Date: April 24 2010
Distance: 18km (8km on-road, 10km off-road)
Duration: 2 hours
Condition of terrains: combination of flat loose gravel, short and long steep hill
its really enjoy to ride and sweat, as the climb really drain the energy and the legs muscle feel burned...the descent is absolutely fun as the gradient is very steep as well, its its quite dangerous actually..only those who with adventuress heart ll take is challenge ...the reward, welcome the nice secluded waterfall with cold water...bum! its not 1st and last trip ;D
Location: Seraya, Durian Burung
Itu lah catatan dari photo album dalam FB aku, ini merupakan kali pertama aku offroad ngan mtb jamis tu…sebelum ni layan on road ja…walaupun distance trek dia x panjang mcm on road, tapi benda pertama yang aku discover adalah off-road ride drain energy 3x lebih banyak dari on road …maknanya cabaran off-road memang dasyat, memang membuatkan lidah terjelir…
Trip ni aku join dengan geng2 kuala nerang. Kebetulan tempat yang kami ni memang sangat special..sebab ada waterfall..seraya waterfall namanya dekat2 area border Malaysia-Thai Durian Burung..so sambil joy ride, leh joy mandi manda.
Memang sangat teringin nak try off-road bila dah pakai mtb ni, so aku mintak pak ndak bawak kami ke tempat ni..dia ni motocross pun main gak..so mana ceruk semua dia dah penah masuk.
Kami memulakan kayuhan di Padang Sanai, nak start di kuala nerang rasa mcm jauh sangat..nak kayuh p x pa, nak kayuh balik sat gi ni masalah..masalah penat :D , so bikes di angkut naik fighter aku dan frontier art. Kami mulakan kayuhan bih kurang pukul 8 am. Smua masih segar2 dan fresh..dan senyum2 dan gelak2 lagi time ni. Selepas 4 km onroad kami mula masuk offroad,jalan loose gravel..so kami pakat unlock absorber fork gerek masing2 for better shock. Art lead the ride dan shahidan dan husin dok follow dia..pak ndak jadik sweeper.. aku dan wan dok tengah…huh!! Terasa lain macam penat kayuh offroad ni…
turn left..welcome to Seraya trial
loose gravel route
Trek yang lebar..kombinasi pendakian yang panjang tapi x begitu curam..sesuai sangat la untuk beginner macam aku ni…yang bestnya kami terpaksa melintasi 3 anak sungai, dan nak syok lagi jangan brek..langgar saja anak sungai tu..memang syok, biar air dan selut (lumpur) dia bersimbah kena baju, baru la extreme hehe
berenti di simpang untuk regroup. dari kiri pak ndak, aku, wan, hussin, art, ki (anak pak ndak) dan shahidan (tukang amek gambaq)
Kayuhan untuk trek ni memang kena speed baru best…kerana ada skit downhill yang agak panjang..memang layan abis, leh catat kelajuan sampai 50kmj bagi yang berani..so disebabkan speed tu lah lidah terjelir gak la…tempoh kayuhan hampir 1 jam, sampai2 tu rasa macam nak pitam pun ada..peluh memang x sangga banyaknya..sebab masing2 press to the limit..x press camna, dah geram nak ligan (kejar) geng2 depan tu.Cuma dekat2 nak sampai tu ada tempat yang kena jaga2 sikit..sebab downhill dan ada selekoh tajam, hampir2 terlajak ke dalam perdu pokok buluh, nasib tektro hidrolik disc break gerek aku x mengecewakan, mengcengkam kemas bila diperlukan.
akhirnya sampai juga
Sampai2 sana kami dihidangkan dengan keindahan yang sangat mengujakan..x sangka plak ada waterfall area sini, kami berenti rehat..dan masing2 bukak nasi lemak yang dibeli di kedai pak ya waktu nak mai tadi..aku belasah 2 bungkus. So aktiviti sekarang ialah bersantai dan borak2…aku plak mcm biasa la, aku pun merayap la sorang2 meneroka tempat ni…tinjau2 kawasan air terjun ni sambil bawak Olympus u1050sw aku..snap keindahan alam yang sangat mengujakan. Tempat ni hanya buleh sampai dengan 4x4, motosikal dan mtb sahaja..so orang jarang2 datang sini…
Kami mandi manda lebih kurang…sgt best..sangat sejuk airnya. Hilang rasa penat masa ride tadi..bila kena air bukit yang sejuk dan belum tercemar ni. Sebelum kami ride balik masing2 clearkan sampah bungkusan nasi lemak, jangan tinggalkan sampah sebab tu perbuatan orang yang xdak sivik. Kami tupop bekalan air..ermmm pure fresh water, sedap..sebab campur lumut skit2 …tapi memang selamat untuk di minum.
Ride balik lebih pantas rasanya…dalam 40 minit saja, kerana banyak downhill..aku cuba ligan art dengan shahidan, x dapat la plak..laju depa ni..sampai2 saja di starting point masing2 tersenyum puas. Satu ride yang Berjaya…walaupun trek ni kategori light trail (tapi waktu ni trek ni la yang paling mencabar )tapi Berjaya memberi feel camna off-road ride..well we ll come again!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan