rm4x-6x camtu..tapi pastikan tapaknya berkeadaan baik..sebab susah nak dapat yang bagus, banyak yang tapaknya dah licin. Terdapat juga jenis sandal ,tapi khas untuk hiking..kekurangan hiking shoes jenis sandal ini ialah kurang pelindungan kepada kaki dan juga pacat mudah panjat. Nak murah lagi gunalah kasut getah (kasut motong) sepasang rm10 saja hehe tapaknya kasar. Kasut jenis ni menjadi pilihan ramai guides, tapi x stylo la :p.
Potongan mid cut |
Kasut treking potongan low cut jenama Adidas Outdoor |
Ada juga jenis high cut..potongan tinggi, tapi aku lebih suka jenis low cut..lebih ringan, selesa dan memudahkan pergerakan. Satu perkara lagi ada baiknya selepas beli tu eloklah hantar kepada tukang kasut untuk dijahit tapaknya, kerana pengalaman aku walaupun 1st time pakai tapaknya buleh tercabut kerana factor trek dan cuaca yang robust, kalau beli yang bundle diwajibkan jahit tapak dulu..kalau tak, maka kena ikat dengan tali rapia la (betoi dak abg Din? Hehehe)
Sandal hiking/trekking |
Kasut getah (kasut motong) yang murah tapi popular di kalangan pendaki |
Saiz juga penting..elakkan saiz yang ketat atau ngam2 ..sebaiknya belilah yang sedikit longgar, kerana saiz yang ketat akan mendera jari kaki semasa perjalanan menuruni gunung di mana tekanan berlebihan kepada kuku kaki semasa membrek. Ini akan menyebabkan kecederaan yang serius kepada kuku dan jari kaki.