Isnin, 30 Mei 2011

Thule Roof Rack untuk CRV 2nd Gen


Thule Roof Rack untuk CRV 2nd Gen

Dah lama teringin nak pasang roof rack ni, mudah sikit nak carry basikal ..maklumla kalau main offroad pastu nak sumbat dalam keta, sure berlemoih (kotor) . Dulu masa pakai Mazda Fighter pickup truk xda masalah..sumbat saja kat belakang…sejak tukar keta ni susah sikit, kereta lama mengalami kemalangan januari lalu dan insurans declare total loss akibat kerosakan yang teruk, Alhamdulillah aku tak cedera apa2, nasib pakai seatbelt..kalau tak layan offroad pakai wheelchair la.

Aku ada buat survey untuk roof rack CRV ni, retail price untuk new unit RM16xx, tak masuk lagi carrier. So pelan2 cari kot ada yang 2nd nak jual, aku amat bernasib baik ada sorang brader iklankan dalam BBS benda yang aku nak cari, sebab jarang-jarang ada untuk model keta ni, yang banyak 2nd adalah untuk model kereta nasional macam Proton dan Perodua. So terus call dan confirmkan harga, harga pun agak berpatutan kalau nak banding dengan unit baru. Kebetulan dia ada 2 unit carrier Thule Proride 591, so aku angkut dua2 carrier tu (abang din angkat 1), kalau baru mau cecah RM800 sebijik.

Thule Rapid System 4700

Honda CRV menggunakan fix point untuk install roof rack, Thule model 4700 ngam dengan kereta ni, satu model lagi yang buleh masuk adalah Thule 753 yang guna Kit 3050 Fixpoint XT. Umumnya ada tiga jenis cara pasang, ikut model kereta, 1. jenis fix point (ada tempat untuk pasang skru, biasanya SUV) 2. jenis railing (palang rail pada frame bumbung, biasanya SUV dan MPV) 3. jenis clip (bagi yang xdak fix point dan railing, biasanya passenger car, kit berlainan untuk model kereta berlainan). Model yang aku beli ni adalah jenis Thule Rapid System 4700.

Installation

Pemasangan sendirian berhad, sebab beli kat orang..so sepenuhnya refer manual dan try and error. Harap-harap aku pasang tu betul, kalau tak, berteraburlah gerek atas jalan. Sambil-sambil pasang tu aku snap la gambar, leh kongsi maklumat dengan kawan2 mtb.

Ikutilah step by step pemasangan yang memakan masa yang agak lama (1st time pasang), dari petang sampai malam.

kit untuk dipasang pada fix point

kit untuk dipasang pada fix point + feet 4700
load bars model Aerobar 861

fix point cover pada CRV 2nd gen

cungkil cover fix point, gunakan screwdriver  

fix point belakang

fix point depan

skrukan tapak feet pada fix point

skrukan kit kedua pada tapak tadi

attach kan feet cover pada kit tadi

bukak cover load bars 

feet 4700 dipasang kepada load bars model 861

feet yang siap dipasang pada load bars.

just plug saja feet pada base kit yang telah dipasang, ketatkan skru pada feet supaya load bars kemas dan tak longgar

sepasang carrier jenis Thule Proride 591

Carrier Thule Proride yang siap dipasang pada load bars.


Ahad, 22 Mei 2011

Trek Ladang Jati - Kayuhan Bersama Rakan Baru


Trek: Ladang Jati, Perik, Kedah
Tarikh: 20 Mei 2011 8.30 am
Jarak: 18 km
Tempoh: bih kurang 2 jam
Kondisi laluan:  laluan berbukit


Agak lama aku x layan offroad…rasa rindu plak…asyik short distant onroad ja petang..kali ni aku paksa dan ajak kawan2 untuk offroad plak…kali ni aku bersama kawan2 rider yang baru…kecuali abg din, yang len member kayuh petang2 aku, irwan zaki, wan dan syaiful…

Sebelum berangkat ke ladang jati perik, kami singgah pekena nasi lemak di kedai pakya k.nerang..nasi lemak daging memang sedap…
irwan zaki yang 1st time offroad

wan dan syaiful
abg din yang sentiasa ceria
my ride
Selepas selesai pasang tayar, kami start kayuhan dalam pukul 8.30 pagi…kayuhan yang agak santai hinggalah enter trek offroad …mula-mula dihidangkan dengan climb yang tidaklah terlalu curam, tetapi agak panjang dan laluan berlopak-lopak, perlu gear yang betul dan sedikit kemahiran …kiranya laluan ni agak mengejutkan sedikit bagi kawan2 yang ada yang pertama kali layan offroad…
climb pertama yang mengejutkan urat saraf dan otot 


acara bergambar
Laluan trek jati merangkumi trek mendaki dan downhill yang ada yang pendek dan ada yang agak panjang. Laluan trek yang lebar dan smooth (berpasir keras) menyebabkan kayuhan climb agak lancar dan downhill yang smooth..cumanya bila lama dah x layan off road ni jadi takut jugak lah nak late braking .

aksi lidah abg din yang terjelir hehe

Kawan-kawan yang mula agak mengeluh dan macam2 ayat lagi kluq kembali menemui rentak kayuhan, biasa la mula2 main offroad..aku mula2 ride trek ni pun dulu rasa macam tak yakin, dan rasa macam nak pecah dada..now dah ok skit la..bila dah tamatkan kayuhan tu, terpancar keseronokan dan kepuasan di riak wajah kawan-kawan dan jugak aku sendiri…baru tau camna ke ‘best’ an layan offroad ni…asyik layan onroad ja mana best.

wan in action
syaiful tgh posing
gerek wan mengalami tayar pancit
downhill
pekena ayaq dulu
last pic session before dismiss 
Kesimpulannya trek ladang jati ni memang best..semua laluannya memang mampu dikayuh…antara trek yang terbaik aku penah ride, trek ni memang selalu geng2 mtb layan…terutamanya dr jitra, trek biasa geng red flag, gerek baru dan ah huat cycling..