Khamis, 27 Mei 2010

Gunung Stong Cronicles (1422 m, 4,665 ft) 2007


Gunung kedua yang didaki, Taman Negeri Gunung Stong terletak di kawasan Taman Negeri Kelantan, di kampong Dabong, dikelilingi oleh beberapa puncak, antaranya puncak Ayam, puncak Tera, puncak Baha dan puncak2 lain yang aku pun xtau namanya, kaya dengan khazanah alam flora dan fauna, antaranya periuk kera dan orkid liar, bagi penggemar orkid liar mmg sgt mengujakan bila melihat bunga orkid yang kembang menarik pada habitat asalnya…terdapat laluan gajah dan kesan elephant dung dan juga pak belang, antara gunung yang penuh dengan cerita mistik dengan kisah gua bogo nya yg misteri, dan yang paling menarik sekali ialah Jelawang Waterfall..ketinggiannya 305m dan dipercayai tertingi di Asia Tenggara.




Day 1 -Jumaat
Perjalan dari JAS Perak HQ memakan masa kira2 5 jam untuk sampai ke Dabong, sampai kira2 pukul 8 pm di resort di kaki Gunung Stong dan bermalam di situ.

Day 2 -Sabtu
Pendakian bermula pada pukul 8 pagi, trek mula agak sukar hinggalah sampai ke campsite (Kem Baha) pada ketinggian 310 m, kami disambut dengan tepukan oleh para guides yang memang stay kat kem baha tu, agak memenatkan la…segala barang2 seperti backpack, khemah di tinggalkan dan hanya bekalan air saja yang dibawa. Pendakian ke puncak diteruskan dan sampmai ke puncak kira-kira pukul 4.30 pm. Dari puncak gunung Stong kelihatan puncak-punc ak yang lain seperti puncak Ayam dan puncak Tera.

Sepantas kilat puncak2 tadi dilingdungi awan. Puncak gunung Stong betul di atas seketul batu yang tidaklah terlalu besar dan hanya boleh memuatkan sekumpulan kecil pendaki pada satu2 masa. Kira-kira pukul 5.30pm kami mula menuruni gunung, hujan2 renyai2 dipuncak hinggalah sampai ke kem Baha, trek yang licin, BJ jatuh tergolek 2 kali, dan terdapat pendaki yang tercedera melambatkan lagi perjalanan…hujan, perut lapar, mujurlah ada sorang guide (lupa dah nama dia) bawak megi 2 bungkus, dia masak..apa lagi,kami hirup sampailah kuah yang terakhir, 2 bungkus megi tu dikongsi oleh oleh 7 orang!BJ (ketua xpdc) yang makan paling banyak sekali hehe…..itulah buat pertama kalinya aku rasa kenikmatan makan megi, yang paling sedap di dunia rasanya..


Kami sampai di kem Baha pada pukul 7.30pm..basah kuyup, penat dan lapar, makan malam

nasi puteh, telor goreng dan sup ayam…sangat menyelerakan…nasib baik dorang masak lebih, buleh la tambah 2-3 kali tambah, lutut terasa sangat sakit. Akhirnya group terakhir sampai ke kem pada pukul 11.30 pm…syukur semuanya selamat.

Day 3 –Ahad
Suasana suboh di kem Baha (bersebelahan Jelawang Waterfall) sangat mengujakan, kawasan Dabong ketika ini tidak kelihatan kerana dilindungi oleh awan…sangat cantik..aku hanya mampu mengagumi keindahan ciptahan Tuhan, matahari mula samar2 kelihatan.


Setelah bersarapan …masing2 berkemas untuk penurunan terakhir, kaki dan lutut aku masih lg sakit…tapi aku gagah juga mememasang langkah walaupun senget2 jalan...akhirnya sampai juga ke kaki gunung dan bas sedia menunggu kami. Sampai di Ipoh terus shoot balik ke Kedah(tapi syarmizan yang drive hehe ). Esoknya hadir kerja macam biasa..tapi lenggok jalan x macam biasa,sudah x macho lagi, agak sukar nak menaiki tangga..tanyalah Mr Khai n Abg Din.
Satu pengalaman yang menarik, trek pendakian yang cantik ..tidaklah terlalu curam…keindahan alam semulajadi alam semulajadi di Gunung Stong akan membuatkan ia sentiasa di hati..bravo!!



Khazanah yang tidak ternilai












Superb scenarist

6 ulasan:

  1. yeah, gunung stong are one of the most beautiful mountain i hv ever climb

    BalasPadam
  2. 2 pic tu, tempat sama, 1 kul 7.00 pm, 1 lg 7.30 am

    BalasPadam
  3. yeah...tempat ni sangat2 cantik...
    bersama treknya yang menarik.....:)

    BalasPadam
  4. bgus la klu dah sampai sana..mmg best

    BalasPadam