Ini kali pertama aku tulis pasal mtb (mountain biking) , sebenarnya aku baru ja dalam mountain biking ni…baru dalam 4 bulan ja. Kira sangat mentah lagi dalam dunia mtb…dulu aku pakai road bike, lama la gak..beli tahun 2007, masa tu aku di Lubok Merbau…biking partner memang xdak la..slalunya aku ride sorang2..ikut route p sg kap, nami, danglau dan back to lubok..20km, nice route..kombinasi jalan flat dan berbukit. Kadang2 aku ride route sg siput, kura, gajah putih,jeneri, kuala beris, danglau dan back to lubok..40 km…nice route combination of flat and small hill.
Banyak jugak kenangan di route ni…kenangan kena kejar dengan anjing hehe selalunya ada satu tempat tu (lepas skit drpd kuala beris..aku pun tatau sini kg pa) memang aku dah agak situ anjing2 ni memang akan nyakat orang yang lalu (pasal tiap-tiap kali aku ride route ni memang akan ada 3 ekor anjing yang akan nyakat..tapi setakat acah2 ligan (kejar) ja), tapi kali ni lain…aku ride mcm biasa…dan biasa la anjing2 tu akan nyalak dan acah2 ligan… Cuma aku drop gear dan ride laju skit… aku paling belakang..nampak 3 ekor anjing tu dok ligan, aku kayuh kuat lagi..dengan harapan geng anjing ni stop..paling belakang lg…2 dah stop, tp sekor tu bukan main lg dia punya pulun….sungguh2 dia ligan, dan syoknya dah sgt dekat dengan aku..klu la aku ralet (leka) tadi sure kaki or punggung aku dah kena baham..jenuh nak kena samak..aku memang sangat terkejut! Apa lagi dengan sepenuh hati aku drop gear paling kecik aku terus pecut sepenuh hati (..punggung x rapat dengan seat dah time ni..mcm aksi geng pro tour kat finish line..Cuma aku lagi laju hehe)..aku paling belakang..ada lagi!! Wahhh, tekanan2…aksi kejar-mengejar tu berlangsung beberapa minit gak la…beberapa minit klu tgh full throttles ni buleh pengsan ooo..akhirnya anjing tu berenti gak…marah sungguh dia kat aku..
my first road bike
my 2nd road bike, hit nearly 1000 km with this bike
Semua tu tinggal kenangan..aku dah di tempat keja yang baru..tatau la bila berpeluang nak ride route tu lagi..anjing2 yang 3 ekor tu pasti akan merindui aku hehe sure hari-hari depa akan lepak tepi jalan menanti dengan penuh sabar, bila la mamat tu nak lalu lagi hahaha Aku buat keputusan aku nak main mtb plak..So aku angkat new mtb, its Jamis Durango 3, setakat ni ja yang aku mampu.bukan dah x minat road bike..masih minat, Cuma xdan naik naik tiga3 hehe..so I hv to let go my lovely road bikes , 2 biji sekali..x susah nak cari buyers, dan dalam masa seminggu lebih aku dah let go 2 bikes aku..sayang juga, harap new owner akan treat them well.
7.45 am
Dalam masa yang sama jugak abg din pun beli mtb..dan aku memang dah kenal 2-3 orang geng mtb di kawasan kuala nerang ni, so we set the time for welcome ride. Kami mulakan kayuhan dari umah aku di kuala nerang, seramai 5 orang, aku, abg din, hussin, shahidan dan pak ndak. Hussin dan pak ndak dah lama main mtb ni yang len2 termasuk aku kira masih baru dalam dunia mtb ni. Kami kayuh secara konvoi menghala kePadang Terap …laluan sini x la sibuk, Cuma keadaan jalan yang agak teruk kerana under construction…x kisah pasal kami guna mtb, yang dicipta untuk melalui jalan2 yang sukar. Kami melepasi kawasan2 kampong, hinggalah ke padang sanai, sebelum tu kami melintasi Kilang Gula Padang Terap ..tempat aku buat Latihan Industri dulu (apa kaitan latihan industry dengan kerja aku sebagai cikgu? Panjang ceritanya hehe) laluan mendatar saja di sini hingglah tiada lagi kawasan penempatan…Hanya kawasan ladang kiri dan kanan..dahulunya kawasan ladang tebu, tapi telah ditukar ke kelapa sawit dan getah.
Kami sampai di persimpangan dimana kalau terus menuju ke border Malaysia – Thai , kami ikut kiri iaitu ke Ahning… shahidan, hussin dan pakndak agak ke depan…aku dengan abg din terkebelakang sedikit..saja aku x mo tinggalkan dia jauh sangat..takut dia kayuh patah balik hehe baru kali pertama dia kayuh dalam jarak yang agak jauh camni..amek masa nak sesuaikan diri dengan bike, sambil2 tu aku member pandangan kepadanya tentang penggunaan gear yang sesuai dengan laluan dan tenaga kita.
Kami singgah rehat di hadapan pintu masuk Empangan Ahning, nak masuk x boleh..jadi hanya2 snap2 gambar kenangan saja …kayuhan diteruskan, mengikuti jaringan highway Durian Burung – Baling, laluan yang lurus, mendatar..jalannya sangat la cantik dan rata kerana baru saja siap jalan ni…kiri dan kanan terbentang ladang yang luas…satu permandangan yang sangat cantik…seolah2 berada di gurun Nevada plak hehe berenti sekejap untuk snap gambar kenangan. Melalui route macam ni memang melegakan minda…sambil menikmati udara segar…dan pemandangan yang cantik, inilah terapi semulajadi…laluan yang lapang….hanya kami saja..so masing ride sebelah menyebelah sambil berborak2 dan gelak2, inilah seronoknya kayuh ramai2…jalan umpama kami yang punya, kalau lori mai sapu abis semua hehe
with hussin
me vs abg din
dari kiri, aku, pak ndak, shahidan, abd din, hussin
Kami amek shortcut, nak pendekkan masa, pasal ni hari jumaat, takut satgi time tok imam dok baca kuthbah, kami masih dok kayuh lagi, nampak sangat jahilnya hehe …kalau terus akan sampai ke Pedu, lebih jauh..jauh sangat pun satgi ada yang gantung basikal lak hehe, so kami shortcut …masuk laluan ladang, light offroad…shahidan cuak kerana dia pakai road tyre..patut la laju onroad! Aku dan abg din guna cross tires. Selepas light offroad dalam 3 km kami onroad semula…aku dah rasa penat..pasal lama sangat dah x ride jauh2 camni..abg din mcm x nampak penat..tapi kena tinggal jauh gak la hehehe mulanya cuba ligan husin dengan shahidan, tp xdapat la..dorang dok sprint plak, so aku memperlahankan kayuhan…kayuh slow2 bagi abg catch aku…penyudahnya aku kayuh slow2 dengan dia ..aku pun penat..dorang yang lain jauh di depan..
nice route, sayup-sayup kelihatan abd din :)
Kami sampai balik di kuala nerang pada dalam pukul 10.30 am, berenti minum the o ais dan pekena roti telor kerana aku x sarapan apa2 dari tadi. Pastu masing2 dismiss, aku dan abg din sambung kayuh balik ke umah aku dari pekan kuala nerang dalam 3 km lagi.
Satu permulaan yang baik..sambil kenal2 kawan2 baru..so next time buleh kayuh lagi. Route ni bg aku sangat cantik dan menarik la…kenderaan pun x banyak, so kurang bahaya skit…Cuma kadang2 orang usha pelik sikit, sebab sini x ramai orang yang kayuh gerek (basikal), pastu plak lengkap dengan helmet..naik moto x pakai helmet, tapi naik gerek memang kena pakai…safety come 1st. kadang2 orang berpendapat orang kayuh gerek sebab x mampu pakai moto or kereta, bagi aku, aku dah bosan naik keta..tu yang kayuh gerek tu…biarlah apa orang nak kata pun,yang penting kita x langgar undang2 dan kita tau xtvt ni yang menyihatkan…pendapat negetif orang?? X penting bagi aku…yang penting aku enjoy tiap2 kali ride dengan kawan2!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan