Rabu, 26 Mei 2010
Gunung Ledang Cronicles (1276 m, 4,185 ft)
Gunung Ledang merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia.Pemandangan yang cantik dari puncak gunung...boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Puncak Ledang berbeza daripada puncak2 gunung lain,puncaknya berbentuk dataran yang luas, boleh memuatkan ramai pendaki pada satu2 masa. Pemandangan yang paling cantik setakat ni berbanding gunung2 yang aku dah daki.
di bonsai park, 1 jam dari summit
akhirnya tiba dipuncak selepas 7 jam pendakian yang memeritkan, i feel relief..
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang. So banyak cerita2 mistik pasal gunung ni, yang kadang2 membuatkan rasa gerun kalau terpisah dari group.
Gunung pertama yang didaki..ketinggian yang tidak begitu tinggi 1276 m, tetapi berada tangga yang ke-7 tahap kesusahan mendaki di Semenanjung Malaysia.
the true joy...
mr khai..the tough guy, 1st arrived ..
Pendakian yang aku rasakan paling sukar setakat ini berbanding dengan gunung-gunung lain,dengan kecerunan yang mematahkan semangat,pendakian yang terpaksa menggunakan tali di batu hampar sangat mencabar dan merbahaya...dicampur dengan masalah cirit-birit...sangat memeritkan..hohoho
Thumb-ups to Gunung Ledang, u re the legend!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
khai dgn post mautnya...hoho tahniah u both
BalasPadamkerana dia la kita menceburkan alam gunung ni, tq mr khai!
BalasPadam