Rabu, 30 Mac 2011

Tips Mendaki Gunung - Kasut Hiking/Treking




Penulis tertarik untuk menulis tentang tips untuk mendaki gunung pada post kali ni..dah trip gng pun hold sekejap kerana cuaca tidak mengizinkan. So dok saja-saja, at least buleh kongsi pendapat dan pengalaman dengan para rakan pendaki yang lain dan yang minat outdoor tapi tak kesempatan nak join.

Untuk episode 1st ni penulis akan bincangkan tentang kasut. Bagi aku equipment yang paling penting untuk mendaki ialah kasut. Keadaan permukaan hutan hujan (rainforest) mempunyai pelbagai keadaan yang berbeza mengikut altitude serta keadaan cuaca yang sentiasa berubah-rubah. Memilih kasut hiking/treking yang sesuai untuk semua keadaan lembap dan berlumpur seperti di hutan hujan bukanlah mudah. Ciri yang paling penting bagi kasut hiking ialah tapak. Bahagian tapak memain peranan yang paling penting semasa aktiviti mendaki dan menuruni..bunga tapak mestilah kasar dan mampu mencengkam permukaan tanah sewaktu mendaki serta mampu mencengkam sewaktu menuruni (brek). Ini akan mengelakkan pendaki daripada tergelincir dan tergolek (lebih dasyat lagi terjatuh ke dalam gaung).


Corak bunga kasut yang kasar menjanjikan cengkaman kepada permukaan trail 

Ciri-ciri lain ialah kasut mestilah selesa, ringan, lasak, mudah kering (quick dry) dan breathable. Bagi aku kasut yang dipakai mempengaruhi mood pendakian. Kerana hiking adalah satu aktiviti yang robust n drain lot of energy, jadi apa salahnya beli yang lebih sesuai untuk keselesaan kaki kita (kalau kaki orang len biaq pi kat depa la hehe).

Terdapat pelbagai jenis hiking boot yang ada di pasaran, pelbagai brand ada..kalau brand specialist ni macam Timberland, Columbia ..tapi harganya sangatlah mahal..mencecah rm500-600 sepasang. Terdapat juga brand lain yang lebih murah contohnya Camel Active, Adidas Outdoor, Nike, Police yang lebih murah..anggaran antara rm1xx-2xx . Nak murah lagi cari la yang bundle tapi branded ..harga antara rm4x-6x camtu..tapi pastikan tapaknya berkeadaan baik..sebab susah nak dapat yang bagus, banyak yang tapaknya dah licin. Terdapat juga jenis sandal ,tapi khas untuk hiking..kekurangan hiking shoes jenis sandal ini ialah kurang pelindungan kepada kaki dan juga pacat mudah panjat. Nak murah lagi gunalah kasut getah (kasut motong) sepasang rm10 saja hehe tapaknya kasar. Kasut jenis ni menjadi pilihan ramai guides, tapi x stylo la :p.

Potongan mid cut
Kasut treking potongan low cut jenama Adidas Outdoor
Ada juga jenis high cut..potongan tinggi, tapi aku lebih suka jenis low cut..lebih ringan, selesa dan memudahkan pergerakan. Satu perkara lagi ada baiknya selepas beli tu eloklah hantar kepada tukang kasut untuk dijahit tapaknya, kerana pengalaman aku walaupun 1st time pakai tapaknya buleh tercabut kerana factor trek dan cuaca yang robust, kalau beli yang bundle diwajibkan jahit tapak dulu..kalau tak, maka kena ikat dengan tali rapia la (betoi dak abg Din? Hehehe)
Sandal hiking/trekking 

Kasut getah (kasut motong) yang murah tapi popular di kalangan pendaki

Saiz juga penting..elakkan saiz yang ketat atau ngam2 ..sebaiknya belilah yang sedikit longgar, kerana saiz yang ketat akan mendera jari kaki semasa perjalanan menuruni gunung di mana tekanan berlebihan kepada kuku kaki semasa membrek. Ini akan menyebabkan kecederaan yang serius kepada kuku dan jari kaki.


18 ulasan:

  1. brand pe sandal tu?

    BalasPadam
  2. sy cdgkan brand brooks utk kasut...dh klua cascadia 6 skang.mesti rembat

    BalasPadam
  3. anony: xpasti la brand apa, tq share info pasal brooks tu..brapa price dia? area utara ni mmg susah nak cari specialist brand mcm brooks cascadia 6 tu

    BalasPadam
  4. avrage price 4rat utk brooks....kalo sandal brand teva pun mantap...slamat mngxplore

    BalasPadam
  5. ok2..tq for the info, apa2 share la

    BalasPadam
  6. saya plan nk beli kasut hiking dalam masa terdekat..thanks fot ur advice..btw, saya baru nk berjinak jinak dalam dunia hiking ni..

    BalasPadam
  7. pernah naik gng tahan melalui merapuh kasut camel active jadi mulut buaya. cadangan mesti ada peralatan menjahit kasut buat spare.very handy tools.

    BalasPadam
  8. sy xberpeluang lg nak daki gng tahan..bab kasut tu tringat member sy, terpaksa ikat tapak kasut ngan tali rafia gara2 tapak tercabut..tq share info

    BalasPadam
  9. betuiii aku setuju sebab first aku mendaki gunung ngan hangpa hangpa kutuk aku kaw2 sebab kasut licin untuk pendakian kedua aku dah beli kasut baru ternyata memang mantp hehhehehe so untuk org yg nak daki gunung beli la kasut hiking yg sesuai hehehe macam abg pau habaq niii

    BalasPadam
  10. haha betoi tu mr zomba, kasut kalau mahai pun tapi kalau x sesuai memang menyesal kita pakai..biar kasut noreh getah harga rm8 sepasang lg sesuai

    BalasPadam
  11. utk pmpn?? 1st time nih....naik gng jerai kot sem nih..uhhhh

    BalasPadam
  12. saudari alin,
    mmg ada hiking boot untok women, cuma market di malaysia ni susah la skit nak jumpa..tp dia punya ciri2 asas x beza sgt dengan yang lelaki nyer boot ..
    selamat mendaki then..sure it ll be best experience for u..

    BalasPadam
  13. Pengalaman best jgk pasal kasut. Sebab kwn last minit ajak aku. Pg nie btahu, pg nie jgk kena btolak. Last sbb x ada kasut . Kdai tutup. Ku beli kasut bola.:P. Semasa mdaki gunung tahan sepanjang jln aku kena kutuk dgn geng laki. Sebab katanya aku main bola atas gunung. Atasl kesabaran dan faktor hujan. Kasut bola tu bnyk membantu. Org yg kutuk aku plk tjatuh dlm semak dan terkena duri rotan. Hnya ku mampu bertanya ; knp tu kasut licin ke? Heheheh

    BalasPadam
  14. Aku bru berjinak bab panjat memanjat ni..kt umh ada kasut camel activ...tktau ler laki pnya or pmpuan..tp kst tu abg bg kt aku...bkt pertama aku panjat kt cherok To'kun...itu pertma kali aku daki.rendah ja kot..tp jd ktagih plak :D kt utara ni bkt or gunung apa yg best utk hiking...any idea ? Tq :D

    BalasPadam
  15. area utara x byk pilihan tuan..gng jerai, bukit mertajam slalu org hiking ptg2 ...perak byk gunung2 kategori beginner sampai ke tahap trans

    BalasPadam