Isnin, 26 Julai 2010

CP3 vs Bukit Wang Ride






Lokasi: CP3 dan Bukit Wang, Jitra

Jarak : 25 km

Tahap kesukaran: bagi aku sukar la

Tempoh kayuhan: bih kurang 2 jam

Kelajuan : max 40-50 kmj (downhill), min 2 kmj (waktu tolak gerek naik bukit hehe)


Aku bangun agak awal pg ni...kul 6.30am ..awal la bagi hari minggu , teruja nak try trek baru dan yang paling femes kat area jitra ni …so kul 7.00 am aku terus shoot p jitra..sebab dah janji ngan depa nak start kayuh kul 7.30 … kul 7.35 am aku sampai d depan umah member gerek aku ..azuan, tapi aku lebih kenali dia dengan nama pacak, member lama ..1 matrik ngan aku dulu, dan sama2 stdy di usm …now mengajaq sama2 di syed ahmad…klu borak dengan dia mesti pasal gerek …

Di umah pacak kelihatan At dah ada..At ni kira otai mtb la, klu dia masuk race jamboree mana2 kira antara top 30 la…so aku dan pacak banyak belajaq dari dia pasal ilmu gerek ni..pasal bike parts dan skill kayuhan ….so dia dah jadi sifu kat kami dua (dulu aku la sifu pacak..bila dia tanya aku x penah ckp aku xtau…yg xtau aku klentong ja hehe ) hinggalah kami kenai at..maka dah xleh klentong dah …

Kayuhan ni sebenarnya sebelum aku pi trip Korbu lagi…seminggu sebelum trip Korbu, tapi agak sibuk time tu..aku xdak masa nak tulis ….kira mcm fitness training ke Korbu la…dan memang berkesan aku rasa…cycling is the easiest way to gain fitness …it proven in Bubu and Korbu!

Kami mula kayuh ke D’Pallas Bike Shop..x jauh dari umah pacak …sebab dah janji ikut geng GerekBaru..rasa seriau gak…sebab depa ni semua geng2 otai…aku dengan pacak paling amatur..baru beberapa bulan ride mtb ni….kami terserempak dengan geng depa di tengah jalan…so just take turn dan follow ja depa…gerek2 depa pun leh tahan ..tgk specs yang dorang guna dalam rm5-6k gak la..gerek aku plak guna mid end parts ja..hanya tukaq tayar Hutchinson Piranha Air Light (made in france) …berbanding sblm ni guna WTB Wired size 2.13 yang terlalu besar dan berat…tayar downhill.. terlalu berat untuk cross country …so ride speed time ni dlm 25-28kmj camtu …on road …


dari kiri elias, syam, wan dan at


trek yang curam


ketibaan rakan2


bersama rakan2


Kami mula masuk trek offroad…trek yang kami ride ni adalah trek checkpoint 3 Kedah Jamboree 2010, so geng2 gerek sini biasa panggil CP3 ja bagi trek ni. Aku segera unlock fork marzochi bomber bike aku, at dan pacak dok keja kutuk ja fork aku ni…tapi marzochi ni made in Italy tau..berat kata depa ..memang berat pun ..2.2 kg (tapi aku dah tukaq pakai fork baru now..x la high end, tp pakai angin, x mcm dulu guna minyak…berat 1.6 kg ja). Ride di lead oleh Elias (pemilik D’Pallas bike shop) . aku dok tengah2 ..just follow ja depa ni…maklumlah aku dan wan ni paling junior sekali kalau banding ngan depa ni…



mr zan bertarung dengan pendakian yang curam



downhill


take rest untuk regroup


bersama-sama dengan geng2 otai


Trek cp3 memang sangat mencabar..dengan kecuraman yang agak mustahil untuk direntasi oleh basikal, hanya sesuai untuk 4x4 dan motocross saja..tapi mtb ni bukan gerek (basikal) biasa…ia memang dicipta untuk kayuhan yang keras ..di kawasan yang extreme …ditambah lagi dengan parts yang khas dicipta untuk tahan dengan suasana yang mencabar ni…Cuma yang menjadi limitation adalah enjinnya saja (orang yang nak kayuh tu laaa..)


aku bersama mr zan, pemilik blog GerekBaru yang terkenal


Kayuhan sangat memeritkan, pendakian dan juga laluan yang berbatu menyebabkan tayar kadang2 tergelincir. Terdapat tempat yang terpaksa kami tuntun (tolak) gerek kerana terlalu curam …jeles jugak tengok kawan2 lain selamba ja tanggung gerek depa daki tempat ni (depa saja nak tunjuk gerek depa ringan la tu..) aku plak..mana leh tanggung ..gerek aku berat (tapi la selepas diupgrade, kira ringan gak la )


trek yang terlalu curam, memerlukan kami menanggung basikal


ustaz raja@banana


pemandangan dari lereng2 bukit cp3


at dan mr zan


Kami berhenti di puncak cp3..sambil menunggu rakan2 lain sampai…bila tengok Elias dan At daki selamba saja..aku yg dok follow depa dari belakang rasa macam nak pecah jantung ni…bernafas dengan kadar yang laju…tu la beza dengan otai dengan amatur ..aku dan wan kena usaha lebih kuat lagi kalau nak lawan dengan depa ni…sambil2 tu kelihatan jelas permandangan di area Jitra ..ketinggian sini bih kurang 300 m dari aras laut..kira tinggi la jugak …rasa puas bila leh sampai sini… sambil2 rehat aku sempat berborak-borak dan berkenalan dengan lebih rapat dengan geng2 otai ni…x sangka dapat kenal Mr Zan. Dia ni lah pemilik blog Gerekbaru yang terkenal tu…aku slalu jugak bukak blog dia untuk mengikuti perkembangan dunia mtb ni…dia ni tang mana ada event atau jamboree mesti dia join, so banyak ilmu dan pengalaman yang boleh aku dapat dari depa ni…



di puncak cp3

wan


inilah buah asam gelugor


Kami meneruskan kayuhan..kali ni downhill plak …downhill lah yang paling aku suka pada mana2 offroad ride….memang best downhill di cp3 ni, trek downhill nya yang panjang..bih kurang 1 km, kelajuan tertinggi boleh mencapai 50 km/j …memang syok layan …tapi mesti diingat, downhill memerlukan fungsi brek dan suspension yang sangat baik…ini kerana terdapat selekoh-selekoh tajam yang memerlukan brek yang mantap …so bagi downhill route camni memang kena guna disc brake hydraulic, kalau setakat disc brake mechanical memang x mampu nak menghentikan gerek dengan cekap, mungkin berenti jugak..tapi dalam gaung la hehe . Fork sus juga perlu berfungsi dengan baik untuk menyerap hentakan, kerana route yang berbatu . apa-apapun memang best downhill ni…bila sampai bawah ja terhidu bau hangit…brek gerek sapa yang hangit? Pakat2 try hidu kat disc gerek…rupanya2 brek depan gerek aku ..hehehe ..pad brek tu hangit sebab terlalu panas..disc brek memang x leh sentuh time ni..panas gila!

Kami meneruskan kayuhan…menuju ke bukit wang pula…kayuhan onroad yang x la jauh dari jalan keluar cp3, kami ikut jalan belakang ke peranginan bukit wang…melalui kawasan ladang getah dan sawit..seterusnya memasuki kawasan hutan simpan…dan trek turun naik tadi bertukar menjadi naik saja kali ni…pendakian agak panjang…aku drop gear depan ke paling kecik dan guna gear belakang yang paling besar kat belakang ..mujurlah 9 speed ..klu 8 speed memang x leh lepas dah..kecuali la kalau yang betul2 fit leh la set depan gear tengah, belakang no 7 or 8 . kayuhan di cp3 tadi memang memberi kesan, betoi2 rasa teruk nak lepas kayuhan pendakian yang panjang ni…tapi aku berazam xkan stop…akhirnya sampai juga di kawasan rata…aku, At, Syam menunggu rakan lain sampai…kelihatan wan yang x berputus asa..sampai jugak, dasyat jugak prestasi wan…dan elias yang nampak bersahaja melepasi halangan tersebut.


wan kayuh seiringan dengan elias


kemuncak pendakian di Bukit Wang


Kayuhan seterusnya adalah downhill, panjang jugak…memang seronok…aku x brek dah time ni..memang syok layan downhill ni…betul2 rasa free …hinggalah kami memasuki kawasan perkelahan bukit wang. Dah lama x mai sini..seingat-ingat aku last sekali mai masa aku sekolah menengah dulu …kira2 15 tahun dulu …kayuhan kami di tempat pejalan kaki…masa ni masih awal , x da orang sangat..so kayuhan kami x la menganggu pengunjung di situ…Cuma aku rasa agak gayat bila kayuh melintasi titi kecil ..silap aribulan leh terjun dalam air ….


loose gravel ke Bukit Wang


Kayuhan balik ke Jitra agak santai…kira2 7km dari bukit wang….kami singgah di warong roti canai di taman suria..pekena roti telor sorang sebijik dan teh o ais …borak2 dengan kawan2 baru. Sebelum bertolak balik ke kuala nerang, aku ucapkan terima kasih kat depa pasai menjemput kami.

Pengalaman pertama kayuh di trek yang extreme, setakat ni trek ni la yang paling mencabar yang pernah aku kayuh. Juga berpeluang untuk kenal2 dengan kawan2 baru, geng2 mtb..yang sentiasa sporting. So thumb up cp3 n bukit wang!


The End


* Nantikan kisah Nibong Tebal MTB Jamboree 2010 yang akan penulis sertai pada 1 Ogos ni, pengamalan pertama penulis menyertai jamboree race! (harap2 leh abiskan kayuhan ;p )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan