Day 3 ( Sabtu 1 Sept 2012)
Hari kedua berada di sini, hari ni dikhaskan untuk rehat, kebiasaannya hari kedua mendaki gunung ni ada acara rehat. Jadi kesempatan ini aku bersama pendaki lain menghabiskan masa untuk mandi manda dan menikmati keindahan alam sekitar. Udara yang dingin disamping deruan air terjun memang mengasyikkan. Aku sebenarnya tak begitu pasti jadual acara pendakian ni, kalau tau awal-awal yang ada day yang off, sure aku akan bawak bersama bahan bacaan, so sambil-sambil menikmati keindahan alam , leh gak menenangkan minda dengan membaca.
|
Penulis sedang menikmati hidangan tengahahri, kat atas gunung ni makan apa pun sedap! |
Jadi kebanyakan masa dihabiskan dengan mandi, makan, tidur dan berbual-bual bersama rakan-rakan lain. Air terjun yang sangat sejuk dan jernih bersih bagai melegakan segala lenguh dan sengal. Camp site air terjun Langsir ini berada pada aras 900 meter, jadi suasana memang dingin.
|
Abg Din sedang pose |
Kepelbagaian specis tumbuhan di kawasan camp site menarik perhatian bagi penggemar bonsai dan orkid liar. Terdapat specis pokok yang biasa dibuat bonsai seperti pokok cucur atap, juga specis orkid liar yang berbunga sangat mengujakan bagi aku yang sememangnya meminati specis orkid liar.
|
Jamuan hari raya di atas gunung, siap dengan lemang! |
|
Mandi-manda serta berborak santai, memang mengasyikkan |
Day 4 (Ahad 2 Sept 2012)
Sesudah siap bersarapan dan mengemas segala peralatan, kami mula bergerak turun, perjalanan melepasi puncak Gunung Chemerong (x sedar pun kata dah lepas kerana tiada papan tanda). Trek penurunan melalui laluan berlainan dengan trek pendakian, hanya bertemu semula dengan trek pendakian mula di Simpang Y. Trek penurunan tidaklah seteruk dengan trek pendakian. Terdapat juga pendakian yang pendek sebelum disulami dengan penurunan yang tidaklah terlalu curam. Cuma trek yang agak panjang yang kira-kira 7 km memang memberi kesan kepada aku, terutamanya apabila menghampiri starting point, kira-kira 3 km untuk menamatkan misi, memang terasa keperitan apabila menuruni trek yang curam. Beban yang kepada betis dan paha memang membuatkan aku berhenti rehat seketika (kerap sebenarnya). Keletihan memang terasa sangat, Abg Din dan Mizan agak jauh di hadapan, Meon pulak di belakang aku. Jadi aku berjalan secara solo sehinggalah menghampiri penamatnya apabila Abg Din dan Mizan dengan cerianya menunggu aku yang dah malas nak bercakap (sebab terlalu penat).
|
Bergambar di Camp Site Air Terjun Langsir sebelum memulakan penurunan |
Akhirnya pada pukul 4.30 petang kami sampai di starting point, lega rasanya. Selepas selesai mandi dan solat serta bersalam dengan rakan pendaki yang lain, kami bertolak pulang ke Kedah pada pukul 5.30 petang, dalam perjalanan aku menahan tidor sambil menemani Abg Din drive. Aku sampai di rumah kira-kira pukul 3.30 pagi, sempat tidur sekejap sebelum hadir bertugas di Sekolah, alangkah penatnya....
|
Bergambar untuk kali terakhir di titi gantung Air Terjun Cemerong |
Epilog
Secara keseluruhannya trip kali ni memang menarik, pendakian yang lancar, cuaca yang baik, selalunya di kawasan gunung memang kerap menerima hujan, tapi kali ni memang bernasib baik kerana cuaca cerah. Pendapat aku 'wow factor' Gunung Berembun ini adalah keindahan alam semulajadinya terutama kawasan air terjun, secara jujur aku tak pernah melihat keadaan yang lebih cantik daripada di sini berbanding dengan mana-mana tempat yang pernah aku lawati. Bagi aku, Gunung Berembun adalah gunung yang mesti 'ditawan' oleh penggemar aktiviti lasak ini!
Khazanah Gunung Berembun
|
Specis periuk kera yang tak pernah aku jumpa di tempat lain |
|
Lipan bara sebesar ibu jari lelaki dewasa sedia menemani pendaki |
|
kepelbagaian fauna |
|
specis periuk kera yang bersaiz besar |
|
Orkid hutan, berwarna terang, memang menggetarkan jiwa penggemar orkid liar |
|
Pemandangan Air Terjun Cemerong dari jauh |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan