Ahad, 14 Oktober 2012

Naka-Pdg Durian-Lubok Merbau-Naka Route


Laluan: Jalan Naka-Pdg Durian-Lubok Merbau-Naka
Tarikh: 13 Obtober 2012
Jarak: 54 km
Tempoh: 3 jam 11 minit
Jenis laluan: Tarmac

Hanya bertiga kali ni, aku , Cg Irwan dan Abg Din , memulakan kayuhan agak lambat, pukul 5.45 pm baru memulakan kayuhan. Laluan dari Naka menuju ke Padang Durian agak mendatar, terbentang luas sawah padi di kiri dan kanan jalan. Kayuhan yang lancar dan pemandangan yang menarik memang mengasyikkan. Perasaan mengayuh di kawasan sawah padi memang menarik dan mengasyikkan bagi aku. Bagaikan satu terapi. Panjang laluan Naka -Pdg Durian lebih kurang 13 km.

Peta laluan kayuhan


Laluan peringkat kedua iaitu dari Pdg Durian - Lubok Merbau adalah cabaran sebenar daripada keseluruhan laluan. Laluan berbukit-bukit di sepanjang 12 km menuju ke Felda Lubok Merbau. Pendakian yang panjang dan curam diselangi dengan penurunan yang juga curam memang menambahkan keseronokan kayuhan. Puncak tertinggi yang dicatatkan adalah 160 m dari aras laut. Kelajuan kayuhan mendaki yang perlahan kira-kira 6-11 km/j digantikan dengan penurunan selaju 61 km/j!! 

Profile ketinggian laluan

Profile kelajuan kayuhan


Berhenti rehat sambil bergambar di titik paling tinggi laluan
Laluan seterusnya kembali ke Naka, jarak dari Lubok Merbau ke tempat permulaan kira-kira 29 km. Laluan masih berbukit-bukit, cuma tidaklah terlalu tinggi, kayuhan pendakian disulami dengan penurunan yang agak sederhana. Selepas beberapa kali berhenti rehat, kami akhirnya mengakhiri kayuhan pada pukul 8 lebih ...

kayuh dari siang sampai malam ...
 Kesimpulannya laluan ini agak menarik kerana kombinasi laluan berbukit dan landai, amat sesuai untuk train fitness dan menguruskan badan. Keadaan jalan yang baik serta laluan yang tidak terlalu sibuk mengurangkan risiko kepada pengayuh. Pemandangan sekeliling juga menarik, terasa agak santai menikmati pemandangan alam yang menghijau serta udara yang nyaman. Laluan sesuai untuk mtb dan juga RB. So kepada kawan-kawan yang dok dekat-dekat sini leh la try skali, pasti xkan menyesal!

2 ulasan:

  1. pasni balik kampung boleh la nak kayuh sekali dengan geng2 kola nerang ni.dok perasan jugak ada 2 3 orang mountie kat kola nerang.xdan nak tegoq.hehe

    BalasPadam
  2. xda masalah en khairul , sini xda la ramai sgt..ada la 2-3 kerat hehe balik kg tu tegoq2 la ..leh ride skali , fb sy Fauzi Mutalib , tq

    BalasPadam