Agak lama blog ni x diupdate, begitu juga dengan aktiviti outdoor ..dek kerana kesibukan dengan tugas dan lain-lain urusan. Maka pada tanggal 11 April 2012 aku berserta rakan-rakan berpeluang untuk kayuh bersama. kebetulan juga tarikh ni adalah cuti umum (pertabalan YDPA). Kali ni memang ramai yang kayuh ke puncak gunung, maklum la cuti umum. Semua riders campuq2 dalam 1xx lebih aku rasa. Ada yang datang dari Pulau Pinang semata-mata nak merasa pengalaman mendaki ke puncak.
Ini kayuhan kali ke-2 aku ke Gurung Jerai, 1st time kayuh malam ..kali ni kayuh pagi, walaupun tempat yang sama, tetapi feel kayuhan memang berbeza. Seperti biasa, aku dan rakan2 kayuhan cikgu irwan, cikgu sharudin (abg din) dan ridwan (wan pertanian), kebetulan abg din baru setup basikal baru (Giant XTC FR 2012), berkobar-kobar semangat dia. (tapi sat saja la sebelum berenti rehat sana dan sini kerana penat hehe).
Kayuhan dimulakan pada pukul 9 am, agak terlewat..ramai riders dah memulakan kayuhan seawal 8 pagi lagi. Bagi aku pulak, bila dah lama x kayuh secara intensif ni, memang memberi kesan yang besar ke atas rentak kayuhan, terketar lutut rasa. Kawan2 lain kelihatan steady saja..abg din x habis2 dok mengutuk aku, padahal dia pun x tera mana hehe.
|
stop untuk bergambar, masih segar dan bersemangat |
|
berehat sebentar, mengumpul semula tenaga |
|
pendakian yang constant dan selekoh2 yang tajam. aksi downhill memerlukan kemahiran dan keberanian yang tinggi, juga brek yang berfungsi dengan baik. |
|
Berenti rehat lagi, abg mamu (duduk) walaupun berbadan besar dan agak berusia, basikalnya 8 speed saja, tapi berupaya juga mendaki, sangat kagum dengan semangat yang ditunjukkan beliau, walaupun dia berkata dia x pernah kayuh sampai ke puncak, tetapi semangat ingin terus mencuba tidak pernah luntur (kali ni pun aku rasa x berjaya jugak) |
|
stop di Muzium Perhutanan Gunung Jerai, 4 km lagi untuk sampai ke puncak, kelihatan abg din yang kepenatan (wajahnya tidak mampu membendung lagi rasa penat hehe) |
|
bergambar bersama rakan2, abg din dah mampu senyum kembali, aku juga buat2 senyum, wan saja yang betul steady pada kayuhan kali ni. |
|
bergambar di hadapan Muzium Perhutanan Gunung Jerai |
Selepas beberapa kali pit stop (berenti rehat, banyak kali sebenarnya), akhirnya kami sampai ke puncak Gunung Jerai. Peluang mengambil gambar di puncak x dilepaskan, sambil menikmati pemandangan menarik di puncak gunung. Suhu agak sejuk, setara dengan Cameron Highland aku rasa. Suhu kira-kira 23' Celsius (mengikut jam protrek aku). pendakian sejauh 12 km mengambil masa 2 jam lebih.
Setelah puas menikmati pemandangan, rehat lebih kurang, kami pun memulakan kayuhan turun, aksi downhill tarmac, melayan selekoh2 tajam yang kadang kala sangat merbahaya bukanlah satu perkara yang mengembirakan (at least not for me ). Dari puncak ke kaki gunung mengambil masa 15 minit sahaja!
|
Pemandangan di puncak Gunung Jerai, kelihatan sawah padi di bawah |
|
bergambar berlatarkan kawasan Hotel Regency Jerai |
|
bersama Cikgu Irwan |
|
Orkid yang sedia untuk berbunga |
|
segala penat dan lenguh bagaikan hilang apabila dihidangkan dengan pemandangan yang menarik. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan