Hampir 6 bulan berlalu sejak pendakian terakhir di gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan, selepas beberapa kali xpdc tertangguh…kadang2 membuatkan aku frust..tapi inilah kenyataannya, bukan senang nak menganjurkan satu2 xpdc mendaki seperti ini….sukar untuk menghimpunkan para pendaki pada satu2 masa kerana kekangan tugas dan kesibukan kerja…ini lah realiti hidup..work come 1st ..work for money…money for living..dan dalam masa beberapa bulan ini aku berpindah tempat kerja, meet new friends, meet new environment, meet new interest.. tapi aku tetap contact kawan2 di tempat kerja lama. So dalam masa ni aku x duduk diam juga..aku discover new xtvt, its mountain biking..aku akan tulis pasal biking nanti..
Setelah beberapa kali berbincang dengan BJ (organizer n expedition leader) akhirnya tarikh akhir ditetapkan iaitu pada 14-16 Mei 2010, yang syoknya 16 Mei adalah Hari Guru, hari yang aku rasa paling best sekali nak pergi ke sekolah walaupun x dapat hadiah pun hehe tapi tarikan gunung memang kuat, I can’t resist this …so why not this year I celebrate Teachers Day at level more than 5000 ft..Its not bad either..
Story sikit pasal Gunung Bubu di, berada di negeri Perak di kawasan Kuala Kangsar. Pendakian bermula di hadapan Kem Bina Negara Ulu Kenas, Imbau balik kenangan tahun 2007..dimana aku menghadiri Kursus Biro Tata Negara di kem ni…semua slot biasa saja kecuali xtvt outdoor..ada slot jungle trekking ..best dan aku discover satu benda..kawasan ni memang banyak pacat dan inilah yang akan menghantui semua pendaki nanti hohoho leech party! Gunung ni berketinggian 1657 m @ 5437 ft, gunung paling tinggi yang aku dan group JAS daki sehingga post ni ditulis. Tahap kesusahannya..susah nak cakap..ia bergantung kepada prestasi semasa pendaki…BJ kata ni yang paling tough setakat ni, tapi aku rasa Gunung Ledang paling tough dalam 5 gunung yang dah didaki..tapi kami sama2 bersetuju dalam 1 perkara…xtvt mendaki gunung memang sesuatu yang sangat tough, memetik kata mr khai..pendaki gunung memang ada class tersendiri, yang aku tau 1 ja…its fun!!
Day 1 Khamis 13 Mei
2.00 pm
Selepas balik sekolah aku bergegas drive Felda Lubok Merbau, 44km dari umah aku di Kuala Nerang…dah lama x pi sana… dah lama juga x jumpak mr khai dan abg din..hanya dok bertukar-tukar pendapat dalam fcbook saja…seperti biasa rakan pendaki aku mr khai dan abg din. Ajak jugak yang kawan2 yang lain..pudin kata dia sibuk dengan majlis hari guru (dia pengerusi majlis staff smklm tahun ni), zomba pun kata bz jugak..tapi aku rasa dia dah serik dengan penangan Gunung Besar Hantu hehehe xpa la, klu x minat better dok umah tengok tv, itu lebih menyeronokkan daripada menyeksa diri di atas gunung sana..tapi aku lain, aku memang nak cari sakit…hehe aku rindukan feel bila sampai ke summit..tu satu perkara yang x leh di beli dengan duit.
Kami shoot terus ke Kuala Kangsar,abg din sekali lagi bermurah hati ajak pi dengan keta waja dia, makasih abg din.Bertolak dari lubok merbau ke baling, ke grik, dan on the way ke k.kangsar kami singgah di Tasik Raban, Lenggong dan bermalam di Tasik Raban Resort. Cantik tempat ni..kami pilih bilik yang mengadap tasik..tapi x sempat nak discover area tasik sebab sampai dah magrib..Cuma sempat snap gambar untuk kenangan.
aku dengan abg din, berlatarkan Tasik Raban
Selepas dinner kami terus balik ke bilik …nak layan Thomas Cup siaran tv x clear..so kami pakat pilih2 barang pa nak bawak naik atas gunung dan barang pa nak tinggalkan, hanya barang2 yang penting saja yang perlu ada dalam beg..perlu minima..klu boleh pakaian naik dan turun pakai yang sama jugak..yang penting sekali beban beg adalah minima..berat beban yang dibawa sangat mempengaruhi pendakian..paling best daki lenggang saja hehe sebab tu aku sangat mengkagumi geng2 potter, beg yang sangat besar dan berat (ramai bwk beg 70 liter) kerana bawak bekalan tapi selamba ja…dorang ni bukan orang sebenarnya..dorang ni beruang yang menyamar jadi manusia hehe
Siap pilih barang, masing2 pun landing dan layan borak sebelum mata mengantuk..biasa la, sebab lama dah x jumpa so macam2 cerita la ada berkisar kisah tempat keja lama aku…abg din dah lama belayar, tinggal aku dan khai…rancak berborak ..abg din beberapa kali terjaga sebab terkejut dengan gelak aku dan khai, sorry abg din hehe tup2 dah kul 3 pagi..terpaksa la aku pejam mata jugak buat2 tido walaupun dia masih rancak bercerita..terlelap kul brapa tah…
Day 2 Jumaat 14 Mei
6.00 am
bersiap-siap untuk ke Kem BTN Ulu Kenas
Tepat pukul 6 pg alarm handset abg din berbunyi,aku buat2 x dengar..dia yang bangun awal sekali,terus kejutkan kami…selesai mandi dan selepas solat subuh kami terus siap2 dengan pakaian mendaki dan terus shoot ke kuala kangsar, BJ tepon tanya..kami decide kami terus tunggu depan Kem BTN Ulu Kenas. Mata masih mengantuk, kepala agak pening2 sebab x cukup tido, harap2 x jejaskan pendakian nanti. Dalam perjalanan kami singgah untuk breakfast di Kuala Kangsar, best restaurant ni, aku x ingat namanya.. menu pagi dia banyak dan agak unik. Abg din dan mr khai order nasi lemak, aku plak order moy sup dan telor sentengah masak 2 bijik.. juga teh O dan tapaukan nasi ayam untuk lunch nanti. Makan mesti cukup, dan makan makanan yang berkalori tinggi, kerana mendaki memang menggunakan tenaga yang banyak..besanya aku la yang makan paling banyak.
heavy breakfast,high calorie meals
Selesai breakfast kami menuju ke Ulu Kenas, dalam 11km dari pekan kuala kangsar. Sampai sana gangs guides dan potter sudah menunggu…so salam2 dah kenal2 dengan dorang ni sambil tunggu kawan2 len sampai. Ada ramai jugak gang pendaki baru, tapi bukanlah sukar nak mesra kalau kongsi minat yang sama. Smua geng2 gunung sporting…Sementara tunggu kawan2 lain sampai aku sempat update fcbook. Gang2 JAS pun sampai x lama lepas kami sampai, dah 6 bulan x jumpak depa ..hanya berjumpa waktu2 macam gini…inilah rakan gunung..seperti biasa BJ ,din, khairil, sobri, ca sa, asmah dan yang baru ada kelapangan nak join iaitu izwan dan sanusi..klu ada yang aku x sebut nama ni sorry la..aku pun x ingat dah..ramai juga yang x join kali ni, maybe ada urusan lain yang lebih penting. Yang bukan JAS tapi slalu join trip gunung adalah Aripin (yang sentiasa bz dengan dslr dan tripodnya) Kesemua pendaki yang join trip ni adalah 26 orang, 4 daripadanya adalah girl..respect ngan dorang ni.. dan 5 orang guide n potter. So kira ramai la jugak.
last checking, pastikan semua barang penting ada
letak minyak panas skit..sayang kaki ni!
with forestry ranger
pic session before start the climbing (gambar milik ipin,aku paw!)
Selesai sesi warm-up kami memulakan pendakian dalam kul 10 pagi, aku sempat lagi snap2 gambar..perjalanan agak santai..trek agak agak mendatar dengan pendakian yang minima..tapi berpeluh gak la …aku lihat mr khai dan abg din sudah memotong peserta lain dan berada di depan sekali..ermm xkan awal2 lagi dah nak mulakan pertarungan hehehe trek kekal santai..sekali sekala berhenti untuk regroup balik..sedar2 dah 2-3 ekor pacat nak hinggap di kaki…dan perhati kat lantai tanah ada beberapa ekor lagi berlari-lari datang (aku tatau nak guna istilah pa..merayap dengan laju kot) …memang sangat banyak…ermmm this is not good at all…bukannya aku takut pacat…tapi just x suka ja..geli gak sikit2 hehe maka kenduri pacat pun bermula …kalau kita paham bahasa pacat , mesti ramai2 pacat tu sorak “friend, new group arrived.. lets party!! Sweet fresh blood!!”
the journey begin
keindahan alam
Kami melalui perjalanan santai, tapi treknya yang panjang…menyusuri kawasan sungai dan air terjun ..arus sungai jelas kedengaran, inilah suara alam..suara yang mendamaikan…terdapat banyak bekas kubang tanah di sepanjang laluan kami, ini bukan kubang rusa..tapi kubang kerbau pendek a.k.a babi hutan. Babi hutan biasanya bergerak di dalam kumpulan dan akan bertindak menyerang jika terancam..jadi, kena berjaga2..sambil2 meneruskan langkah aku sentiasa perhatikan sekeliling dan sambil2 buang pacat di kaki..pacat2 ni memang dah siap tunggu di sepanjang trek ni. Perjalanan diteruskan…tiba2 member depan bagi isyarat suruh stop…aku cuak…rupanya ada group babi depan…ermm bahaya ni, group babi tu beredar akhirnya apabila sapa tah cucuh mercun bola..nasib dia lari..kalau dia serang kami habis la..tapi xpa aku dok tengah2, sempat la lari selamatkan diri....kalau serang geng depan termasuk abg din n mr khai la kena dulu hehehe
Selepas lebih kurang 3 jam berjalan kami sampai di camp site Sungai Lembing, di sini kami rest sambil tunggu rakan2 yang belum sampai..kesempatan untuk buang pacat dan bersihkan darah di kaki. Sebelum naik tadi aku dah spray baygon kat kasut dan stoking..tapi sikit pun x menghalang pacat daripada hinggap kat kaki aku. Sempat aku lunch nasik ayam yang ditapau tadi. Geng2 guide membuat keputusan yang kami terpaksa bermalam di sini…bukannya di Ulu Sungai Lembing Camp , tempat sepatutnya kami bermalam kerana renjer Jabatan Perhutanan melaporkan ada tanah runtuh berhampiran dengan kawasan tu..so demi keselamatan maka guide mengarahkan kami bermalam di kem sungai lembing….ermm kami tiada pilihan, kami ikut saja…khemah didirikan, kawasan masak disetup..semua peserta mengeluarkan barang makanan yang telah dibahagikan sebelum pendakian tadi. Aku bawak sendiri khemah,Coleman Sunrise for 2 person…tapi aku tido sorang2 ja ..untuk keselesaan. Selesai mendirikan khemah…jam menunjukkan pukul 3 ..masih awal, so aku kembali ke kawasan sungai, meninjau kawasan sungai yang cantik dan masih belum tercemar..airnya yang jernih, terdapat anak ikan tengas bermain2 di tepi-tepi batu..sungguh mengasyikan…aku meneroka di sekitar kawasan sungai..ermmm sungguh mempersona…kem sungai lembing berada lebih kurang pada aras 420 m (berdasarkan altimeter jam casio protrek abg din) ..puncak gunung 1657 m..maknanya esok terpaksa mendaki direct lebih 1200 m ke puncak dan turun semula ke camp site..this is tough job!
abg din in the tent
Malam selepas makan masing2 masuk khemah awal..rehatkan diri dan tido awal untuk ‘pendakian sebenar’ esoknya. Aku layan borak dengan kawan2 yang dah lama x jumpa. Tapi x lama mata mula ngantuk..maybe pasal x cukup tido malam tadi.. aku mintak diri dan terus masuk ke khemah ku yang comel ..cuaca agak panas..sleeping bag buat bantal ja…aku biarkan pintu khemah terbuka, hanya tutup net ,kawasan lantai x sama, melengkung belakang aku..tapi ini adat naik gunung..makan x leh pilih, tido ala kadar..terlena jugak akhirnya…dalam kul 3 pagi ujan turun, agak lebat..aku zipkan pintu khemah sebab air hujan mula masuk..terdengar suara abg din di luar di sebelah khemah aku merungut sambil mebetulkan fly sheet khemahnya…sah air hujan masuk tu hehe
Day 3, Sabtu
6.45 am
bangun dari tidur bila dengar suara pendaki lain yang dok bersiap2…aku melangkah ke sungai lembing..suasana agak sejuk dan nyaman….air di sungai ni waktu tgh ari pun memang dah sgt sejuk..pg2 camni lagi la….berendam gak la…hohoho electric shock!! Sejuuukkkkkk! Siap mandi lebih kurang ja..dan amek wuduq ..xleh lama2 takut hyperthermia (kesejukan melampau hingga suhu badan turun dengan ketara, boleh menyebabkan maut). Selesai mandi n solat subuh..aku bersiap2..pakai balik baju yg pakai semalam...smuanya basah..termasuk kasut n stoking..sarapan pg bersama rakan2 lain..makan roti n kaya ..dan megi..sedap..
selepas melakukan warm-up, kami mulakan pendakian…tapi lebih santai kerana hanya bawak beg berisi air dan sedikit makanan…trek pendakian masih lagi santai, tidak terlalu curam..Cuma kadang2 melalui lereng bersebelahan dengan gaung ..dan juga melintasi pokok balak yang tumbang…aku memilih untuk berada di group depan bersama abg din, mr khai, guide dan pendaki2 yang lain…akhirnya kami sampai di kem ulu sungai lembing…terpaksa melintasi kawasan berbatu yang agak licin..hampir saja terjatuh..di sini kami berhenti rehat sambil menunggu rakan2 lain sampai…kelihatan terdapat plastic bungkusan makanan merata-rata yang telah dibuang oleh group pendaki yang lain, satu pemandangan kurang menyenangkan…sepatutnya ada kesedaran dalam diri pendaki bahawa smua patut bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan..tapi ramai yang masih belum sedar…entah bila agaknya… kesempatan ni kami topup balik bekalan air ..ambil air sungai yang jernih dan segar..pure mineral water …dan snap gambar kenangan..pemandangan agak cantik di sekeliling…sedikit kepenatan (banyak sebenarnya hehe)..aras kem ulu sg lembing adalah bih kurang 800 m, maknanya ada lebih 800 m lagi..baru…800 m yang sangat sukar..
the blood sucker leech
Mr khai, tadinya bz mengambil gambar..memulakan pendakian solo, abg din memandang aku..aku senyum… “kita ambik gambaq dulu din” kataku…selesai snap gambar..aku membetulkan kasut, buang pacat lebih kurang…..aku kenyit mata kat abg din dan rakan2 lain..”fight begin” aku kata perlahan kat abg din..kami memulakan langkah …aku, abg din, syam, hafiz, rafqi dan sorang member lain yang aku x ingat nama… permulaan yang sukar..terpaksa mendaki menggunakan tali…dan trek pendakian berubah 100%, tiada lagi trek santai…smuanya trek yang curam…termengah2 meneruskan pendakian..tapi kami tidak juga memperlahankan langkah…1st target untuk ‘menangkap’ mr khai…mid 50`th guy, tapi kekuatan 20’th… semangatnya kental, keberanian yang luar biasa (klu aku gerenti x berani mendaki solo di trek yang x penah tempuh) macam BJ jugak, tough guy..tapi dia ketua xpdc..so kena jadi sweeper la hehe…
Kelibat mr khai masih tidak kelihatan…aku berhenti beberapa kali…’ambil nyawa’ balik …perjalanan diteruskan…terserempak dengan group pendaki yang lain yang memulakan pendakian lebih awal..mereka bermalam di paras 800 m..group dari smk sg lasah,pelajar sekolah, tapi bersemangat kental, mereka bergerak agak perlahan…kerana keletihan..aku pun sama, kami terpaksa mengambil keputusan untuk memotong sorang demi seorang daripada group ni…
Dari jauh kelihatan kelibat mr khai..aku senyum dan memandang pada abg din…”dah dekat” kata ku kat abg din..tapi aku pun dah sangat penat..abg din pun sama…masih sukar ‘menangkap’ orang lama yang bersemangat waja ni…sudah dua kali dia menewaskan aku dalam ‘pertarungan’ x rasmi sebelum ni…mungkinkan kali ini peluang untuk aku ..segalanya mungkin …akhirnya aku berjaya menangkap mr khai..hehehe ..”hey, mau pigi mana aaaa? saudara mau pigi puncak sorang2 yaa?”, (pinjam dialoq filem p. ramlee ..pendekar bujang lapok … soalku kepadanya…dia ketawa saja…aku pun …kami berjalan seiringan…tapi x lama, syam berada di depan sekali…tidak kelihatan tanda2 penat mamat ni..makan apa tah kuat sangat…hehe aku dan abg din mula melangkah mengikut rentak syam..diikuti mr khai..lama kelamaan jarak makin jauh…aku terkehadapan sedikit…daripada abg din dan mr khai…semakin jauh, aku pandang abg din, aku senyum kat dia, senyuman jahat…aku rasa dia faham, dia memang faham sangat..ingatan kembali di gunung besar hantu, di mana dia mula meninggalkan aku…hehehe
Trek pendakian kekal curam…pendakian kerap terhenti kerana terhalang oleh group yang berada di hapadan yang berenti rehat..nak x nak terpaksa meminta laluan untuk memintas mereka…ingat di Bandar saja ada traffic jam..panjat gunung gunung pun ada traffic jam daaa ..teringat kembali rancangan yang paling suka di astro pada satu ketika dulu ..Everest- Beyond The Limit, dimana pendakian terhalang oleh pendaki yang kepenatan..time is count , bekalan oksigen yang dibawa adalah terhad, kelewatan terpaksa dibayar dengan harga yang paling tinggi..iaitu dengan nyawa pendaki sendiri..tapi di sini x la..delay membolehkan aku rehat skit,pasal aku pun x larat gak hehe. Kehausan terasa sangat…bekalan air ada kat abg din, kami bergilir-gilir membawa beg berisi bekalan air…turn dia bawa kali ni..nak tunggu dia? Lupakan saja hehe biarla haus pun…akhirnya kami sampai di last water point….magnificent view disini, pada aras 1300 m, pemandangan yang sangat cantik…begitu mengujakan…betul2 berada lereng gunung…agak sesak kerana group yang awal smua berimpun disini..tempat agak sempit..terpaksa bersesak2…Cuaca dingin…aku mengambil kesempatan untuk rehat sambil tunggu rakan2 yang lain sampai kerana disinilah lunch akan disediakan…x lama kemudian abg din pun sampai…guide dan potter pun sampai….aku amek kesempatan untuk snap gambar dan antar mms actual pic aku kat kawan2..line tepon kejap ada kejap ilang..
bersama rakan pendaki dari group 1 lagi
berenti rehat di last water point
Mr khai sampai ahkirnya, penat katanya..tapi aku x percaya.dia masih simpan tenaga untuk final shoot out nanti..for the last 300 m to summit…group yang awal tadi telah lama bertolak ke summit, sementara menanti geng2 lain sampai aku tlg mr khai masak..dia adalah head chef.. kami mengeluarkan bekalan makanan serta kelengkapan memasak, semasa kami mula masak, group yang awal tadi semua dah bergerak..tinggal group kami saja di last water point..menu untuk lunch adalah megi perasa kari dan asam laksa hahaha aku dan kawan2 lain membantu mr khai masak megi untuk 26 orang!! Lapar…sangat sedap…2 kali tambah. Tugas sediakan makanan dan makan selesai.. …selesai makan aku topup bekalan air untuk kali terakhir…Sambil tengok kawan2 lain makan aku, abg din dan mr khai berbincang sesama kami…nak tunggu smua siap mcm lambat lagi…tugas sediakan makanan dah selesai…”apa kata kita shoot dulu?” mr khai beri cadangan …aku dan din setuju sgt…memang itulah yang bermain dalam kotak fikiran aku…satu taktik yang tidak begitu baik sebenarnya…tapi inilah ‘final battle’ antara kami bertiga..Who want to be the king of the mountain?? We want! I want it more!! Hehe so its time to play dirty works…
Kami mula mengorak langkah …senyap2 hehehe syam di seberang sana melihat aku…sorry syam..kalau one on one sure hang menang…hang jenis x penat hehehe kami bertiga bergerak seiringan…tanpa guide..giliran aku menggalas beg bekalan untuk kami bertiga..beg berisi bekalan air dan barangan pribadi (wallet, handphone, coklat, torch light, kunci keta pun ada) berat jugak rasa…abg din didepan sekali, mr khai dan aku ke tiga..nak kata pa pun xleh, pasal giliran aku ..(khai dikecualikan dalam giliran ni..)..berat beg memang member kesan…nyumpah dalam ati ja la hehe , trek untuk 300 m terakhir ni memang mencabar..trek hampir2 80 darjah…terpaksa memaut pada akar untuk melonjakkan badan naik…nak lepas satu2 rintangan mengambil masa yang lebih lama….tapi semangat ‘pertarungan’ yang memang dah membara dalam ati masing2 sukar dipadam kan membuatkan masing xmau kalah…dari awal pendakian lagi dah wujud perang saraf hehehe macam2 cara termasuk taktik kotor pun guna, tapi x begitu berjaya nampaknya hehhe…passion ni la yang buatkan masing2 xmau berehat…kami mula ‘menangkap’ group yang shoot lebih awal tadi..agak terkejut mereka, laju katanya..aku sengih2 saja..kami terpaksa memotong dorang ni satu persatu….kami berhenti seketika, minum air dan teruskan pendakian…kami bertukar2 kedudukan…akhirnya aku pintas mr khai dan abg din..tapi kami masih bergerak seiringan..”aku kena jalan dulu, pasal beg ni berat” itu alasan yang aku bagi, tapi abg din dan mr khai pantas menangkap niat aku …well the fight still on ..always on hehe
kecuraman hampir 85 darjah
Abg din kadang kala membantu mr khai melepasi rintangan, dia kata ni taktik mr khai melambatkan dia hehe “hang tu bekas anak murid dia,anak murid mana leh mana leh tinggal tinggalkan cikgu” hehehe aku gelak saja..dia dan mr khai pun gelak…aku paham sangat mind game time2 camni …
Akhirnya aku melakukan breakaway! “ its time for me to play dirt! Sorry abg din n mr khai, I wish to reach summit together, but the battle its not finish yet” kataku dalam hati…aku mula gerak sendirian, kadang-kala melepasi beberapa pendaki yang terdahulu…abg din n mr khai xla jauh sgt di belakang..masih nampak kelibat dorang di bawah sana…dorang pun sedang pulun bermati-matian, aku tau hehehe aku gerak dan stop rehat kejap..memang sangat memenatkan..nampak saja kelibat dorang aku bangun dan teruskan pendakian (taktik abg din di Bujang Melaka dulu hehe) hingalah tidak lagi kelihatan lagi dorang…aku betul2 gerak solo sekarang…sempat lagi snap gambar sendiri dan snap gambar alam…lumut2 kelihatan, pokok seakan2 pokok bonsai…keadaan yang tiada dikawasan hutan aras rendah…pemandangan yang sangat cantik….banyak terdapat pokok periuk kera….walaupun penat, aku masih lagi menikmati suasana pemandangan yang cantik…memberi kelegaan dan ketenangan …tapi lenguh kaki tetap x lega…huhu
Akhirnya selepas berhempas pulas..aku memang memaksa kudrat , bila dah terlalu letih camni..pertarungan sebenarnya adalah pertarungan dengan diri sendiri…betul2 menguji kekuatan mental…terlintas macam2 benda di fikiran..alangkah leganya berada di rumah, baring2 sambil tgk tv..itulah benda yang datang tiap kali badan di perah pada tahap maksima…keinginan ada tapi badan x terdaya…tapi keinginanku ke puncak memang sangat kuat…inilah yang ku nak, sakit ni la yang aku cari…”Bubu summit, here I come” kata2 perangsang kepada diri sendiri ..akhirnya (dah banyak kali akhirnya..x sampai2 lagi )aku sampai jugak ke puncak…hampir2 flat sebenarnya..kalau kena 50 m lg rasanya tersandar jugak…well mission accomplish! The race is over..I made it! (well jgan mare ekk mr khai..aku baru sekali beat hang)
Sampai saja di puncak..aku meluahkan kepuasan, aku pun x ingat apa yang aku kata pa sorang2 time mula sampai tu..yang aku ingat group yang dah sampai awal tu memberi tepukan semangat kat aku…gembira n terharu rasanya..ni la semangat gunung, walaupun depa x kenal aku tapi x tetap depa ucap tahniah …terasa puas, keletihan hilang serta merta…puncak Gunung Bubu setinggi 1657 meter dijejaki, puncak yang ke-5 ditawan…aku sampai di puncak pada pukul 1.55 pm …selepas 6 jam mendaki..
abg din tiba di puncak dengan penuh kepuasan
mr khai tiba di puncak dengan penuh gaya
Abg din sampai dalam 10 minit kemudian (aku agak la)…ke-2 sampai…tapi dia sorang2 ja…lepas dia kembali relax aku tanya dia mana khai..dia kata dia terpaksa meninggalkan khai hehehe aku gelak ja..”sampai ati hang” aku kata padanya ..” hang pun sama” dia balas kembali, kami pakat2 gelak…mr khai sampai x lama lepas tu, ke-3 sampai ..kami ucapkan tahniah padanya ..aku tetap kagum dengan kekuatan dan semangatnya…geng2 lain sampai satu persatu lepas tu…agak cemerlang prestasi semua pendaki pada kali ini…masing improve…BJ pun sampai, dia besala, bos yang bertanggungjawab..kami bertiga plak rebelian hehe Cuma kali ni tiada kelibat Tn Hj Abu Hassan (Pengarah JAS Perak), dia x menyertai trip kali ni kerana belum pulih lagi daripada kecederaan lutut.
team JAS, we made it again
Keadaan di puncak berkabus…x bnyak pemandangan yang nampak..biarlah, berada di puncak sudah cukup untuk memberikan kegembiraan dan kepuasan…kawasan puncak sesak kerana terdapat 2 group pendaki…kami berada 1 jam di puncak..sesusah bergambar kenangan di puncak, aku, din, khai, syam, rifqi, hafiz dan 1-2 orang lg x ingat sapa …kami mula menuruni puncak…pergerakan agak laju kerana nak mengelakkan sampai ke base camp malam…trekking mlm2 bukanlah satu pilihan yang baik kalau x betul2 terpaksa…risiko sesat, binatang buas, kecederaan memang tinggi…aku bergerak dengan abg din, mr khai sedikit ketinggalan…syam dah lama kedepan…mamat ni turun sambil lari..x sabar nak pancing tengas di sungai katanya…perjalanan turun mengambil masa 3 jam untuk sampai ke base camp..sampai kira2 pukul 6.30 ptg…suasana dah mula gelap, mr khai sampai x sampai 5 minit lepas kami sampai..terkejut jugak, masa mana dia ligan…
Malam aku tolong khai masak…abg din awal2 lagi g mincing tengas..bnyk gak dapat..siap leh buat 1 menu tambahan, ikan tengas goreng,..memang sedap..sebab fresh dari sungai…malam x bnyak xtvt..masing2 penat dan tido awal….Cuma rasa puas sebab semua pendaki sampai base camp sebelum malam, geng guide jangka kami akan sampai malam…tapi jangkaan mereka ternyata meleset, itu membuktikan group pendaki JAS dah improve dan bersedia untuk trip yg lagi mencabar!
Day 4 Ahad 16 Mei
7.30 am
Hari ni 16 Mei, its Teachers Day! So happy teachers day untuk aku, untuk mr khai untuk abg din dan rakan2 cikgu di seluruh malaysia…klu aku di sekolah time ni mesti ada assembly, mendengar perutusan orang tu, orang ni, ucapan dari big bos (pengetua), nyanyi lagu keramat ‘Kami Guru Malaysia’ dan macam2 acara lagi… tahun lepas juga aku x berpeluang meraikan hari guru..kena demam cikgu ya ( chikungunya fever) time tu..frust gak sebab aku dah berlatih nak buat persembahan …nak nyanyi lagu Hello dari Lionel Richie hehe akhirnya dok umah makan ubat demam, nak gerak pun xleh..sakit abis sendi2 …tahun ni aku berada di atas gunung, satu kelainan…not bad at all..
Selesai bersarapan kami mengemaskan khemah dan barang2 dah mula bergerak turun…perjalanan santai dan selepas 1 ½ jam berjalan (agak pantas kerana dikejar oleh pacat hehe) kami sampai di hadapan Kem BTN Ulu Kenas. Sampai kami minum, membersihkan diri, bersalaman dengan rakan pendaki yang lain sebelum balik ke kedah. Sehingga kami bertolak balik tidak nampak kelibat group pendaki yang 1 lagi…rasanya dorang sampai malam kot…pasal tgk ramai sgt yang dalam keadaan ‘nazak’ masa dipuncak sana. Mungkin kerana kurang persediaan fizikal dan terlalu memandang rendah cabaran gunung…
Satu pengalaman yang sangat menarik…sebab dah 6 bulan x mendaki..so sangat excited kali ni. Apa yang special gunung Bubu ni? Bagi aku trek pendakian dekat2 nak sampai puncak sangat cantik..dan yang paling special sekali pacat la hehe tersangat la banyak..tgh belakang pun aku kena, mr khai kena di leher ..ungkap balik kata2 pelat siam mr khai “apa ni dara-dara (darah-darah) ni..nek gunung ka apa ni..” sampai2 umah rasa bosan la plak, bosan dengan rutin2 seharian..teringat masa bersama kawan2 di sana..rindukan suasana gunung…yang pastinya aku akan teruskan minat ni, selagi ada asa..ku kan teruskan jua..
keindahan semulajadi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan