Rabu, 2 Jun 2010

Kedah 4x4 Club Gathering 2008

7-8 november 2008

Pengalaman pertama menyertai event 4x4 sejak pakai 4x4 ni. Rakan setugas merangkap co-pilot aku Mr Md Ludin ada bagitau ada event di dekat2 sini. Aku pun terus contact organizer dan kebetulan SU organizer tu pun cikgu jugak. Event ni dianjurkan oleh Kedah 4x4 Club, berkonsepkan family gathering dan sesi promosi aktiviti 4x4 kepada pemilik 4x4 disekitar kedah. Event ini disertai oleh 40 buah kenderaan 4x4.


Day 1
7 nov 2008

8 am Semua peserta mendaftar dan berkumpul di hadapan Hospital Kuala Nerang. Kami diberikan sticker penaja dan mesti dilekatkan pada kenderaan masing2. Ini sebagai promosi dan penghargaan kepada penaja yang member sumbangan dalam event ini. Lepas tu sesi taklimat diberikan oleh organizer tentang xtvt event dan rule2 semasa berkonvoi. Pada pukul 10 pm kami telah di lepaskan (flagg off ceremony) oleh Dato Syed Sobri ADUN Kuala Nerang yang juga penaung event. Konvoi kami diiringi oleh polis patrol car, xpenah seumur hidup patrol car iring hehe best la jugak feeling tu.


Konvoi kenderaan kami akhirnya menuju ke Tasik Pedu, lebih tepat lagi menuju ke Anjung Pedu Resort, kira2 50 km dari pekan Kuala Nerang, konvoi tidak melibatkan offroad, hanya melalui jalan yang masih dalam pelebaran.




Aksi di SS1

Kami sampai di Anjung Pedu Resort (tempat ini telah dikosangkan dan tidak terurus), masing2 park keta masing2 dan mencari tempat untuk bermalam, aku dengan mr md ludin (co-pilot) pilih untuk berkhemah di dalam bilik resort..sound weird, but its true.
Petang diadakan competition SS trial (SS1) disekitar area resort, sapa2 pun buleh join…aku xjoin kerana mazda fighter aku standard ja..tyre yang x sesuai, xda winch ..so tgk geng2 otai ni beraksi…sangat menarik apabila kenderaan di pandu pada tahap maksima meredah laluan yang sukar. When man and machine unite, nothing can stop them. Sangat terhibur dengan aksi2 menjahanamkan keta :D.




Keindahan tasik Pedu yang tidak terusik memang mendamaikan, airnya yang tenang dan jernih merupakan satu terapi bagi sesiapa yang mahukan ketenangan dan jauh dari hiruk-pikuk kota. Aku mengambil kesempatan ini untuk merakam gambar pemandangan. Mandi-manda bersama rakan2 yang lain, sangat menarik.
Malamnya diadakan majlis jamuan makan disertai oleh pertandingan karaoke, masing2 menunjukkan bakat, ramainya menyanyi lagu jiwang meleleh yang membuatkan bukan saja orang, malah kera dan lutong di hutan pun pakat tutup telinga hehehe kemuncak majlis diadakan pertunjukan bunga api. Aku memilih untuk balik awal ke khemah dan layan borak dengan mr md ludin sementara menunggu mata mengantuk.

Day 2
8 nov 2008

A lovely morning, bangun awal dan mandi kat tasik pedu, agak suam….sarapan sendiri, seterusnya diadakan senaman pagi beramai2, tarian poco2 ..huh, I don’t like it at all hahaha hate the song, hate the move hahaha tapi ramai2 ni ok la..program seterusnya diadakan SS2, bagi pemilik2 4x4 yang telah dimodified inilah acara yang tidak dilepaskan,inilah masanya kenderaan dilanyak selanyaknya, kemahiran memandu,penggunaan wich bagi tempat yang gagal dilepasi, kepantasan menghabiskan satu2 SS dikira,pemenang ditentukan oleh masa yang paling singkat melepasi satu2 SS,inilah format pertandingan 4x4 di mana2 pun di dunia ni. inilah keseronokan ber 4x4, aku hanya bersorak saja, sebab sayangkan nak menjahanamkan si mazda fighter.Selepas makan tengahhari, kami berkonvoi menuju ke Pangkalan Tok Mas, Pedu untuk SS3 dan yang terakhir serta acara penutup.

trooper in action


with 4x4 enthusiast


me n mr md ludin (my co-pilot)

Pengalaman pertama mengikuti event 4x4, meet new friends, serta belajar tentang selok belok 4x4 daripada yang pakar. Special thank to Kedah 4x4 Club who organize this event, enjoy so much!

Nice scenarist




Tiada ulasan:

Catat Ulasan