Sabtu, 29 Mei 2010

Payar Island Marine Park 2009


Ini kunjungan kali kedua aku ke Pulau Payar, Pulau Payar terletak di kepulauan Langkawi, digazetkan sebagai Taman Laut, maknanya sebarang aktiviti penangkapan ikan adalah dilarang sama sekali, hanya boleh tengok, bagi makan dan senyum sorang2…bagi yang kaki pancing mungkin meleleh air liur kalau dapat tengok kelibat kerapu gergasi.

Seperti biasa aku dengan crime partner aku, mr khai dan abang din serta syamizan (partner daki gng stong), kami seperti biasa sangat ceria bila diberitahu oleh mr khai yang ada trip ke Pulau Payar, kali ini trip dianjurkan oleh JPN Kedah dengan kerjasama Jabatan Taman Laut. Ini bermakna kami boleh bermalam di sana,satu keadaan yang tidak mungkin dapat jika datang sebagai pelancung, dimana para pelancung mesti meninggalkan kawasan pulau pada pukul 3 petang. Trip 3 hari 2 malam memang member kepuasan bagi sesiapa yang mencintai keindahan dan segala khazanah yang terdapat di sini.

Perjalan kami ke Pulau Payar bermula di Jeti Kuala Kedah, kami menaiki feri sewa khas, segala makanan mentah dan perkakas memasak diangkut masuk ke dalam feri. Perjalanan ke Pulau Payar mengambil masa kira2 30 minit. Dari jauh kelihatan pulau…perasaan teruja muncul hohoho here we come!


Aktiviti utama di sini adalah snorkeling ..sambil menikmati segala isi laut dan pantai yang putih bersih…keseronokan yang sukar digambarkan apabila melakukan aktiviti snorkeling …bagaikan berada di dunia lain…keindahan soft coral yang meliuk-liuk mengikut arus laut begitu mengujakan, terdapat hard coral yang pelbagai bentuk dan warna. Kehadiran pelbagai jenis ikan, jenis coral fish..sgt jinak, dan dalam kuantiti yang sangat banyak memang tidak terdapat di tempat lain, hand feeding yang paling menarik…keseronokan apabila ikan2 berebut makan di jari anda…tapi klu ada barracuda dinasihatkan x payah la bagi hand feeding ..takut dia ngap skali dengan roti, sekali dgn jari hohoho. Terdapat pelbagai jenis coral fish disini, yg aku kenal dan ingat hanya beberapa shj, antaranya kerapu gergasi, lebih besar dr size abang din, memang menggerunkan, barracuda, todak, parrot fish, nemo fish yg sgt cute tp sgt defensive jika anda mengacau sarangnya..dan pelbagai lg ikan yang mcm2 warna, xkenal spesisnya..aku hanya panggil ikan cantik. Aku seperti biasa dengan abg din, meneroka segenap kawasan berdekatan dan yg istimewa kami telah terserempak dengan lobster (udang karang), berwarna biru dan sizenya agak besar, cuba menyembunyikan diri dibawah2 hard coral…juga terserempak dengan lion fish, cantik, tenang tetapi sangat berbahaya.




Kejernihan air lautnya yang luar biasa, bak orang putih kata ‘crystal clear’ memang membuat sapa2 pun geram untuk terjun..even yg x pandai berenang pun ..tapi kena pakai life jacket la…hari pertama kami abiskan dengan berehat. Sesi taklimat dan ceramah kesedaran dibuat pada waktu malam, serta diselitkan tazkirah agama, silap timing sebab aku pakai sluaq pendek saja hehe maklumlah dok di pulau. Hari kedua smua peserta (smua geng2 cikgu) didedahkan dengan aktiviti air..cara2 memakai life jacket dengan betul, cara2 menggunakan J tube dan mask, aku x join sesi ni, maklum lah dah terrer ..hehe.. aku n abg din lepak kat kitchen sambil tolong mr khai memasak untuk lunch. Para pelancong mula tiba seawal 10 pg, majoritinya pelancong asing, cantik2 n seksi2..inilah spesis ikan dugong (panggilan mr khai), mizan senyum2 saja hehe.





Aktiviti scuba juga menarik disini, tapi selalunya kat area belakang pulau, situ xda pantai..tapi coralnya tidak terusik, klu ada rezeki ingin nak amek open sea PADI scuba license, lagi interesting.
Pengalaman di Pulau Payar ni memang sangat menarik, kalau ada peluang lagi sure aku akan pi lagi, biarlah amek mc pun :D


Keindahan ciptaan Tuhan




3 ulasan:

  1. aduiii pulau payar tak sampai2 jugak aku huhuhuhu

    BalasPadam
  2. ada no contect feri/bot dari Kuala Kedah ke P.Payar?

    BalasPadam
  3. no contact xda la bro..tp kalau feri memang makan ribu2 la onkos dia sbb dia xdak normal trip, smua sewa khas..dulu di jeti juragan a.setar,ada speed boat yang wat servis ni..tp kena ingroup 10-12 orang baru dia pi.

    BalasPadam