15 Mac 2010
Selasa
Kebosanan yang melanda memaksa aku plan something ..so aku pun sms la kat kawan-kawan ajak cycling…dalam ramai-ramai tu sorang saja yang available..2 orang pun kira jadi dah ..so aku dan crime partner biasa aku, abg din. Kali ni aku ajak dia cycling ke waterfall Hujan Lebat di Gulau, Sik.
abg din yang sentiasa cool |
bersarapan di Pekan Naka |
ready to roll! |
Kunjungan kali pertama ke air terjun ni, kali ni baru ada kesempatan … mendekati keindahan alam ciptaan Tuhan yang agak tersorok dan tidak komersial memang mengujakan. Kami memulakan kayuhan di Naka pada pukul 8.20, stop breakfast dan sambung semula kayuhan. Kayuhan diwaktu pagi di kawasan kampong memang menarik..dengan udara yang nyaman dan traffic yang tidak sibuk memang satu relief. Laluan yang berbukit-bukit menambahkan lagi keseronokan (waktu pi ja la..waktu balik memang seksa ) .
pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan |
berada di jambatan sungai Nami, sempadan daerah Padang Terap dan Sik |
Laluan dari Naka ke Gulau menghidangkan permandangan menarik…kiri-kanan kawasan menghijau, laluan pula diteduhi oleh rimbunan pokok …laluan yang mendaki dan menuruni bukit menambahkan lagi keseronokan berkayuh. Sempat kami stop untuk snap gambar.
Setelah 25 km berkayuh kami sampai di pekan kecil Gulau, pasar petang tiap-tiap hari jumaat agak meriah di sini . Kami stop untuk tapau nasi, tragedi melanda..aku terlupa nak unclip kasut, maka terbaringlah aku..bibir mulut tersembam kat end bar ..luka kat dalam dan lebam ..sakit gak la …
stop untuk tapau nasi di pekan kecil Gulau |
Selepas selesai tapau kami meneruskan kayuhan dalam 8 km lg menuju ke destinasi, time dok kayuh time ni aku mula rasa yang bibir aku dok rasa tebai ja.. mujurlah tak patah gigi..kalau tak jatuh saham aku .
laluan masuk ke waterfall |
Dari simpang jalan besar kami kayuh 1.7km offroad sebelum sampai ke water fall Hujan Lebat. Secara keselurahan jarak kayuhan adalah 33km dari Naka, kul 10.30 bih kurang time ni. Kawasannya cantik dan masih lagi terpelihara. Mungkin kerana kedudukannya yang agak jauh ke dalam dan laluan masuk yang sedikit mencabar, hanya motosikal dan 4x4 dan juga basikal saja yang leh reach 1.7km ni. Secara keseluruhan kayuhan melalui laluan yang berbukit-bukit dan sedikit laluan landai.
laluan berbukit curam dan licin, terpaksa la tolak gerek |
dekat nak sampai dah |
Kami ambil kesempatan untuk meninjau kawasan air terjun dan juga menikmati keindahan sekeliling.. waktu kami sampai tiada sapa-sapa pun …lagi la best, kami saja ..rasa macam private waterfall plak hehehe. Yang jelas kedengaran hanyalah deruan air terjun yang menghempas batuan. Memang cantik! Dengan airnya yang sejuk dan jernih memang menyegarkan. Kami menghabiskan masa untuk bergambar, makan dan mandi manda. Semasa bersiap untuk kayuhan balik barulah orang len mai..budak-budak dari kampong sekitar aku rasa. Selepas berborak sekejap dengan depa ni, kami memulakan kayuhan balik.
enjoying the nature |
Satu lagi pengalaman ke destinasi baru, orang kata pengalaman pertama sentiasa mengujakan. Kayuhan yang merangkumi jarak keseluruhan 66km, tidakla jauh sangat..tapi still okey..kerana mode kayuhan secara bersantai saja..inilah country ride, kayuh sambil menikmati keadaan sekeliling. Cuma kayuhan balik agak memenatkan kerana cuaca agak panas (pukul 12.30 tghari) dengan bibir aku masih lagi terasa tebal.
nice scenery around the Hujan Lebat Waterfall
woow..boleh p sekali lg.ajak 5 6 org kita masak megi..
BalasPadamlg ramai lg meriah...hg cucuk la kwn2 hg plak..soh depa beli gerek..murah2 pun xpa la
BalasPadamcuti skolah bila
BalasPadam