Isnin, 16 Julai 2012

Jamboree SP Saza 2012 - One of The Best!!





Jamboree Mtb Sp Saza 2012
Tarikh : 14hb July 2012
Masa: 7.00 pagi - flagoff = 7.30 am
Hari: Sabtu
Tempat : Ditasik Darulaman Perdana, Bandar Amanjaya, Sungai Petani.
Jarak : +- 42km
Status: 90% offroad , 10% onroad
Type bike : MTB sahaja
Organized by :Kelab SAZA SP


Sudah agak lama aku x update blog ni, disebabkan agak sibuk dengan urusan kerja dan urusan peribadi, tapi sempat jugak curi ruang untuk join event macam ni. 

Pada event kali ni aku register atas nama GerekBaru Cycling Club, Jitra. Jutaan terima kasih kepada uztz Raja, Mr Pudin dan kawan-kawan lain dari GerekBaru kerana sudi menguruskan pendaftaran dan yang lain-lain. 


Aku seperti biasa akan disertai oleh geng2 kayuh Kuala Nerang yang 2-3 orang ni. Kali ni aku bersama Cg Irwanzaki dan Cg Najib, kawan2 lain x dapat join kerana kesibukan. Bergerak seawal 4.30 pg dan regroup dengan geng Jitra di R&R Gurun, solat subuh dan breakfirst kat situ. seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Tasik Darulaman Perdana, Sungai Petani, Kedah.

riders yang bersedia untuk flagoff - pic by sharmizan
Starting point sudah dipenuhi riders setiba kami di sana. So macam biasalah, sampai lambat maka starting pun di belakang sekali. No big deal start at the back!  Flagoff lebih kurang pukul 7.50 am, secara rasminya jamboree bermula! aku bermula dengan lancar sekali (sebab di belakang xdak sapa nak rushing2 ..semua slow n steady ja).




bersama rakan2 pengayuh yang lain di belakang sekali - pic by Ustz Raja
Trek onroad yang panjang sebelum memasuki offroad membantu para riders menjarakkan kayuhan. aku kira dalam -+ 6 km onroad, x sempat nak fokus kat meter. Jarak ini juga membenarkan riders melakukan breakaway, aku masih mengekalkan kayuhan santai kat belakang.


memasuki fasa offroad, skrip lama berulang, acara menolak basikal bermula pada pendakian yang aku kira mampu dikayuh. Jumlah peserta yang ramai (anggaran 1000-1100 riders) menyebabkan kesesakan apabila tibanya pendakian.


Acara offroad bermula
Ditch crossing menambahkan elemen fun factor dalam Jamboree Saza
Pendakian yang terpanjang dan tertinggi selain di Bukit Digi adalah di Bukit Pengsan, memang sangat memenatkan pendakian di sini (acara tolak gerek). Selepas tu pendakian tidak terlalu tinggi dan mampu dikayuh. Satu perkara yang menarik sekiranya bermula di belakang adalah kita berpeluang untuk memotong riders yang lain, terutama bila tiba di flat road dan downhill, yang x berapa bestnya bila riders len potong kita la hehe.


acara menolak basikal beramai-ramai di Bukit Pengsan
Deretan panjang peserta gigih menolak basikal di Bukit Pengsan!
Akhirnya pada pukul 10.30 am, selepas 2 jam 10 minit berkayuh + berenti, aku tiba di finish line. Kegembiraan dan kepuasan apabila berjaya menamatkan 43 km kayuhan. Lebih manis lagi aku berjaya menamatkan kayuhan dalam kelompok 500 terawal walaupun bermula di kelompok belakang sekali, secara tepatnya tempat ke-439, so dapatla jugak medal kenang-kenangan habuan ciwi ngan kawan2.


Finish line, kepuasan tidak terhingga jelas ditunjukkan oleh setiap riders

Penulis bersama rakan, Cikgu Irwanzaki

TREK REVIEW

Trek kayuhan di dalam ladang kelapa sawit memang menarik sekali. Permukaan jalan yang flat dan smooth memungkinkan kayuhan yang pantas (kelajuan 35 km/j mudah dicapai). Trek yang lebar juga memudahkan riders untuk memotong. Sesuai dengan slogan event iaitu 'santai & mencabar' , adunan laluan yang flat dan lancar, kayuhan amat menyeronokkan. Dicampur dengan adunan 'ditch crossing' apabila riders terpaksa menolak dan menanggung basikal menyeberangi parit-parit dan anak sungai menambahkan lagi cabaran dan 'fun factor' dalam event kali ini. Pendakian yang mencabar pada Bukit Pengsan ( acara menolak basikal beramai2), selain daripada pendakian Bukit Pengsan, kebanyakan pendakian lain mampu dikayuh. 

Terdapat beberapa downhill yang agak berbahaya tetapi mampu ditackle sekiranya riders lebih berhati-hati, walaupun ramai jugak yang balik kuang dan ada yang berdarah-darah lutut dan bengkak muka disebabkan downhill yang curam dan loose gravel surface. Selainnya, riders dihidangkan dengan downhill yang tidak terlalu curam dan agak panjang, maksudnya downhill yang sangat layann!! bagi basikal species hardtail pun buleh layannn sini, kalau species fulsus lagi la. Tapi awas, terlebih layan akan menyebabkan riders terbang terus dalam gaung! ada 2-3 riders yang dikhabarkan merangkak naik dari gaung!

Secara keseluruhan trek event ini bukanlah antara yang hardcore, kebanyakan laluan mampu di kayuh. Bagi aku, keadaan inilah yang menyebabkan event kali ni menarik! kerana tujuan jamboree adalah untuk riders menamatkan kayuhan sambil menikmati cabaran dan laluan bersama riders lain, bukannya mendera riders dengan laluan-laluan yang tak munasabah!


Pemenang kategori Lelaki disapu bersih oleh pelumba pro, kelihatan Anuar Manan (pelumba basikal kebangsaan) mendapat tempat ke-3 

EVENT REVIEW


Well manage! bermula dari kawalan marshal pandu arah seawal lepas subuh, parking yang luas dan layanan mesra dan profesional para marshal, menjadikan event ini adalah antara yang terbaik! (memetik komen rakan2 riders di dalam facebook ). Pengurusan yang cekap dan keikhlasan para petugas serta penglibatan agensi-agensi kerajaan melicinkan perjalanan event. Harapan agak pihak SAZA SP akan menganjurkan lagi jamboree pada masa hadapan. Secara keseluruhan 5 bintang untuk Jamboree SP Saza 2012!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan