xxx
Apabila diberitahu ada trip oleh BJ (Ketua Unit Latihan JAS Perak, merangkap ketua XPDC) aku mula menilai tahap kecergasan, sebab agak lama x mendaki dan agak lama juga berehat daripada cycling kerana asyik hujan saja. Pertama sekali kena schedule fitness training dalam masa x sampai 2 minggu..kalau x training sure nyesal, so better wat fitness daripada terseksa di atas gunung nanti..bg aku cycling is the best to gain the fitness. Terus contact my crime partners mr khai n abg din..bincang2 sapa nak sampai dulu puncak hehe
Day 1, Jumaat
9 am
Seperti biasa aku bersama Mr Khai dan Abg Din, kami bertolak sebelah pagi dari Felda Lubok Merbau, Kedah…satu perjalanan yang santai. Singgah di pekan Jeniang untuk membeli barangan dan jugak breakfast (roti telor dengan teh O) ..
Breakfast kat Jeniang
perjalanan diteruskan, singgah Taiping dan pi melawat binatang2 di Zoo Taiping, kami tiba di Ipoh pada lewat petang dan bermalam di rumah Poji JAS, thanx to Poji kerana mempelawa kami bermalam di rumahnya.
Day 2, Sabtu
7 am
Awal2 pagi, selepas subuh kami meneruskan perjalanan ke pekan Kampar, x banyak yang diketahui tentang Gunung Bujang Melaka ni, x banyak maklumat di dalam internet….so Bujang Melaka remain mystery,singah bersarapan di sebuah restoran sebelum tiba di pekan Kampar, pekena roti telor, nasi lemak dan teh O, agak banyak….rupa2nya inilah brakefast dan lunch. Kami berkumpul di masjid apa tah..sambil menunggu rakan2 lain tiba, disambut oleh geng2 guide yang tiba lebih awal lagi.
Pic session
The journey begin
Pendakian bermula kira-kira pukul 9 pagi, perjalanan yang agak santai pada mulanya..melepasi kawasan perumahan, rumah2 kampung dan kawasan air terjun sebelum memasuki trek sebenar. Masih santai, masih relax, masih gelak2…trek pendakian yang agak mendatar tadi berubah, semakin curam..keperitan mula terasa, perut sudah mula lapar..rupanya makan tgh ari tidak ditapaukan…its disaster, aku n abg Din..sangat lapar, dah la x bawak sebarang makanan…lapar dan penat mmg mempengaruhi rentak pendakian, rupanya breakfast tadi adalah last meal untuk ke basecamp. 200 m terakhir untuk ke basecamp adalah pendakian yang amat memeritkan, perut lapar..beg yang berat, mr khai sudah jauh di depan, Bj seperti biasa bertindak sebagai sweeper di group belakang,abg din mula meninggalkan aku di depan..hehe good try, but not good enough, akhirnya dalam 100 m terakhir sblm sampai ke basecamp abg din berehat lebih lama dari biasa, aku buat mcm dia buat kat aku tadi..tinggalkan dia hahaha akhirnya selepas bersusah payah kira-kira pada pulul 2.30 ptg, aku sampai jugak di basecamp, disambut oleh mr khai
dan 2-3 orang yang telah sampai lebih awal…kebetulan ada roti kering sapa tah, aku sebat saja..sedap sungguh, atas gunung ni apa2 pun sedap..tambah2 lagi bila perut lapar,selepas mendaki lebih dr 5 jam,tiba di base camp memberi kepuasan tersendiri .
Akhirnya abg din sampai juga..terus dia terlentang penat, mcm nak pitam dia kata…sambil terlentang dia terus2 ngap2 roti kering..sgt lapar katanya, aku dgn mr khai gelak saja ...last group sampai dlm pukul 3.30 ptg.
Kami memasang khemah dan setup kawasan nak masak..tiba2 hujan turun dengan lebat…agak lama dan plan nak ke puncak pada ptg itu terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. Ada group lain yang shoot ke puncak lepas hujan berenti, dan dorang
sampai balik ke campsite pukul 9 pm, agak berbahaya jugak..treking pada malam ari. So kami berehat saja, dan yang paling penting sekali nak kena isi balik perut yg kosong ni…sungguh menyelerakan walaupun makan nasi berlaukan sardin dan ikan pekasam, inilah nikmat makan…bila perut lapar, bersama kawan2 yang sporting dan yang paling penting sekali berada pada aras 1000 m hohoho wat a nice feeling. Cuaca agak sejuk pada malamnya, layan borak jap dgn abd din n mr khai..mata mula mengantuk..berbungkuskan sleeping bag, tp masih rasa sejuk dan nyaman…erm, inilah kenikmatan berada di gunung…sleep with smile..
Day 3, ahad
7.30 am
Dok bincang2 mlm tadi, guide cadang awal2 pagi lepas2 subuh, sebab leh tgk matahari naik waktu ni..dan kabus x tebal lagi…so permandangan yang terbaik dari puncak gunung ialah pada waktu2 camni. Plan tinggal plan..masing terbonkang di dalam khemah lg termasuk aku hehe akhirnya selepas breakfast kul 10 baru kami bergerak ke bujang Melaka summit, trek yg tidaklah terlalu curam, banyak melalui matang dia mana pedakian naik dan turun..ni la yang meletihkan ni..ada kawasan terpaksa merangkak dan memanjat batang pokok yang tumbang merintangi trek..akhirnya selepas bersusah payah selama 2 jam kami sampai di puncak Gunung Bujang Melaka, puncak ke-3 yang aku tawan.
Bersama adik2 dari JAS Perak
Akhirnya Bujang Melaka Summit!
True joy
With mr khai, the tough guy
Permandangan yang sangat….errr sebenarnya xnampak apa dari puncak tu..waktu ni dah diseliputi kabus dan awan…padan muka kami, sapa suruh gerak lambat..hehe Seperti biasa, perasaan yang luar biasa bila misi tercapai…satu perasaan yang xleh nak digambarkan, if u wanna feel it, better u get it urself!!
Kira-kira 1 jam abiskan masa kat puncak tu, bergambar sebagai kenang-kenangan, borak2, ataupun kata2 Ja (ca sa) “sap kok lu” hehe kami pun turun ke basecamp, berkemas2..clearkan sampah..take only memory, left nothing! Penurunan, aku akui agak perit kali ni, seperti biasa abg din n mr khai akan dok depan, aku ikut group tengah, tp sebab malas nak rehat2 lama waktu take 5, aku shoot turun sorang…no one at behind or in front..agak mengerikan berjalan2 sorang, dalam rule mountain climbing keadaaan ini tidak dibenarkan sama sekali, risiko untuk sesat, binatang buas, or dikacau hantu mmg tinggi. Nasib aku Berjaya catch group mr khai..lega rasanya, tapi betul2 penat, lutut pun sakit..so jalan ja la slow2..perjalanan turun singkat dlm 2 jam ½ ja ..sampai tempat waterfall tu terus mandi-manda…woo best gila rasa…sampai ke perkarangan masjid dah petang, makan kat warong sebelah, mandi dan solat asar…regroup dan last talk dgn kawan2, discuss untuk next trip..n time to say good bye..
Last conversation before depart
Keindahan alam di Gunung Bujang Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan