Khamis, 26 April 2012

Kayuhan Jerai 2012



Agak lama blog ni x diupdate, begitu juga dengan aktiviti outdoor ..dek kerana kesibukan dengan tugas dan lain-lain urusan. Maka pada tanggal 11 April 2012 aku berserta rakan-rakan berpeluang untuk kayuh bersama. kebetulan juga tarikh ni adalah cuti umum (pertabalan YDPA). Kali ni memang ramai yang kayuh ke puncak gunung, maklum la cuti umum. Semua riders campuq2 dalam 1xx lebih aku rasa. Ada yang datang dari Pulau Pinang semata-mata nak merasa pengalaman mendaki ke puncak.

 Ini kayuhan kali ke-2 aku ke Gurung Jerai, 1st time kayuh malam ..kali ni kayuh pagi, walaupun tempat yang sama, tetapi feel kayuhan memang berbeza. Seperti biasa, aku dan rakan2 kayuhan cikgu irwan, cikgu sharudin (abg din) dan ridwan (wan pertanian), kebetulan abg din baru setup basikal baru (Giant XTC FR 2012), berkobar-kobar semangat dia. (tapi sat saja la sebelum berenti rehat sana dan sini kerana penat hehe).

The birth of Specialized S-Works Stumpjumper M5


Projek nak tukar basikal @ gerek ni dah lama dalam perancangan , Cuma faktor ongkos saja yang menjadi halangan, so penyelesaiannya kumpul la sikit demi sikit barang2, Cuma kaedah ni ada kekurangannya, kadang2 rancang nak amek frame len, tetiba p beli frame lain plak, maka akan timbul masalah barang x ngam dengan frame ..seperti seatpost dan bottom bracket  yang lain2 size mengikut jenis brand. So aku tang seat post tu terkena gak la.