Khamis, 10 Jun 2010
The Lost Waterfall of Lasau Ogos 2009
Tetiba terlintas hendak bercamping …tetapi dalam kesibukan kerja dan banyak komitmen lain bukanlah mudah nak carik member2 untuk bercamping ni, tambah2 lagi tempat yang aku nak pergi ni bukanlah banyak aktiviti yang boleh dibuat, x sesuai untuk lokasi memancing atau memukat ikan, hanya sesuai untuk mandi dan rehatkan minda… mujurlah ada member2 yang sporting dan kerkongsi minat yang sama..iaitu go and doing nothing and still very happy!
Waterfall ni bukan Lasau waterfall, Lasau sebenarnya lebih jauh ke dalam hutan, kira2 2 jam perjalanan dengan 4x4. Oleh kerana tiada nama khusus, aku mandai2 namakan Lasau Waterfall. sudah beberapa kali aku berkunjung ke sini tetapi tidak pernah bermalam. Terletak di kg Melaka (aku pun tatau pasaipa dinamakan kg Melaka) berdekatan dengan Gulau, Sik.
Aktiviti camping camni pertama kali aku join, bersama mr md ludin dan zaipol @ meon @ zomba (semua nama aku panggil), jumlah 3 orang ni x la begitu meyakinkan, bukan aku penakut, tapi x begitu berani hehe sebab betul2 dalam hutan,macam2 bahaya ada…. kalau x kerana md ludin maka kira x jadi dah, dok tumpang berani dengan dia ni la, harap zomba..mcm aku gak la, x begitu berani hehe
Day 1 Jumaat
2.30 pm
Selepas selesai solat Jumaat, aku bergegas memuatkan barang-barang untuk bercamping, khemah, kelengkapan memasak dan makanan dalam truck aku. Aku bersama md ludin n zomba memulakan perlajanan ke Lasau Waterfall. perjalanan yang santai, hanya memakan masa kira-kira2 1 jam saja. Kami singgah di pekan kecil Gulau, kebetulan ada pasar petang..sesuai sangat nak beli barang makanan, petai mesti ada …baru syok.
Dari pekan Gulau perjalanan diteruskan, kira-kira 10km sampai la ke simpang ke waterfall, pada ketika ini hujan turun dengan lebat, aku memaling muka ke md ludin n zomba, belasah saja..dekat nak sampai dah. Jalan masuk ada lah offroad, hanya boleh dilalui oleh motosikal dan juga 4x4 sahaja..sebab inilah waterfall ini terasing dan
tidak dikunjungi oleh, aku memang sukakan tempat2 yg x terusik mcm ni..masih tidak tercemar keaslian dan kecantikannya. Perjalanan terpaksa merentasi anak sungai, jalan berbukit,licin dan berlumpur, tetapi itulah kelebihan bagi 4x4, itulah keseronokan memandu 4x4 …
Setelah meredah laluan offroad sejauh 2km, kami tiba di waterfall…ujan masih lebat, deruan air terjun jelas kedengaran , antara gembira dan cemas apabila melihat paras air meningkat lebih dari biasa, agak bahaya juga nak memanjat batu dan melintasi air
terjun, kami memunggah barang dan memasang khemah dalam keadaan hujan turun, nasib baiklah md ludin n zomba memang pakar dalam bab2 memasang khemah ni..aku tolong skit2 saja, last2 aku tinggalkan mereka..aku pergi usha2 kawasan air terjun ni.
Sudah agak lewat petang, hujan berhenti, unggun api gagal dihidupkan…kayu basah..agak frust jugak..sebab klu camping mesti ada unggun api baru cukup syarat camping, mujurlah ada pelita carbaid dan lilin,air terjun pun keroh…aku belasah jugak mandi..hehe md n zomba tengok saja..
Malam kami masak, aku la chef, aku amek alih tugas memasak ni…sebab aku la paling terer sekali dalam 3 orang ni…menu malam ini, nasi, lauk sardin, ikan gelama kering goreng dan ulam petai bakar hohoho sungguh membangkitkan selera….sesuai sangat dengan keadaan perut yang lapar dan kesesejukan pasai kena hujan tadi..memang kalau beruang lalu kat belakang pun x sedar hahaha
Pekena teh panas sambil borak2 dengan zomba n md ludin memang mengasyikkan, bertukar2 idea dengan suasana malam yang nyaman di tengah hutan, dengan bunyi deruan air terjun memang mendamaikan..inilah terapi alam… sedar x sedar dah pukul 3 a.m…mata pun dah ngantuk, so ..good nite to all…tidor dengan nyenyak sekali…..zzZZzz
sentimental...
Day 2 Sabtu
Terjaga dari tido sebab bunyi bising kat luar…bukak pintu khemah masih suram dan teduh, zomba dok tgh basuh kuali n mestin,tgk jam ingat dalam kul 7am, rupanya dah kul 10 am hehe bangun dan meninjau suasana kawasan air terjun..air dah kembali jernih….balik ke kemah, md ludin pun dah bangun…dia tanya x mimpi apa2 ka…aku kata smua ok saja, cuma sakit belakang sebab baring atas tunggul pokok..aku tnya dia balik..dia kata ada la gangguan skit…macam separuh sedar ada perempuan yang berpakaian mcm zaman dulu datang…dia kata dia baca mcm2 gak la, ngeri gak la dengar..nasib baik x mai kat aku..klu mai susah gak hehehe
Apa2 pun xtvt sekarang adalah mandi manda, sambil menikmati keindahan alam…menikmati kesejukan air terjun…the true joy…sambil2 snap gambar2 alam ciptaan Allah yang mempersonakan…
Sesudah mandi manda…aku dan zomba prepare lunch, md terus dok snap gambar alam…lunch yang simple tp nice…sentiasa menyelerakan…sesudah itu kami pun mengemas barang2 dan bersiap2 untuk balik. Sampai di felda lubok merbau hari sudah petang. Satu
pengalaman yang agak menarik..walaupun waterfall ni xla cantik sangat..ataupun ada buat xtvt lain selain dr mandi, borak2 n menikmati alam semulajadi…tetapi keterasingan ini lah yang dicari…we ll come again next time…
Keindahan alam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entah bila pulak aku kunjungi lagi tempat yang sunyi, damai dan menenangkan fikiran. Air terjun Lasau tetap indah walau pun kini hanya dalam kenangan.
BalasPadamjom la cuti sekolah ni kita pi lain
BalasPadamboleh bg direction tak macam mana nak ke sini? kalau ada cordinat lagi cun...
BalasPadam