Jumaat, 23 September 2011

Gopeng River White Water Rafting



Sebenarnya event ni dah lama ..tapi disebabkan kesibukan dan hal2 lain baru kesempatan nak tulis..ni pun pasal xleh tidoq, dah 2.30am now..so aku on laptop dan cuba story balik event ni..hope I wont miss the important moment during this activity.

Aku seperti biasa bersama crime partner aku abg din dan zomba shoot ke Perak (mr khai miss event ni sebab dia pi Acheh, melawat bini muda heee). So kami bertemu dengan rakan2 lain, seperti biasa rakan2 gunung..atau aku lebih mengenali depa dengan panggilan makhluk gunung, berkumpul di pekan Gopeng. Dari situ kami meneruskan perjalanan ke lokasi event, Ulu Sungai Gopeng. pengalaman pertama menyertai sukan white water rafting ni, so orang kata the 1st is the best, aku plak harap the 1st is not the disaster kerana sukan ni termasuk dalam sukan extreme, so risiko tetap tinggi.


berkonvoi menuju ke lokasi event ditemani hujan renyai-renyai

menghampiri lokasi event
So selepas mendaftarkan diri di kem apa tah ..aku dah lupa , kami berjalan kaki menuju ke sungai, macam2 perasaan hadir waktu ni..exited, gemuruh, risau (macam org baru2 kawin tu, tp aku single lagi la hehe). Sampai2 di situ kami diberi briefing oleh salah sorang instructor, kalau nek gunung ni taraf guide la..dia pun brief la guna bahasa orang putih, kerana ada 3 orang tourists dari Lebanon yang join group kami, aku x paham sangat dia kata pa, bukan sebab aku ni teruk sangat, tapi English mamat tu tah apa2 hehe
mengisi borang peserta, kelihatan aku (penulis), zomba dan sharul

suasana di tempat pendaftaran
Kami diperkenalkan dengan peralatan untuk rafting ..seperti raft, pedal, life jacket dan helmet. So slot yang pertama ialah water confident ..ingat lagi aku penah in charge slot water confident untuk budak2 sekolah masa kem pengawas asrama daerah di Pantai Merdeka few years back  …rendam2 dalam air laut..tapi yang ni lain, yang ni kena free fall dalam stream yang sangat laju dan sungai yang sangat dalam, ini bukan water confident..ini slot ‘water cari nahas!’ .peserta dilepaskan one by one, then peserta akan dilempar tali dan ditarik ke tebing di assemble point…aku seperti biasa …tengok orang dulu, then turn aku..aku terjun dan mengikut teknik yang ditunjukkan..sampai ja kat assemble point tu depa x lempar tali plak..terpaksa berenang ke tebing, dan berenang dengan memakai life jacket memang susah, dengan arus sungai yang agak deras..tertelan air sg gopeng jugak akhirnya.
Gang JAS Perak, from left Poji, BJ, Sharul, Nazwan bersama Zomba dan Abg Din
Pengarah JAS Perak dan family (x termasuk yang kiri skali tu :p ) Tn Hj Abu Hassan, sekarang dah dapat anugerah Dato' , aku sempat sms tahniah kepadanya. 

masing-masing masih mampu tersenyum walaupun macam dibuat-buat

menunggu giliran untuk sesi water confident ..masing2 dok x sedap ati time ni
senyuman terakhir BJ sebelum menelan air Sg Gopeng 
Kami seterusnya separate in group of 4, aku bersama Bj, Casa dan Nazwan. Abg din ngan zomba plak dok 1 group lain…so kami diberi brief yang lebih lanjut oleh instruktur yang menjadi kapten raft kami, apa tah nama mamat ni..aku lupa dah ..so dia introduce beberapa command yang digunakan dalam sport ni..istilah itulah juga adalah arahan yang patut diikut oleh ahli lain. Antaranya ialah ‘front pedal’ (command supaya ahli mengayuh ke hadapan dengan laju), ‘back pedal’ (command kayuh ke belakang), ‘boom-boom’ (command supaya smua ahli merapatkan badan kepada raft dan berada dalam safe position), arahan2 len aku dah lupa. Tiap2 raft ada nama tersendiri..aku lupa dah raft yang aku naik ni nama pa..tapi tgk capten (instructor in charge) raft kami ni ada iras2 n serabut macam Captain Jack Sparrow dalam movie The Pirate of Caribbean, so aku namakan raft kami The Black Pearl. 
sempat candid face BJ, x berapa manis dah, macam pucat ja hehehe
the beauty of nature 
Aku mengambil posisi, kat belakang of coz hehe lau daki gunung aku nak dok depan, yang ni bagi depa lah..aku amek posisi yang low risk hehe, sekali kapten kata “abang 2 orang yang badan besar tu dok depan” merujuk kepada aku dan Bj, cis! ..spoil taktik jahat aku … so aku bergerak ke depan, si Casa dan Nazwan gelak kat aku, kami start pedaling , mengikuti arus sungai yang makin laju…yang x syok nyer raft ni berlubang2 lantai nya ..ishh air masuk nanti camna hoho ( design ni adalah safety feathers sekiranya raft terbalik)….so kami teruskan raft melepasi beberapa jeram yang moderate la…aku mula rasa selesa dan mula rasa seronok , hinggalah kami pedal ke tepi tebing di satu spot, kat situ kami di brief lagi oleh kapten Jack Sparrow teknik dan perkara yang ‘must do’ bagaimana nak melepasi halangan yang paling sukar di sungai ni, masa tu dia pun mula la tunjuk  parut2 luka kat kening dan pipinya, juga bila dia senyum nampak tunnel (sebatang giginya patah)  akibat daripada raft yang flip dan dia tercampak then hantam batu semasa melepas halangan ni pada masa2 lepas …adeh, gayat rasa time ni, perasaan yang exited tadi bertukar menjadi gelabah dan risau a.k.a pucat muka sorang2. Tambah2 plak kapten tu kata arus ulu sungai Gopeng memang deras kali ni.
Team The Black Pearl, from left casa, Bj, mr pow (penulis) dan nazwan ..Captain Jack Sparrow x dak dalam gambar kerana dia la snap pic ni
Masing2 menolak raft sapa nak p dulu, kami menyahut cabaran team 1st untuk menempuhi halangan yang paling sukar…team lain2 menanti dengan penuh sabar, kami mula pedaling ke arah halangan( berbentuk air terjun, bahagian tengah, kiri dan kanan laluan di apit oleh batu besar)  apabila semakin hampir dengan halangan “front pedal!” “faster!” tiba2 command diberikan oleh captain jack! ,terkejut aku..makin dekat dia soh kayuh pedal lagi laju…”mampos aku kali ni!” kataku dalam hati …raft bergerak laju, dah la dok depan…jelas kelihatan batu besar dok sebelah kanan aku, laju menuju straight ke arah batu tu..apa lagi “BOOM-BOOM!” masing2 jerit!..kapten x beri command lg, tapi smua aku rasa dah ‘boom-boom’ hehe. Aku memegang erat tali pada raft untuk elakkan badan tercampak keluar sambil mengepit pedal, raft terus menghantam batu sebelah kanan (aku duduk di hadapan sebelah kanan)dalam ati memang kata hantam batu dah aku kali ni! Boommm! Raft berlanggar dengan batu..aku rapatkan badan serapatnya untuk elakkan daripada terkena batu..raft terus terjun tirup ..berada 90° pada waktu ni…Casa terperosok kedepan raft…raft then terus kembali kepada keadaan stabil, fuhhhh!! Memang dasyat!! Lega rasa bila berjaya melepasi halangan tersebut.
raft yang hampir ditelan oleh arus sungai yang deras
Aku memaling ke belakang tengok members lain..huh xdak sorang, nazwan sudah xdak! Smua pakat cuak termasuk kapten Jack Sparrow…Mana dia pi?? Terlekat di celah batu ka? Or sempat lompat nek atas darat sebelum dihantam oleh lori macam cerita Hantu Bonceng  tu? Tiba2 dia muncul dari dalam air didepan raft …rupanya dia ‘menerjunkan diri’ semasa raft  90° tu .. “badan aku nak hantam batu, so aku terjun la!” itu kata2nya dengan selamba lepas kami menarik dia naik semula …
cabaran mengharungi arus deras dan melepasi batuan 
Kami menunggu kesemua raft melepasi halangan tersebut, memang syok tengok aksi depa ..yang terloncat keluar dari raft pun ada hehe, kadang x confident bagaimana raft tu buleh bertahan dengan hentaman2 kuat dengan batu, must be special material digunakan untuk buat raft ni, no wonder la harganya mencecah berbelas ribu ringgit, begitu juga dengan life jacket yang dipakai mmg specific untuk white water rafting (life jacket ni ada head protector yang akan kembang bila posisi badan berada dalam keadaan terbaring, so kepala selamat daripada terkena batu, dimana normal life jacket xdak ciri ni) dan helmet keselamatan yang dipakai juga mesti melepasi standard untuk sport ni. Apa2 pun safety first!
aksi mendebarkan bila raft 'ditelan' oleh kuasa alam yang tiada tandingan
So selepas tu kami terus menempuhi halangan2 lain yang x kurang hebatnya hingga sampai ada satu halangan tu raft kami flip ..apa lagi tercampak la ramai2 ke dalam air ….tapi dengan teknik dan bersifat ‘cool’, raft berjaya dikalih semula . yang paling penting sekali bila berhadapan dengan air ni ialah jangan sesekali panic!
keriangan beraktiviti termasuk main simbah2 air
Selepas hampir 3 jam, kami sampai di extraction point, syukur rasa kerana semua peserta selamat ..gigi aku masih kekal x patah, kira ok la….hehe ..lori telah tersedia menunggu untuk pick-up peserta dan equipments kembali ke base, masing2 tersenyum puas…sebenarnya x puas rasa..we need more!
ending point, masing2 mengangkut bot ke kenderaan yang sedia menanti
penulis bersama group peserta, sebelum ramai2 termasuk pengarah JAS Perak sendiri bersesak2 nek lori
So selepas lunch aku berborak2 dengan kawan2 terutamanya Bj, Fauzi Ilyas, Nazwan, Sharul, Casa dan geng2 JAS Perak yang lain. Kami hanya bertemu sewaktu ada aktiviti2 macam ni, masa2 lain semuanya sibuk dengan tugasan masing2. 
penulis bersama nazwan (kiri) dan Bj (kanan)

Aku, abg din dan zomba plak telah memilih untuk pi ke Cameron Highland dulu, pi pekena fresh tea ja, before heading back to Kedah ….so good bye my friends, till we meet again!

penulis bersama abg din dan zomba pekena teh segar di Bharat Tea, Cameron Highland (terbaik dari ladang!) selepas hampir sehari suntuk bermain air, sambil menikmati pemandangan menarik yang mendamaikan ..its relief ... 

Epilog:
Satu pengalaman baru bagi aku dan kawan2 lain, walaupun secara peribadi aku merasakan sport white water rafting ni sangat merbahaya berbanding extreme sport yang lain kerana melibatkan elemen air…tapi ia menyajikan cabaran dan debaran yang sangat mengujakan, kita dapat merasakan adrenalin was pumped into blood vessel secara maksima! (melebih2 plak hehe) . kalau sport mountain biking ni aksi Down Hill la, tak semua bikers berani sukan down hill. Berkenaan dengan lokasi event, dikhabarkan Ulu Sg Gepong ni mempunyai cabaran Level 4 (max Level 5, sebagai perbandingan Sg Sedim, Kulim juga merupakan lokasi sukan ni, mempunyai cabaran Level 3). Satu perkara yang menarik, command yang paling diingati adalah ‘BOOM-BOOM’, x sempat kapten nak bagi command g dah siap2 ‘boom-boom’ ..bila borak balik dengan kawan2 buleh tergelak besar dibuatnya. Cuma kos untuk sport ni agak mahal, 1 sesi dalam RM200 gak.

The Team









7 ulasan:

  1. thanx azlin..1st time join xtvt ni..i agak over excited skit ..

    BalasPadam
  2. last week i pun gatal2 pegi join xtvt ni...n JANJI...x kan buat lagi.... sanggup lagi naik gunung kinabalu....dari nak buat sukan air ni....amat2 menggerunkan...

    BalasPadam
  3. really? kat mana? hahaha best kan ..mmg bahaya ..tp mmg best

    BalasPadam
  4. kat sungai padas sabah....wo....for me...x best langsung...huhuhu....tak mungkin d ulangi...hahaha

    BalasPadam
  5. y? to extreme? hahaha ..tp mmg agak bahaya la ..nak lemas maybe susah skit sbb pakai life jacket..tp nak hentam kat batu sgt la tinggi peluangnya hehe

    BalasPadam