Episode 4 – The Nightmare
Sesungguhnya kita tidak hidup keseorangan di alam ini ….manusia, jin dan iblis adalah makhluk ciptaanNya…kita mesti percaya kewujudan alam ghaib ini…hutan belantara adalah tempat yang penuh misteri..terlalu sedikit yang diketahui tentang alam ini…kita hanyalah tetamu dan kadang kala diuji dengan pelbagai cara….walaubagaimanapun kita tidak boleh taksub dan terlalu takut kerana semua makhluk-makhluk diciptakan hanyalah untuk menyembah Allah SWT. Kepada Allah jua yang kita berserah…
Day 3 – Sabtu
7.30 am
Pagi yang ceria…aku agak liat nak bangun …mungkin disebabkan tidur yang x nyenyak malam tadi..itulah masalah tiap2 kali berada di tempat2 yang macam ni..maybe kerana aku sendiri ada minor insomnia … suara riuh rendah kawan2 membuatkan tidurku tak brapa lena…dan juga bila khemahku di goncang… dan aku tau, ni mesti kerja abg din..nak marah pun x buleh, pasal aku pun slalu kocak khemahnya pada awal2 malam..sebab dia tido awal sangat…aku pulak susah nak tido..so best jugak kalau kocak khemah kawan2 ni…hehe..
Suasana pagi di tengah2 utan memang menyegarkan…dengan udara yang nyaman…dan kabus yang masih lagi menyelubungi alam..memang menceriakan dan mampu membuatkan sapa2 pun tersenyum sorang2..so kalau tengok sapa2 yang senyum sorang2 dalam utan di waktu pagi tu, bukanlah pasal orang tu x betul atau pun ada wayar dia yang short circuit…tapi itulah kegembiraan yang diberikan oleh alam kepada insan2 yang mau menghargai dan menikmati keindahan dan ketenangan.
Kawan2 lain sedang sibuk menyediakan sarapan….aku terus bergegas ke sungai …dengan berus gigi di mulut, mcm watak dalam cerita p.ramlee…walaupun sejuk tapi mandi adalah satu kemestian, air bukit akan memberi kesegaran dan kekuatan untukku meneruskan misi yang masih belum selesai. Di sungai kelihatan wan sedang rancak memancing di tepi batu…”dapat ka?” soklan aku kat dia…dia tunjukkan 2 ekor ikan keli..”ikan keli di atas gunung??” keluar soklan tu dari mulutku…pelik…x pa la…aku terus meninjau kawasan sekeliling…berjalan di tepi2 tebing sungai berbatu tu…cantik..ada macam air terjun kat bawah tu…aku x perasan plak ada tempat yang cantik ni kemarin…kawasan ni agak jauh daripada kawasan perkhemahan….aku berjalan lagi…in mission sebenarnya hehe aku sebenarnya nak cari tempat untuk “doing business” …besala dalam utan..mana ada proper toilet…pandai2 la nak survive….ermm aku terkejut…ada binaan toilet? Agak usang keadaanya…waktu ni hanya aku sorang saja di kawasan tu..kawan2 lain sedang sibuk bersarapan…agak jauh ke dalam …agak uzur kelihatan toilet tu..”nak guna ke x nak?” bisik dalam hati…bukak2 pintu takut ular tengah berlingkar nanti mampos aku…x pun ada makhluk lain ka muncul nanti…makhluk yang tidak ingin dilihat…tapi mana ada hantu siang2 ni …berbelah bagi…tapi keadaan fizikalnya yang uzur menyebabkan aku x confident..tgh2 kusyuk sat lagi kot2 reban (runtuh) atas kepala ka…sure 1 bulan kawan2 dok gelak kat aku nanti…xbleh2 …aku berjalan lagi melepasi jamban (toilet) usang tu…ermm satu kawasan yang tidak semak…lantai hutan kawasan ni agak lapang…walaupun dipenuhi dengan daun2 kering, tapi agak selesa dan menyenangkan…sangat berbeza dengan kawasan2 di sekitarnya yang semak..kawasan ni agak lain la..”cantik” hatiku berbisik..so selesai segala urusan dan aku pun mandi di kawasan berdekatan air terjun ni…sangat best..walaupun menahan kesejukan tetapi aku tetap enjoy..mana nak cari air sejuk macam ni di rumah….
selesai semua aku berjalan balik ke khemah…meninggalkan kawasan yang bagi aku ‘cantik’ tadi…rupa-rupanya aku sudah salah pilih port…keadaan sekelingnya yang sangat ‘bersih’ dan menyenangkan tadi sebenarnya mungkin tidak menyenangkan pihak lain…pihak yang kita x sedar kehadirannya…kita tidak berseorangan…kita hanyalah tetamu di hutan belantara milik mereka..
Di khemah masing-masing sedang sibuk mengemaskan barang2 …kerana pagi ni kami akan bergerak ke kem kijang pula..campsite ke 2 yang tidaklah begitu jauh, so hari ni kami memulakan perjalanan agak lewat, x perlu terlalu rushing…aku mengambil kesempatan untuk bersarapan dulu…nasik goreng, mr khai and the gangs yang masak…sedap….siap makan aku mengemaskan khemah dan memakai kembali pakaian semalam…nil ah pakaian pendakian selama 4 ari 3 malam..daki gunung mesti simple..bawak hanya benda penting…masih basah semua benda (kecuali boxer aku saja yang kering, pasal baru keluar dari plastic..bau kedai lagi hehe)…bau pakaian pun mmg xkan wangi lah..pedulikan la, nak wangi2 bukan sini tempatnya…
Siap semua kami memulakan perjalanan…pukul 11.30 dah waktu ni…abg din n zomba seperti biasa..hanya di belakang guide saja…dia kelihatan ceria dan cergas…kawan2 lain pun ceria2…ada kawan2 semalam yang berniat nak patah balik kerana x sanggup nak teruskan pendakian pun kelihatan bersemangat pagi ni…malah dorang hari ni sangat hebat…aku pun terkejut…macam ada kekuatan luar biasa plak…x nampak langsung keletihan…semua bersemangat dan ceria2…hebat2 ..
Mr khai waktu ni memegang ikan keli yang sudah siap dipanggang, ikan keli yang dipancing oleh Wan tadi..pastu ada sapa yang kata tah, aku x ingat dah ..dia kata “Tah2 ikan keli orang bunian yang punya, kang dia mintak balik kang camna, nak buat camna?” lantas mr khai menjawab “Derma2 la sama, jangan dok kedekut sangat” time semua orang pakat gelak…
Abg din dan kawan2 lain dalam group depan sudah mula perjalanan…BJ mengarahkan aku mengetuai kumpulan ke 2…dalam group aku ni ada ipin, ipin jr, ayu, fit, syima, ina, jem, adib, anas…mr khai bergerak dalam kumpulan 3 dengan BJ dibelakang sekali…bila lead group ni perasan macam guide la kejap, aku bertanggungjawab memastikan group ikut trek yang betul…kalau aku silap masuk abis la..pakai sesat la smua orang…trek permulaan agak landai dan santai…lantai hutan yang masih basah akibat daripada hujan semalam.
Trek menyusuri kawasan sungai…terdapat kawasan air terjun yang cantik…kami meninggalkan kem seroja yang aras ketinggiannya bih kurang 750 m..trek perlajanan yang santai tidaklah memenatkan…Cuma sekali sekala berenti rehat dan berenti untuk buang pacat di kaki…aku x cerita sangat pasal pacat kali ni, bukanlah pasal xdak pacat…banyak jugak aku kena..dlm 7-8 ekor jugak…keluar jugak la ayat “apa ni dara-dara ni..(darah-darah) nek gunung ka pa ni..” ungkapan yang mr khai dan aku selalu sebut bila kaki kami berdarah akibat pacat. Tapi bab pacat kali ni bagi aku Cuma perkara kecik saja…
Hampir 1 jam berjalan kami akhirnya sampai di satu sungai..ada dataran yang luas di situ…kelihatan kawan2 lain dari group hadapan sedang berehat2…kami amek kesempatan untuk rehat sama..sambil tunggu group BJ sampai…kesempatan ni kami sempat bergambar dan mengisi semula botol bekalan air yang dah abis diminum masa perjalanan tadi. Tapi tiada kelibat abg din, aku tanya meon..rupanya2 dia dah gerak dah…ikut amri porter…ermmm” mamat ni betul2 beria kali ni nampaknya…xpa…xpa” …kataku dalam ati…..
Perjalanan di teruskan, kali ni baru la akan jumpak trek yang betul2 mengerah tenaga…Bukit Lagi Penat namanya….aku gerak agak di belakang…group yang aku bawak tadi semua dah gerak dah..tu maknanya depa ni hebat2 belaka…aku follow saja dari belakang…hinggalah aku potong depa bila perjalanan terhenti sebab trek yang ‘terputus’ kerana ada pokok tumbang…menyebabkan kesan trek tersebut ditutupi oleh batang dan dahan pokok…”xda trek di depan” kata anas…huhh…cuak jugak rasa..aku terus ke depan..meniti atas batang kayu tumbang meninjau kesan2 trek….”ada2” kataku…agak terselindung, tapi time ni kita x boleh cemas…kena tenang…kalau panic susah jadinya nanti….aku lead kembali group ni…tiada kelibat meon, ayu, fit, yakoob dan Di…laju dorang ni…sekarang pendakian bukit lagi penat bermula….memang pacak…lagi pacak dan pendakiannya lagi panjang daripada bukit penat….aku berenti sekali sekala..tunggu kawan2 lain…jeff follow rapat belakang aku…aku teruskan pendakian dengan jeff…di tengah pendakian jumpak shahril (porter)..dia kata “jalan la dulu” memang menyeksakan dari riak mukanya…mana x seksa..dengan beg yang sangat besar dan berat (beg 70 liter)…penuh dalam tu khemah dan barang keperluan kami…kalau aku dah lama aku humban beg tu dalam gaung…klu orang tanya beg mana..aku akan kata beruang curi hehehe
Aku gerak sorang2 now…jeff tah tinggal kat belakang…misi sekarang ialah tangkap geng depan…lama jugak aku jalan sorang2…x nampak2 lagi geng depan ni…akhirnya sampai di matang kelihatan Lah guide dan rakan2 lain sedang berehat….aku pun ikut ja dorang…agak penat aku hari ni…pendakian di bukit lagi penat tu betul2 buat aku penat…pandai betoi depa bagi nama…trek seterusnya naik dan turun.. kami bertembung dengan group yang lain yang sedang menghala turun ke kem seroja…dorang ni berjaya menawan puncak Korbu pada kemarin..geng2 otai caranya..40-an .. lelaki dan pompuan…salah sorang daripadanya kami menggelarkan kakak rimau bintang kerana suite yang dipakainya bercorak rimau bintang hehehe (bab kutuk-mengutuk memang hebat ahli2 group ni) …sambil ucap tahniah kat depa, depa pun ucap selamat kat kami dan bagitau yang kat area kem kijang tu banyak lebah dan penyegat..salah sorang dari ahli dorang ni kena sengat kat muka…banyak ibu gak la..so terima kasih kat depa sebab bgtau.
Kami akhirnya sampai ke kem kijang…terletak di kawasan lembah…agak semak kerana kem ni jarang digunakan….kawasan nya pun agak sempit…terpaksa bersesak2 untuk pasang khemah…kem yang terletak pada aras ketinggian 1100 m ni tak la sesuai untuk jadi campsite kalau ahli kumpulan pendaki tu ramai…..kelilingnya terdapat pokok paku pakis yang tumbuh subur dan pokok2 balak yang tersergam gagah.
Pedakian mengambil masa bih kurang 3 jam dari kem seroja…abg din seperti biasa..sengih kepuasan bila tengok aku sampai…dia dah lama sampai rupanya…biasa saja pendakian hari ni katanya bila aku kata cabaran di bukit lagi penat tadi hebat….nampaknya dia memang ceria dan in good shape kali ni..2 hari berturut mendahului dan meninggalkan aku dengan jauh….xpa, aku bagi aku 2 hari ni masih lagi warm-up lap…tapi dalam ati aku pk mamat ni memang nak rampas tahta raja gunung kali ni hehehe “not so easy abg din Rambo, hehehe” bisikku dalam hati…..aku lupakan dulu pertarungan 3 penjuru yang tidak pernah padam antara aku dengan mr khai dan abg din…
Masih awal lagi ketika ni..sambil menantikan kawan2 lain sampai aku meninjau kawasan sekeliling …dah menjadi kebiasaanku macam tu..suka nak selongkar dan tinjau keindahan alam…tidak pernah rasa jemu untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan...sentiasa rasa gembira...
Rakan2 lain smua sampai…semua bertindak cemerlang hari ni…semua kelihatan sangat ceria walau menempuhi cabaran yang sukar tadi…ini petanda yang baik…tiada lagi kedengaran cakap2 yang nak berpatah balik macam semalam…so misi sekarang ialah memilih tempat untuk setup khemah…kawasan khas untuk khemah kami tu agak sesak..so aku dan abg din memilih untuk pasang khemah di bawah sedikit…kawasan yang agak berlembah…muat2 ja untuk 2 khemah…Cuma kalau ujan abis la…tempat ni laluan air…agak semak sikit kawasan ni…mengerikan pun ada..agak rapat dengan kawasan sungai…khemah ku dan mr khai di belakang khemah abg din dan meon…bila dia tengok dia kata tempat tu x elok,..memang x elok aku kata..sebab rendah..terlalu rendah…rupanya xelok sebab lain lagi hehe ..dia x bgtau terang2..aku plak memang x pikir benda2 ghaib ni…
Petang tu kami bertarung lagi untuk menghidupkan api….mcm biasa…terlalu sukar…keadaan diburukkan lagi bila hujan mula turun…adehhhh…memang perit kali ni….mcm nak menyala dah..tiba2 padam lak..tensen2 , last2 aku tinggalkan gak dengan kecewa…nasib baik la Lah sekali lagi menyelamatkan keadaan…klu x, x makan la malam tu ….pakai x menyala la dapur kami…bukan x berasap..tapi x menyala..asap ni punya la banyak..berkepol2 ..Cuma api ja x dak… so aku pun garu2 pala…terus tinggalkan BJ yang sentiasa setia di dapur..aku jalan p sungai kat tepi khemah ja…ajak abg din sama..lama aku berendam situ, xrasa sejuk sangat kali ni…sambil borak2 dengan dia…sempat lagi kami bina empangan kecik…macam budak2…memang budak2 pun…aku kembali menjadi kanak2 bila join xtvt camni…rasa cam 13 tahun , abg din lg teruk dia macam budak 10 tahun hehe ngan mare ekk abg din.
Malam lepas selesai makan cara ala kadar …kami pakat2 kembali ke khemah masing…kena tido awal sebab esok awal2 pagi nak kena bangun…pukul 6 am dah nak kena shoot ke puncak…bukan kerja mudah..paling sukar , kerana pendakian esok akan melalui trek2 yang paling sukar setakat ni… pendakian jugak amat tinggi…iaitu bih kurang 1100 m lagi untuk ke puncak dan turun semula 1100 m kembali ke kem kijang…rehat mesti cukup, tido mesti nyenyak …dan tidor inilah yang menjadi masalah kat aku dan mr khai…kali ni lebih teruk….keadaan yang aku benar x bersedia…
Kembali saja ke khemah rasa lemah semangat ja…lantai khemah basah akibat ujan petang tadi…mau x mau belasah jugak la…nasib baik ada sleeping bag dan sleeping matt , jadi x la tidor dalam air…cuaca memang sejuk…kira-kira 20 C. sebelum tido aku solat dulu kat luar khemah..mintak agar smua selamat untuk pendakian esok…sempat lagi pacat naik kat tangan…adeh… pastu terus kembali ke khemah…bersiap2 untuk tido ,aku berbungkus dalam sleeping bag…mr khai plak lebih malang lagi, dia terjatuh ke dalam sungai pada hari pertama…sekali dengan bag …habis semua basah..so terpaksa pinjam baju kenkawan, …lagi menyedihkan tgk dia baring atas lantai khemah yang basah…dia plak x bawak sleeping matt, dia mengeluh…aku x sampai ati tgk..mana leh tido kalau kawan dalam kesusahan..aku bukannya baik, tapi tengok dia camtu rasa x sampai ati plak…so aku pun bangun dan aku kerat dua sleeping matt yang aku bawak tu…lawak pun ada time ni…sambil2 tu mulut aku dok sembang kemas la..”mana hang nak carik kawan yang bagus mcm aku ni” aku cakap kat dia sambil gelak..dia pun gelak sama…so sama2 adil…nah, amek sorang sekerat..x penah di buat orang hehehe at least badan x basah…aku layan borak dengan dia…memang x rasa ngantuk langsung time ni…jeles lak rasa dengar abg din dan meon dari tadi dah pasang turbo (berdengkur) kuat2…
Terlintas macam dalam kepala time ni…tengok jam dah kul 1 am lebih…camna ni x ngantuk lg ni…mr khai pun dah senyap..dah lena kot dia…camna ni esok pagi ni…teruk la esok klu x tido malam ni…mata tetap juga x mengantuk…bermacam2 imej hadir dalam kepala time ni…imej kawan2 …imej apa tah lagi yang aku x ingat…aku antara sedar dengan x sedar ja time ni,…pelik rasa..tapi 1 ja yang aku tau..aku memang x sukakan keadaan camni…macam2 benda mai…termasuk imej2 yang pelik2 dan muka2 yang aku x kenal…dan penamatnya aku rasa aku betul2 terperangkap…aku x pasti yang last skali apa benda yang aku nampak…tapi ia betul2 mengerikan, aku betul2 takut waktu tu….nasib baik la mr khai cepat kejutkan aku…dia perasan yang aku dok meracau time tu…abg din kat khemah sebelah pun terjaga..terdengar suara dia bertanya..aku x tau nak jawab camna...Cuma aku mengucap panjang…memang pelik, bukan x penah mimpi hantu sebelum ni…tapi kali ni memang cukup len macam rasanya…bila alami benda2 camni di tengah2 hutan belantara memang something yang aku sangat x gemar…aku plak kat tempat dia…in his own backyard orang putih kata…x penah aku kena sakat sebelum2 ni…dah 5 gunung aku daki..kali ni aku kena …ada benda yang ikut aku dari kem seroja ka?
Mr khai ada story kat aku kemarin, masa mula2 tiba di kem seroja ..(aduh meremang bulu roma nak citer ni…kul 1.51 am now ni.. dok karang sorang2 ni, hope hantu tu x tegur yang penulisan aku x cukup bagus ke dah la time ni hahahha) …semasa dia menghampiri ke kem seroja…dia jalan sorang..aku pun mula2 jalan sorang2 area ni..tapi aku rasa len macam ja..sebab tu aku tunggu meon sampai..jalan sama ngan dia…rasa len macam skit area ni…tiba2 aku rasa takut bila masuk area ni….kawasan berlembah, aku masih ingat ada 2 laluan air kene cross..kat sini la dia terserempak dengan 2 orang..sepasang , laki dan pompuan, dia ingat kawan2 kami..sebab dari jauh memang x jelas muka makhluk ni…tapi cara berpakaian dia memang x mcm orang daki gunung…dua2 dok perati (pandang) dia…bila mr khai dah dekat dua makhluk ni tiba hilang dari pandangan….aduhhh x tau la perasaan dia camna time tu…klu aku la..ishh2 … patut muka mr khai lain macam saja time dia mula2 sampai kat kem seroja…org 1st dia story kat aku …tapi aku x amek kisah sgt waktu tu..aku kata dia berhalunisasi…bila badan penat kita kadang2 nampak macam2 …maklumlah aku orang sains , bukan aku x percaya benda2 ni…aku aku jarang pikir benda2 camni…hanya mengganggu keseronokan…tapi bila aku sendiri kena sakat mlm tu aku mula percaya…
Menerusi percakapan dengan geng gudie pada keesokan malamnya (ahad malam) pasal dorang tanya aku apa yang jadi kat aku malam kemarin tu…dorang ada tanya aku ada p dak ke kawasan dekat dengan jamban usang tu…aku kata ada la..siap aku “doing bisness” lagi. Baru la dorang bagtau kawasan berhampiran dengan jamban usang tu memang keras…dorang cakap yang dorang sendiri pun x berani p area2 tu…dah banyak kejadian yang berlaku kat pendaki2 sebelum ni bila dorang p area tu… amir (guide) plak p tambah kadang2 makhluk tu akan ikut balik orang yang p area tu….aduhhhhh bila dengar ayat tu memang rasa macam ada batang balak hantam atas belakang aku…ngeri pun ada, marah pun ada…dalam hati “awat la hangpa x bagitau awal2 pasal area tu” kan aku dah kena…mana aku tau kawasan yang lapang2…agak bersih..tu tanda kawasan makhluk bunian ka, kawasan hantu bukit ka, kawasan makhluk halus ka, aku plak xska nak amek tau hal2 camni..aku xtau ilmu utan, ilmu kimia aku tau la..belajar sampai degree hehe kalau kena kat atas gunung saja x pa la…kalau benda tu ikut aku balik kedah camna?? Benda ni la kadang2 masih menghantui aku sampai sekarang (bila time nak tido hehehe )
Aku x cerita kat sapa2 benda ni..hanya borak dengan mr khai n abg din, malas nak kepoh2..takut sat lagi menganggu konsentrasi kawan2 lain, misi kita menawan puncak korbu, bukan p jumpak hantu, aku pendam saja kisah tu…tapi now xpa la..masing2 dah selamat pulang…buleh la aku cerita, nak percaya ke x tu terpulang la…aku bih suka orang x percaya…sebab aku sendiri jarang percaya kalau ada orang cerita benda2 camni…bukan setakat x percaya..aku suka buat lawak lagi ada la..kang dah kena atas batang idung sendiri…padan muka aku…
Aku jugak sempat berborak dengan amri (porter) dalam facebook 2 ari lepas tamat trip, dia tanya aku apa sebenarnya terjadi pada malam tu…aku cerita kat dia in details…tapi aku kata aku ni x la percaya sangat benda2 camni…aku x pikirkan sangat bende ghaib ni dan x minat nak layan cerita2 camni dan malas nak amek hal camni..dia gelak, dia kata ni la 1st time dia dengar orang melayu bagi statement tu….dia kata area dekat2 nak sampai kem seroja (tempat mr khai jumpak 2 makhluk misteri) tu memang dia x selesa..dan area kat jamban usang tu…dia jugak kata dia memang x suka dok lama2 kat kem seroja tu…mengerikan dia kata…
7.30 am
Pagi yang ceria…aku agak liat nak bangun …mungkin disebabkan tidur yang x nyenyak malam tadi..itulah masalah tiap2 kali berada di tempat2 yang macam ni..maybe kerana aku sendiri ada minor insomnia … suara riuh rendah kawan2 membuatkan tidurku tak brapa lena…dan juga bila khemahku di goncang… dan aku tau, ni mesti kerja abg din..nak marah pun x buleh, pasal aku pun slalu kocak khemahnya pada awal2 malam..sebab dia tido awal sangat…aku pulak susah nak tido..so best jugak kalau kocak khemah kawan2 ni…hehe..
Kawan2 lain sedang sibuk menyediakan sarapan….aku terus bergegas ke sungai …dengan berus gigi di mulut, mcm watak dalam cerita p.ramlee…walaupun sejuk tapi mandi adalah satu kemestian, air bukit akan memberi kesegaran dan kekuatan untukku meneruskan misi yang masih belum selesai. Di sungai kelihatan wan sedang rancak memancing di tepi batu…”dapat ka?” soklan aku kat dia…dia tunjukkan 2 ekor ikan keli..”ikan keli di atas gunung??” keluar soklan tu dari mulutku…pelik…x pa la…aku terus meninjau kawasan sekeliling…berjalan di tepi2 tebing sungai berbatu tu…cantik..ada macam air terjun kat bawah tu…aku x perasan plak ada tempat yang cantik ni kemarin…kawasan ni agak jauh daripada kawasan perkhemahan….aku berjalan lagi…in mission sebenarnya hehe aku sebenarnya nak cari tempat untuk “doing business” …besala dalam utan..mana ada proper toilet…pandai2 la nak survive….ermm aku terkejut…ada binaan toilet? Agak usang keadaanya…waktu ni hanya aku sorang saja di kawasan tu..kawan2 lain sedang sibuk bersarapan…agak jauh ke dalam …agak uzur kelihatan toilet tu..”nak guna ke x nak?” bisik dalam hati…bukak2 pintu takut ular tengah berlingkar nanti mampos aku…x pun ada makhluk lain ka muncul nanti…makhluk yang tidak ingin dilihat…tapi mana ada hantu siang2 ni …berbelah bagi…tapi keadaan fizikalnya yang uzur menyebabkan aku x confident..tgh2 kusyuk sat lagi kot2 reban (runtuh) atas kepala ka…sure 1 bulan kawan2 dok gelak kat aku nanti…xbleh2 …aku berjalan lagi melepasi jamban (toilet) usang tu…ermm satu kawasan yang tidak semak…lantai hutan kawasan ni agak lapang…walaupun dipenuhi dengan daun2 kering, tapi agak selesa dan menyenangkan…sangat berbeza dengan kawasan2 di sekitarnya yang semak..kawasan ni agak lain la..”cantik” hatiku berbisik..so selesai segala urusan dan aku pun mandi di kawasan berdekatan air terjun ni…sangat best..walaupun menahan kesejukan tetapi aku tetap enjoy..mana nak cari air sejuk macam ni di rumah….
selesai semua aku berjalan balik ke khemah…meninggalkan kawasan yang bagi aku ‘cantik’ tadi…rupa-rupanya aku sudah salah pilih port…keadaan sekelingnya yang sangat ‘bersih’ dan menyenangkan tadi sebenarnya mungkin tidak menyenangkan pihak lain…pihak yang kita x sedar kehadirannya…kita tidak berseorangan…kita hanyalah tetamu di hutan belantara milik mereka..
Di khemah masing-masing sedang sibuk mengemaskan barang2 …kerana pagi ni kami akan bergerak ke kem kijang pula..campsite ke 2 yang tidaklah begitu jauh, so hari ni kami memulakan perjalanan agak lewat, x perlu terlalu rushing…aku mengambil kesempatan untuk bersarapan dulu…nasik goreng, mr khai and the gangs yang masak…sedap….siap makan aku mengemaskan khemah dan memakai kembali pakaian semalam…nil ah pakaian pendakian selama 4 ari 3 malam..daki gunung mesti simple..bawak hanya benda penting…masih basah semua benda (kecuali boxer aku saja yang kering, pasal baru keluar dari plastic..bau kedai lagi hehe)…bau pakaian pun mmg xkan wangi lah..pedulikan la, nak wangi2 bukan sini tempatnya…
Siap semua kami memulakan perjalanan…pukul 11.30 dah waktu ni…abg din n zomba seperti biasa..hanya di belakang guide saja…dia kelihatan ceria dan cergas…kawan2 lain pun ceria2…ada kawan2 semalam yang berniat nak patah balik kerana x sanggup nak teruskan pendakian pun kelihatan bersemangat pagi ni…malah dorang hari ni sangat hebat…aku pun terkejut…macam ada kekuatan luar biasa plak…x nampak langsung keletihan…semua bersemangat dan ceria2…hebat2 ..
Mr khai waktu ni memegang ikan keli yang sudah siap dipanggang, ikan keli yang dipancing oleh Wan tadi..pastu ada sapa yang kata tah, aku x ingat dah ..dia kata “Tah2 ikan keli orang bunian yang punya, kang dia mintak balik kang camna, nak buat camna?” lantas mr khai menjawab “Derma2 la sama, jangan dok kedekut sangat” time semua orang pakat gelak…
Abg din dan kawan2 lain dalam group depan sudah mula perjalanan…BJ mengarahkan aku mengetuai kumpulan ke 2…dalam group aku ni ada ipin, ipin jr, ayu, fit, syima, ina, jem, adib, anas…mr khai bergerak dalam kumpulan 3 dengan BJ dibelakang sekali…bila lead group ni perasan macam guide la kejap, aku bertanggungjawab memastikan group ikut trek yang betul…kalau aku silap masuk abis la..pakai sesat la smua orang…trek permulaan agak landai dan santai…lantai hutan yang masih basah akibat daripada hujan semalam.
Hampir 1 jam berjalan kami akhirnya sampai di satu sungai..ada dataran yang luas di situ…kelihatan kawan2 lain dari group hadapan sedang berehat2…kami amek kesempatan untuk rehat sama..sambil tunggu group BJ sampai…kesempatan ni kami sempat bergambar dan mengisi semula botol bekalan air yang dah abis diminum masa perjalanan tadi. Tapi tiada kelibat abg din, aku tanya meon..rupanya2 dia dah gerak dah…ikut amri porter…ermmm” mamat ni betul2 beria kali ni nampaknya…xpa…xpa” …kataku dalam ati…..
Perjalanan di teruskan, kali ni baru la akan jumpak trek yang betul2 mengerah tenaga…Bukit Lagi Penat namanya….aku gerak agak di belakang…group yang aku bawak tadi semua dah gerak dah..tu maknanya depa ni hebat2 belaka…aku follow saja dari belakang…hinggalah aku potong depa bila perjalanan terhenti sebab trek yang ‘terputus’ kerana ada pokok tumbang…menyebabkan kesan trek tersebut ditutupi oleh batang dan dahan pokok…”xda trek di depan” kata anas…huhh…cuak jugak rasa..aku terus ke depan..meniti atas batang kayu tumbang meninjau kesan2 trek….”ada2” kataku…agak terselindung, tapi time ni kita x boleh cemas…kena tenang…kalau panic susah jadinya nanti….aku lead kembali group ni…tiada kelibat meon, ayu, fit, yakoob dan Di…laju dorang ni…sekarang pendakian bukit lagi penat bermula….memang pacak…lagi pacak dan pendakiannya lagi panjang daripada bukit penat….aku berenti sekali sekala..tunggu kawan2 lain…jeff follow rapat belakang aku…aku teruskan pendakian dengan jeff…di tengah pendakian jumpak shahril (porter)..dia kata “jalan la dulu” memang menyeksakan dari riak mukanya…mana x seksa..dengan beg yang sangat besar dan berat (beg 70 liter)…penuh dalam tu khemah dan barang keperluan kami…kalau aku dah lama aku humban beg tu dalam gaung…klu orang tanya beg mana..aku akan kata beruang curi hehehe
Aku gerak sorang2 now…jeff tah tinggal kat belakang…misi sekarang ialah tangkap geng depan…lama jugak aku jalan sorang2…x nampak2 lagi geng depan ni…akhirnya sampai di matang kelihatan Lah guide dan rakan2 lain sedang berehat….aku pun ikut ja dorang…agak penat aku hari ni…pendakian di bukit lagi penat tu betul2 buat aku penat…pandai betoi depa bagi nama…trek seterusnya naik dan turun.. kami bertembung dengan group yang lain yang sedang menghala turun ke kem seroja…dorang ni berjaya menawan puncak Korbu pada kemarin..geng2 otai caranya..40-an .. lelaki dan pompuan…salah sorang daripadanya kami menggelarkan kakak rimau bintang kerana suite yang dipakainya bercorak rimau bintang hehehe (bab kutuk-mengutuk memang hebat ahli2 group ni) …sambil ucap tahniah kat depa, depa pun ucap selamat kat kami dan bagitau yang kat area kem kijang tu banyak lebah dan penyegat..salah sorang dari ahli dorang ni kena sengat kat muka…banyak ibu gak la..so terima kasih kat depa sebab bgtau.
Kami akhirnya sampai ke kem kijang…terletak di kawasan lembah…agak semak kerana kem ni jarang digunakan….kawasan nya pun agak sempit…terpaksa bersesak2 untuk pasang khemah…kem yang terletak pada aras ketinggian 1100 m ni tak la sesuai untuk jadi campsite kalau ahli kumpulan pendaki tu ramai…..kelilingnya terdapat pokok paku pakis yang tumbuh subur dan pokok2 balak yang tersergam gagah.
Pedakian mengambil masa bih kurang 3 jam dari kem seroja…abg din seperti biasa..sengih kepuasan bila tengok aku sampai…dia dah lama sampai rupanya…biasa saja pendakian hari ni katanya bila aku kata cabaran di bukit lagi penat tadi hebat….nampaknya dia memang ceria dan in good shape kali ni..2 hari berturut mendahului dan meninggalkan aku dengan jauh….xpa, aku bagi aku 2 hari ni masih lagi warm-up lap…tapi dalam ati aku pk mamat ni memang nak rampas tahta raja gunung kali ni hehehe “not so easy abg din Rambo, hehehe” bisikku dalam hati…..aku lupakan dulu pertarungan 3 penjuru yang tidak pernah padam antara aku dengan mr khai dan abg din…
Masih awal lagi ketika ni..sambil menantikan kawan2 lain sampai aku meninjau kawasan sekeliling …dah menjadi kebiasaanku macam tu..suka nak selongkar dan tinjau keindahan alam…tidak pernah rasa jemu untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan...sentiasa rasa gembira...
Rakan2 lain smua sampai…semua bertindak cemerlang hari ni…semua kelihatan sangat ceria walau menempuhi cabaran yang sukar tadi…ini petanda yang baik…tiada lagi kedengaran cakap2 yang nak berpatah balik macam semalam…so misi sekarang ialah memilih tempat untuk setup khemah…kawasan khas untuk khemah kami tu agak sesak..so aku dan abg din memilih untuk pasang khemah di bawah sedikit…kawasan yang agak berlembah…muat2 ja untuk 2 khemah…Cuma kalau ujan abis la…tempat ni laluan air…agak semak sikit kawasan ni…mengerikan pun ada..agak rapat dengan kawasan sungai…khemah ku dan mr khai di belakang khemah abg din dan meon…bila dia tengok dia kata tempat tu x elok,..memang x elok aku kata..sebab rendah..terlalu rendah…rupanya xelok sebab lain lagi hehe ..dia x bgtau terang2..aku plak memang x pikir benda2 ghaib ni…
Malam lepas selesai makan cara ala kadar …kami pakat2 kembali ke khemah masing…kena tido awal sebab esok awal2 pagi nak kena bangun…pukul 6 am dah nak kena shoot ke puncak…bukan kerja mudah..paling sukar , kerana pendakian esok akan melalui trek2 yang paling sukar setakat ni… pendakian jugak amat tinggi…iaitu bih kurang 1100 m lagi untuk ke puncak dan turun semula 1100 m kembali ke kem kijang…rehat mesti cukup, tido mesti nyenyak …dan tidor inilah yang menjadi masalah kat aku dan mr khai…kali ni lebih teruk….keadaan yang aku benar x bersedia…
Kembali saja ke khemah rasa lemah semangat ja…lantai khemah basah akibat ujan petang tadi…mau x mau belasah jugak la…nasib baik ada sleeping bag dan sleeping matt , jadi x la tidor dalam air…cuaca memang sejuk…kira-kira 20 C. sebelum tido aku solat dulu kat luar khemah..mintak agar smua selamat untuk pendakian esok…sempat lagi pacat naik kat tangan…adeh… pastu terus kembali ke khemah…bersiap2 untuk tido ,aku berbungkus dalam sleeping bag…mr khai plak lebih malang lagi, dia terjatuh ke dalam sungai pada hari pertama…sekali dengan bag …habis semua basah..so terpaksa pinjam baju kenkawan, …lagi menyedihkan tgk dia baring atas lantai khemah yang basah…dia plak x bawak sleeping matt, dia mengeluh…aku x sampai ati tgk..mana leh tido kalau kawan dalam kesusahan..aku bukannya baik, tapi tengok dia camtu rasa x sampai ati plak…so aku pun bangun dan aku kerat dua sleeping matt yang aku bawak tu…lawak pun ada time ni…sambil2 tu mulut aku dok sembang kemas la..”mana hang nak carik kawan yang bagus mcm aku ni” aku cakap kat dia sambil gelak..dia pun gelak sama…so sama2 adil…nah, amek sorang sekerat..x penah di buat orang hehehe at least badan x basah…aku layan borak dengan dia…memang x rasa ngantuk langsung time ni…jeles lak rasa dengar abg din dan meon dari tadi dah pasang turbo (berdengkur) kuat2…
pic 2, diambil di tempat yang sama kurang seminit dari pic 1..aku pun xtau pa benda putih2 tu..mungkin mambang putih, ataupun asap rokok..tah la..
Terlintas macam dalam kepala time ni…tengok jam dah kul 1 am lebih…camna ni x ngantuk lg ni…mr khai pun dah senyap..dah lena kot dia…camna ni esok pagi ni…teruk la esok klu x tido malam ni…mata tetap juga x mengantuk…bermacam2 imej hadir dalam kepala time ni…imej kawan2 …imej apa tah lagi yang aku x ingat…aku antara sedar dengan x sedar ja time ni,…pelik rasa..tapi 1 ja yang aku tau..aku memang x sukakan keadaan camni…macam2 benda mai…termasuk imej2 yang pelik2 dan muka2 yang aku x kenal…dan penamatnya aku rasa aku betul2 terperangkap…aku x pasti yang last skali apa benda yang aku nampak…tapi ia betul2 mengerikan, aku betul2 takut waktu tu….nasib baik la mr khai cepat kejutkan aku…dia perasan yang aku dok meracau time tu…abg din kat khemah sebelah pun terjaga..terdengar suara dia bertanya..aku x tau nak jawab camna...Cuma aku mengucap panjang…memang pelik, bukan x penah mimpi hantu sebelum ni…tapi kali ni memang cukup len macam rasanya…bila alami benda2 camni di tengah2 hutan belantara memang something yang aku sangat x gemar…aku plak kat tempat dia…in his own backyard orang putih kata…x penah aku kena sakat sebelum2 ni…dah 5 gunung aku daki..kali ni aku kena …ada benda yang ikut aku dari kem seroja ka?
Mr khai ada story kat aku kemarin, masa mula2 tiba di kem seroja ..(aduh meremang bulu roma nak citer ni…kul 1.51 am now ni.. dok karang sorang2 ni, hope hantu tu x tegur yang penulisan aku x cukup bagus ke dah la time ni hahahha) …semasa dia menghampiri ke kem seroja…dia jalan sorang..aku pun mula2 jalan sorang2 area ni..tapi aku rasa len macam ja..sebab tu aku tunggu meon sampai..jalan sama ngan dia…rasa len macam skit area ni…tiba2 aku rasa takut bila masuk area ni….kawasan berlembah, aku masih ingat ada 2 laluan air kene cross..kat sini la dia terserempak dengan 2 orang..sepasang , laki dan pompuan, dia ingat kawan2 kami..sebab dari jauh memang x jelas muka makhluk ni…tapi cara berpakaian dia memang x mcm orang daki gunung…dua2 dok perati (pandang) dia…bila mr khai dah dekat dua makhluk ni tiba hilang dari pandangan….aduhhh x tau la perasaan dia camna time tu…klu aku la..ishh2 … patut muka mr khai lain macam saja time dia mula2 sampai kat kem seroja…org 1st dia story kat aku …tapi aku x amek kisah sgt waktu tu..aku kata dia berhalunisasi…bila badan penat kita kadang2 nampak macam2 …maklumlah aku orang sains , bukan aku x percaya benda2 ni…aku aku jarang pikir benda2 camni…hanya mengganggu keseronokan…tapi bila aku sendiri kena sakat mlm tu aku mula percaya…
Menerusi percakapan dengan geng gudie pada keesokan malamnya (ahad malam) pasal dorang tanya aku apa yang jadi kat aku malam kemarin tu…dorang ada tanya aku ada p dak ke kawasan dekat dengan jamban usang tu…aku kata ada la..siap aku “doing bisness” lagi. Baru la dorang bagtau kawasan berhampiran dengan jamban usang tu memang keras…dorang cakap yang dorang sendiri pun x berani p area2 tu…dah banyak kejadian yang berlaku kat pendaki2 sebelum ni bila dorang p area tu… amir (guide) plak p tambah kadang2 makhluk tu akan ikut balik orang yang p area tu….aduhhhhh bila dengar ayat tu memang rasa macam ada batang balak hantam atas belakang aku…ngeri pun ada, marah pun ada…dalam hati “awat la hangpa x bagitau awal2 pasal area tu” kan aku dah kena…mana aku tau kawasan yang lapang2…agak bersih..tu tanda kawasan makhluk bunian ka, kawasan hantu bukit ka, kawasan makhluk halus ka, aku plak xska nak amek tau hal2 camni..aku xtau ilmu utan, ilmu kimia aku tau la..belajar sampai degree hehe kalau kena kat atas gunung saja x pa la…kalau benda tu ikut aku balik kedah camna?? Benda ni la kadang2 masih menghantui aku sampai sekarang (bila time nak tido hehehe )
Aku x cerita kat sapa2 benda ni..hanya borak dengan mr khai n abg din, malas nak kepoh2..takut sat lagi menganggu konsentrasi kawan2 lain, misi kita menawan puncak korbu, bukan p jumpak hantu, aku pendam saja kisah tu…tapi now xpa la..masing2 dah selamat pulang…buleh la aku cerita, nak percaya ke x tu terpulang la…aku bih suka orang x percaya…sebab aku sendiri jarang percaya kalau ada orang cerita benda2 camni…bukan setakat x percaya..aku suka buat lawak lagi ada la..kang dah kena atas batang idung sendiri…padan muka aku…
Aku jugak sempat berborak dengan amri (porter) dalam facebook 2 ari lepas tamat trip, dia tanya aku apa sebenarnya terjadi pada malam tu…aku cerita kat dia in details…tapi aku kata aku ni x la percaya sangat benda2 camni…aku x pikirkan sangat bende ghaib ni dan x minat nak layan cerita2 camni dan malas nak amek hal camni..dia gelak, dia kata ni la 1st time dia dengar orang melayu bagi statement tu….dia kata area dekat2 nak sampai kem seroja (tempat mr khai jumpak 2 makhluk misteri) tu memang dia x selesa..dan area kat jamban usang tu…dia jugak kata dia memang x suka dok lama2 kat kem seroja tu…mengerikan dia kata…
End of Part 4
# Tunggu episode 5 bertajuk Judgment Day, kisah pendakian yang paling sukar ke puncak, kisah terserempak dengan kumpulan gajah, kisah pemandangan yang luar biasa dan penentuan pertarungan terakhir antara aku , mr khai dan abg din!
eee seram gak apa yg terjd kt u and mr khai tu.. harap2 it wont demotivate both of u tuk truskan pendakian seterusnya.. kiranya ada lg la.. sure ada kan??
BalasPadamnot at all...as long we have time and afford ..this is the way we enjoy this life..to be near to the nature and to challenge ourselves to the limit ..
BalasPadam