Ahad, 22 Mei 2011

Trek Ladang Jati - Kayuhan Bersama Rakan Baru


Trek: Ladang Jati, Perik, Kedah
Tarikh: 20 Mei 2011 8.30 am
Jarak: 18 km
Tempoh: bih kurang 2 jam
Kondisi laluan:  laluan berbukit


Agak lama aku x layan offroad…rasa rindu plak…asyik short distant onroad ja petang..kali ni aku paksa dan ajak kawan2 untuk offroad plak…kali ni aku bersama kawan2 rider yang baru…kecuali abg din, yang len member kayuh petang2 aku, irwan zaki, wan dan syaiful…

Sebelum berangkat ke ladang jati perik, kami singgah pekena nasi lemak di kedai pakya k.nerang..nasi lemak daging memang sedap…
irwan zaki yang 1st time offroad

wan dan syaiful
abg din yang sentiasa ceria
my ride
Selepas selesai pasang tayar, kami start kayuhan dalam pukul 8.30 pagi…kayuhan yang agak santai hinggalah enter trek offroad …mula-mula dihidangkan dengan climb yang tidaklah terlalu curam, tetapi agak panjang dan laluan berlopak-lopak, perlu gear yang betul dan sedikit kemahiran …kiranya laluan ni agak mengejutkan sedikit bagi kawan2 yang ada yang pertama kali layan offroad…
climb pertama yang mengejutkan urat saraf dan otot 


acara bergambar
Laluan trek jati merangkumi trek mendaki dan downhill yang ada yang pendek dan ada yang agak panjang. Laluan trek yang lebar dan smooth (berpasir keras) menyebabkan kayuhan climb agak lancar dan downhill yang smooth..cumanya bila lama dah x layan off road ni jadi takut jugak lah nak late braking .

aksi lidah abg din yang terjelir hehe

Kawan-kawan yang mula agak mengeluh dan macam2 ayat lagi kluq kembali menemui rentak kayuhan, biasa la mula2 main offroad..aku mula2 ride trek ni pun dulu rasa macam tak yakin, dan rasa macam nak pecah dada..now dah ok skit la..bila dah tamatkan kayuhan tu, terpancar keseronokan dan kepuasan di riak wajah kawan-kawan dan jugak aku sendiri…baru tau camna ke ‘best’ an layan offroad ni…asyik layan onroad ja mana best.

wan in action
syaiful tgh posing
gerek wan mengalami tayar pancit
downhill
pekena ayaq dulu
last pic session before dismiss 
Kesimpulannya trek ladang jati ni memang best..semua laluannya memang mampu dikayuh…antara trek yang terbaik aku penah ride, trek ni memang selalu geng2 mtb layan…terutamanya dr jitra, trek biasa geng red flag, gerek baru dan ah huat cycling..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan