Ahad, 13 Jun 2010
Discover Pedu 4x4 2009
Ini kali kedua aku join event 4x4. Kali ni dianjurkan oleh Northen Promotion Event yang bosnya ialah Jasni Shafie (Hos World Cup 2010 kat TV1). Event ni bertujuan untuk promosi kawasan Pedu sebagai satu produk perlancongan...sebab besa la,
sebut Pedu ni sapa la yang tau tempat ni…so aku sebagai local citizen ni patut menyokong xtvt camni sambil2 have fun dengan 4x4 plak… Event ni mendapat kerjasama Tourism Malaysia..so budget dia lebih la..penyertaan melebihi 40 kenderaan termasuk 4x4 dan juga motocross.
Aku contact co-pilot aku, mr md ludin…dia memang minat xtvt camni…asalkan outdoor saja, no problem..aku pun lupa dah tarikh sebenar event ni, tp somewhere in 2009…dah lama, tp aku try recall balik memori time tu..
Day 1 Jumaat
2.30 pm
Seperti biasa aku bersama mr ludin bertolak dari Felda Lubok Merbau menuju ke Pangkalan Tok Mas di Pedu untuk pendaftaran peserta…perjalanan santai hampir 1 jam… di sana sudah ramai geng2 4x4 dengan kenderaan masing sampai…hohoho I feel good!! Setelah settlekan bayaran pendaftaran sebanyak rm160 untuk event ni ..(dapat sticker penaja, baju t-shirt event dan baju kemeja outdoor brand rainforest , susah nak dpt brand ni hehe ) dan yang paling penting skali nombor peserta aku ialah “96” my lucky number! Saja kata pi la..dah dapat number ni..
melekatkan sticker event
pokok kundur gergasi (mastixia spp) berusia beratus tahun berhampiran dengan camp site
Selesai urusan mendaftar, sekarang xtvt bebas..aku luangkan masa untuk set khemah, sebab akan bermalam di sini…tampal2 sticker penaja kat body keta dan meluangkan masa berborak-borak dengan peserta yang lain,
berkongsi pendapat pasal machine dorang, modification yang dibuat..ada yg extreme ..meleleh air liur tgk..tapi apa kan daya..its big boy toys..unless u have so much money and donno wat to do wit it…sampai berbelas2 ribu klu nak complete mod. Yang paling penting sekali dapat kenal dengan kawan2 baru dan kawan2 pada event 1st dulu pun jumpa juga…semuanya 4x4 enthusiasts.
Sudah lewat petang..aku n md ludin siap nak p mandi..mandi sungai pedu, Pangkalan Tok Mas ni kira kawasan rekreasi di tepi sungai pedu…airnya yang jernih la jugak..best, aku mmg suka mandi sungai..imbau balik kenangan kecik2 dulu..pantang jumpa air mesti nak terjun…selesai solat magrib di surau,aku pi dinner dengan geng2 yang lain…nasi gulai daging…agak sedap, tapi bila diberitahu yang daging tu daging rusa, aku tambah lagi hehe
Malam tu diadakan xtvt karaoke…ramai la jugak, orang2 kampung dekat2 area situ berhimpun sambil menikmati persembahan karaoke lagu2 meleleh…again, I don’t like it..make me sick persembahan lagu2 camni hehe so aku kembali ke khemah, layan borak ngan kawan2 lain sebelum say good nite..
Day 2 Sabtu
6.30 am
with cikgu iqbal..berkawan waktu sekolah lagi
Bangun awal ..mandi air sungai ..sejukkk!! dan solat suboh, bersiap2 dan pack smua barang2 sebab kami akan konvoy ke Pusat Latihan Teras Naka untuk acara perasmian dan juga acara flag off . perjalanan kira-kira 15 minit…
Di sana kami dilepaskan oleh Dato Syed Sobri, ADUN Kuala Nerang one bye one melepasi ram yang dibina..hebat lak rasa hehe. Bagi aku upacara flag off adalah sumthing yang sangat menarik dan best…
banner event
me with my machine..mazda fighter
deretan kenderaan yang mengikuti event ni
kami meneruskan konvoi melalui jalan kampong dan mula enter off road trail..its light route..menyusuri jalan ladang kelapa sawit dan getah..tidaklah mencabar…melepasi ladang betik (di gelar betik babi sebab menggunakan baja najis babi dalam kuantiti yang banyak, its true!! Penah masuk bulletin utama )
akhirnya sampai di 1st check point ..disitu kami park, dan marshal memberi taklimat terakhir tentang teknik2 pemanduan dan penggunaan gear yang sesuai..aku mendengar dengan penuh kusyuk sebab masih baru dalam dunia 4x4 dan juga keta aku juga masih standard .
Awan kelihatan mendung..ini betul2 membuatkan aku gusar, klu hujan habis la aku….Kami mula enter trail yang betul2 mencabar, trek balak..trail yang hanya sesuai untuk 4x4. Aku lock 4wd dan set gear Low 2…menyusuri laluan balak yang kasar, mendaki cerun2 bukit dan menuruni curam yang agak extreme, terdapat pendakian dan penurunan securam 45 darjah! Di sini tiada pilihan selain gear Low 1,punggung pun x berapa rapat dengan seat dah hehe dan terpaksa minta bantuan md ludin utk usha2 blind spot, takut tayar terjun tebing plak…agak berbahaya kalau teknik pemanduan x betul dan penggunaan gear yang x sesuai.
*tips pemanduan 4x4*
Pendakian yang curam mesti guna 4wd dan gear Low dan engine di rem pada rpm tinggi supaya tork engine pada tahap max untuk membawa kenderaan naik. penggunaan gear tinggi menyebabkan engine stall. Manakala penurunan curam pula guna 4wd dan gear Low juga, kaedah ini ialah kaedah membrek menggunakan kuasa engine,kenderaan akan turun dengan perlahan with traction. Penggunaan brek adalah paling minima atau jangan guna langsung! brek secara mengejut akan menyebabkan tayar terkunci (lock), akibatnya tayar tadi loose traction menyebabkan kenderaan menggelonsor dan hanya akan stop di tebing ataupun di dalam gaung. Apa-apapun yang paling penting sekali ialah mesti berani la..
final brief before enter the 'real' route
the action!
kepuasan dan keseronokan hadir selepas melepasi setiap halangan. Cuma sgt bernasib baik sebab trail kering..xda hujan, hujan akan membuatkan trail ni terlalu licin.. sebab aku guna road tires yang x sesuai langsung untuk hardcore trail, road tires x ada traction utk wet trail camni…kalau pendakian 45 darjah tadi confirm xleh naik, dan kalau penurunan 45 darjah sure aku, co-pilot dengan keta aku skali akan berenti dalam gaung la jawabnya..
geng motocross
Akhirnya segala cabaran tamat, aku rasa lega semuanya selamat..walaupun ada kenderaan yang ada minor problem..tapi smuanya selamat..kami seterusnya berkonvoi menuju ke ladang jati Cheba, Nami..off road tapi kategori highway bagi 4x4 untuk camp site 2. Sampai di sana kami lunch..dan bermalam di sana…petang patut ada SS di situ, tapi aku balik decide balik awal sebab ahad dah bersekolah. So selepas bersalaman dengan kawan2 dan ucap terima kasih kat organizer dan marshal, aku terus bergegas pulang ke lubok merbau.
me with adi (tv9 cameraman), abd md (tv3 cameraman) and irma (tv9 reporter)
Satu pengalaman yang menarik, satu peluang untuk merasai kenikmatan pemanduan 4x4 dan belajar skill2 yang betul dengan risiko yang minima kerana hobi 4x4 masih lagi 1 hobi yang mahal bagi kebanyakan orang termasuk aku. Apa2 pun aku kembali menjalani kehidupan biasa..back to school, meet my students..But deep in my heart, I’m an adventurer!
the mean machines..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan