Isnin, 12 Julai 2010

The Mighty Korbu - Laugh and Tears (2183m) Part 5



Episode 5: Judgment Day


“From afar we can see an army of enemy awaits…but when we arrived, we realized that the only foes there was ourselves……”

Petikan daripada pendaki terawal yang menawan puncak K2


Petikan kata-kata daripada antara pendaki yang terawal (namanya aku dah lupa) yang menawan puncak K2, puncak yang menjadi igauan dan idaman bagi semua pendaki propesional…pendakian yang lebih sukar daripada Everest. Beliau menggambarkan musuh sebenar dalam mencapai misinya menawan K2 bukanlah gunung itu sendiri…tetapi musuh sebenar yang perlu dikalahkan ialah dirinya sendiri…….


Day 4 : Ahad

5.00 am


“Oii bangun smua!” aku terjaga bila terdengar suara laungan ..dari sapa x pasti, tapi mesti dari guide..bila aku tengok jam, tepat pukul 5am…nasib la laungan suruh bangun, kalau laungan “warghhh makan perut!!” tu mesti dari mambang bukit yang menyakat aku tadi hehe dengan berat ati aku bangun jugak…agak kepenatan..sebab tido x cukup..tah kul berapa aku lelap balik malam tadi…sukar nak ilangkan ingatan tentang peristiwa tu…masih terasa kengeriannya…tapi aku dan rakan2 ada misi yang lebih penting hari ni…misi menawan puncak korbu yang menjadi igaun aku selama ni…x da apa yang boleh menghalang aku daripada menjayakan misi aku kali ni, melainkan diri aku sendiri..so ari ni lawanku yang sebenar bukannya mambang bukit..kalau dia menjelma didepanku..aku xkan lawan..aku akan lari hehe..tetapi lawanku yang sebenar ialah diriku sendiri…

Cuaca sangat sejuk ketika ni…aku melangkah seorang diri ke sungai…rasa mengantuk yang teramat sangat…rasa kurang bermaya..adehh camna nak fight dengan abg din dan mr khai ni….badan rasa x sedap saja….seperti biasa, berus gigi ku bawa..dan towel yang basah…nak mandi rasanya xdaya nak menahan kesejukan kali ni…celup tangan dalam air pun rasa kebas tangan…last2 aku hanya basuh muka dan berus gigi…aku balik semula ke khemah…menyambar uniform mendaki aku..kali ni xda yang kering…smua basah…mr khai, abg din, moen dan rakan2 lain pun dah bangun…aku dah lengkap berpakaian…seterusnya? Seterusnya aku ke dapur la…makan adalah agenda terpenting sekarang…bihun goreng yang telah digoreng malam tadi…sejuk, tapi sedapnya sama saja dengan yang panas..mr khai dah siap solat subuh..solat subuh pa tah pukul 5.15 am …mana masuk waktu lagi..”atas gunung waktu masuk awal” tu jawapannya kepada soalan aku…aku gelak …dia sengih2 saja..

Dalam dok tunggu kawan dok siap2 agak lama jugak…dah pukul 6 am lebih, aku kembali ke sungai, amek wuduq dah solat subuh…hanya muka aku lapik dengan sleeping mat, kaki hanya beralaskan daun pokok paku..dah sleeping mat aku dah kerat dua…klu x kerat dua leh cover semua…xpa lah..adat atas gunung, everything must be simple but functional..


inilah wajah2 rival aku ...6.40 am time ni


Masing-masing sudah bersedia untuk memulakan hari yang paling penting dalam trip ni…lampu headlamp masing2 sudah siap terpasang di kepala…suasana masih gelap gelita waktu ni…kami memulakan pendakian tepat pukul 6.40 am. Aku dok di depan bersama abg din dan mr khai serta meon..diikuti rapat oleh ayu dan fit serta rakan2 lain….hari ni adalah hari perhitungan …hari pertarungan sebenar..2 hari yang lepas hanya lah warm-up saja, hari aku xkan bagi chance kat abg din..dah 2 hari dia bermaharaja lela…menampakkan kesungguhannya nak rampas gelaran raja gunung …but today no more play2..(tu pun klu aku x flat awal la hehe) mr khai pun kelihatan sangat bersemangat..berbeza sekali dengan 2 hari lepas…dia seolah2 orang lain hari ni…sesuai la dengan gelarannya ‘master of the game’ so ari ni aku akan berentap dengan Din Rambo (panggilan baru abg din di korbu ni hehe) dan ‘master of the game’, meon pula walau x menyatakan secara terbuka tetapi dia juga berazam untuk membuktikan sesuatu…berazam untuk menewaskan geng2 otai…’geng2 ada kelas’ abg din kata..(kami gelak bagai nak pecah perut semasa perjalanan ke mari bila abg din menyatakan dia,aku dan mr khai ialah ‘geng2 ada kelas’ kepada meon) so pertarungan sekarang adalah 4 penjuru..its Judgement Day …


keadaan masih lagi gelap..abg din ceria sekali, kenapa ek?


keadaan trek gelap gelita…tanpa bantuan lampu agak mustahil nak melangkah…permulaan trek sudah mendaki…so cuaca yang sejuk tadi hanya sementara..daki 5 minit..badan sudah berpeluh…sudah x sejuk..pendakian kami di lead oleh Lah, abg din, khai , aku , meon dan rakan2 lain…mulut aku dan mr khai sentiasa bising waktu ni…menceriakan suasana..buat lawak dan sendiri yang gelak…rakan2 lain x begitu bersuara…mungkin mahu menyimpan tenaga…abg din pun x begitu teruja menyambut lawak2 kami…tapi x la lama…bila pendakian seolah2 tiada penghujung..aku pun x berapa nak bising2..cakap pun waktu ni rasa penat…jadi aku hanya meneruskan pendakian dengan moderate, tidak terlalu memaksa..

Suasana kian cerah, trek sudah mula jelas kelihatan…Lah mengarahkan kami stop sekali sekala untuk regroup balik…kemudian pendakian diteruskan…semasa pendakian ni kelihatan puncak gunung ayam di sebelah kanan yang tersergam gagah…sekali sekala Lah bercerita tentang pengalamannya dan keadaan di sekitar trek pendakian kami….


pendakian bertambah sukar


Hampir 1 jam pendakian, kumpulan mula berpecah…abg din sentiasa mengekori rapat di belakang Lah, aku di tempat ke dua…agak tertingal jauh di belakang…kadang2 kelibat depa hilang dari pandangan..ermm penat jugak..abg din ni jenis x reti nak penat ka…mr khai x jauh di belakang aku…begitu juga dengan meon, ayu dan fit…yang lain2 tah ilang ke mana tah di belakang nun… aku gagahkan langkah..kuatkan semangat untuk kejar abg din dan Lah di depan…berjaya juga menangkap kelibat mereka…akhirnya selepas pendakian yang memenatkan selama 1 ½ jam, kami akhirnya sampai ke last water point…disinilah water point terakhir untuk menuju ke puncak…aku mengambil kesempatan untuk topup botol2 minuman serta water bag 3 liter …selepas ini tiada lagi punca air…bagi para pendaki yang hendak bermalam di puncak mesti membawa 3-4 liter air seorang ke puncak untuk minum serta memasak..bukan untuk mandi ataupun istinjak ..nak istinjak pandai2 guna daun kayu ke hehehe meon sempat lagi ‘doing business’ kat sini…makan apa tah mamat ni,..orang len xdak pa pun…


last waterpoint..mr khai, abg din n jeff sedang mengisi bekalan air terakhir


Keadaan hutan sekeliling sudah berubah…cuaca agak sejuk…terdapat tumbuhan berlumut…suasana cantik sekali…ini menandakan kami berada pada paras yang agak tinggi… altimeter pada jam protrek aku mencatatkan bacaan 1450 m, suhu pada 21 c. agak lama berehat di sini…sambil menantikan rakan2 lain sampai…sempat lagi kami bergambar dan senyum walaupun sangat penat sebenarnya…1 jam lebih rehat di sini…


aras ketinggian di last waterpoint, 1420 m


suhu kira-kira 21'C


Akhirnya Lah memberi isyarat untuk meneruskan perjalanan…perjalanan seterusnya ialah ke puncak bukit botak…kami menyambung perjalanan pada pukul 9.45 am..Lah lead, abg din rapat di belakangnya, aku, mr khai, meon, ayu dan fit…yang lain2 masih mahu berehat…trek masih dalam mode mendaki…walaupun tidaklah securam tadi…tapi pendakian hari ni adalah non-stop, sangat memberi kesan kepada kaki dan mental….hampir 15 minit berlalu, Lah agak laju ke depan…abg din mengekori rapat dan aku dibelakangnya…tiada tanda2 penat lagi mamat ni…mr khai dan lain2 agak ketinggalan..tup2 aku tengok abg din dah berada di hadapan Lah…”aiiiii dia dah mulakan taktik jahat dia ni “ bisikku dalam hati…xpa2 hehe masih jauh lagi…sekali sekala dia stop…Lah jugak stop di belakangnya..begitu juga aku…”aiii dah penat ke abg Rambo kita ni” bisikku dalam hati…tapi bisikan aku kali ni lebih riang ….hehehe…beberapa kali dia berhenti…tapi aku malas nak potong, trek agak sempit..muat2 untuk sorang ja,lagipun aku segan kat Lah..nanti dia kata kami ni macam budak2 plak..lawan aci ligan…tapi memang kami budak2 pun time ni..aku 13 tahun, abg din plak 10 tahun hehe memang kami sebenarnya sedang berlawan aci ligan… lawan sapa tawan puncak dulu….muka abg din dah mula berubah waktu ni,..aku tau dia dah mula penat…saat inilah yang aku dok tunggu selama 3 hari..hehe..tapi aku masih follow dia agak rapat… aku x gopoh..x perlu..aku dah sabar selama 2 hari..xkan 20 minit pun xleh sabar..belum masanya lagi…sehinggalah sampai pada satu tempat…tebing agak tinggi…abg din termengah2 nak panjat tebing tu.. “its time to play the game” kataku dalam hati…aku segera member isyarat kat Lah..isyarat untuk memotong double line …aku terpaksa off track kali ni, meragaih (memanjat) ikut akar pokok..abg din tergamam…mungkin x menyangka tindakan aku time tu..nampak dia tergesa-gesa memanjat tebing, tapi aku dah kat depan dah…aku dah pintas abg din Rambo …aku hanya memberi satu senyuman kat dia…senyuman jahat …senyuman yang aku simpan selama 2 hari…senyuman tu la yang dia berikan kat aku selama 2 hari ni sebaik saja aku sampai agak lewat di kem seroja dan kem kijang…


mr khai kelihatan penat..tetapi tidak sekali2 mengalah


Tanpa berlengah aku teruskan pendakian…agak laju juga aku berjalan…sengaja aku nak menjarakkan diri dengan abg din..menjarakkan diri hingga hilang dari pandangan….ini taktik psyco..taktik melemahkan mental lawan..dan taktik ni la yang abg din suka guna bila berentap dengan aku dan mr khai…aku hanya pinjam taktik dia saja hehe ngan mare abg din…kita sentiasa akan menjadi kawan…tapi time2 ni sapa2 pun antara kita 3 orang ni akan guna segala taktik termasuk taktik jahat hehe aku bergerak solo sekarang…sambil menikmati keindahan di sekeliling…suasana agak berkabus..pemandangan agak terhalang…terdengar kicauan burung…ada burung ekk di aras dekat2 2000 m ni…sempat aku snap gambar pemandangan…sambil menikmati suara alam yang mendamaikan..aku senyum sorang2 time ni…inilah terapi sebenar…terapi jiwa….selepas hampir 1 jam aku berjalan akhirnya aku sampai di puncak bukit botak..


mr khai n abg din yang tgh berehat


view horizontal dari trek pendakian


“Wowwww!!!” itu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila tiba di puncak bukit botak…kelihatan amri porter sedang santai bersandar dengan beg yang besar..dia shoot awal lagi daripada kami pagi tadi…Lah dan abg din sampai x lama lepas tu…dia senyum2 saja tengok aku..aku senyum lagi lebar hehe …kami lupakan dulu pertarungan yang belum selesai..masih jauh…apa2 saja boleh berlaku….kami sekarang dihidangkan dengan satu panorama yang sangat2 mengujakan …cantik sungguh….kawasan puncak bukit botak yang lapang …menyediakan pemandangan 360 darjah…waktu ni tiada kabus …hanya awan…tapi awan berada di bawah daripada puncak botak…kami betul2 berdiri di atas awan…aku lupa seketika penat mendaki tadi…dari puncak bukit botak jelas jelihatan puncak korbu yang tersergam gagah..perasaan teruja kian membara…akan ku tawan puncak itu…dari puncak bukit botak juga jelas kelihatan puncak gunung Gayong…juga puncak gunung Brincang…kelihatan sayup2 menara telemunikasi di kawasan Brincang…juga samar2 kelihatan highway Simpang Pulai ke Cameron Highland..


puncak Chuban (depan sekali), Korbu raya (tengah), Korbu (belakang)

keindahan yang tiada tandingan

aras di puncak bukit botak, 1740 m


Rakan2 lain mula sampai…masing2 menunjukkan wajah riang sebaik saja dihidangkan dengan pemandangan yang begitu hebat…kami x lepaskan peluang untuk snap gambar…inilah bukti yang kami telah berada di Korbo…kenangan dan modal nak sembang kemas dengan anak cucu kami nanti…masing2 pakat kereyih (senyum yg over) sampai ke telinga ..segala penat dan lelah bagaikan terubat ketika ni …Cuma abg din ja dok merungut lapar waktu ni…”lapaq sungguh” dia kata…aku hanya gelak saja…aku rasa dia punya lapaq tu memang menjejaskan rentak dia hari ni…aku masih ok…masih bertenaga…masih galak…kalau diajak shoot ke puncak time tu pun aku sanggup…mungkin keterujaan itu yang memberi aku kekuatan (abg din kata aku gunakan steroid hehehe) ..lama jugak kami berehat di bukit botak..walaupun dinamakan bukit botak tetapi aras di sini adalah 1750 m..kalau keadaan hujan para pendaki tidak digalakkan berada di sini kerana kawasan puncak botak ni antara kawasan yang selalu menerima panahan petir.


Team Lubok...sentiasa cemerlang...


Perjalanan diteruskan walau x semua lagi yang sampai..sebab dah terlalu lama berehat..boring jugak dan buang masa…aku lead the group kali ni dari kalangan peserta..seperti biasa Lah yang akan membuka laluan. Diikuti oleh abg din, mr khai, zomba, ayu dan fit..nampaknya kami berlima kekal sebagai 1 group sejak awal2 pendakian tadi…dari riak wajah abg din, keterujaannya agak berkurang…mungkin letih + lapar , aku simpati dengannya dan pada masa yang sama aku suka jugak dia penat…tp perasaan suka tu melebihi simpati hehehe kelihatan di hadapan kami tersergam gagah puncak-puncak..ada 3 puncak kesemuanya..puncak korbu agak samar2 dan hampir terlindung…so 1 is done, 3 to go…..kami sekarang menuju ke puncak Choban…selepas puncak botak..kami turun plak…maknanya..bila turun ni maknanya ada multiple climb pada aras yang sama sebelum ke aras yang lebih tinggi lagi…menurut Lah, trek ke Chuban adalah yang paling tough sekali dalam semua trek dalam cabaran korbu…ayat dia tu sedikit sebanyak menggetarkan mental kami…macam ada kupu-kupu dalam perut (butterfly in the stomach) ..tapi bagi meon sure x rasa ni..sebab dia dah ‘doing bisness’ masa kat last waterpoint tadi..dah abis semua isi perut dibuangnya..sekali2 dengan kupu2 pun jalannn …tapi aku agak excited ..memang rasa gerun dengan statement Lah tu..tapi keazaman nak hadapi cabaran ke Chuban tu mengatasi segala-galanya… aku rasa aku dah berjaya conquer fear aku…aku memang sangat risau dengan trip kali ni bila buat research pasal gng ni 2-3 hari sebelum trip bermula…bila kita boleh mengawal ketakutan dalam diri..secara sendirinya ketakutan itu akan bertukar menjadi kekuatan dan kegilaan yang munasabah…


trek pendakian berbatu


Apa yang dikatakan Lah tadi ada kebenarannya…pendakian memang sukar..treknya memang pacak..ditambah pulak dengan keadaan cuaca yang kerap hujan, trek ke Chuban sebenarnya dah hancur..akibat terlalu kerap digunakan …mendaki ditreknya semacam dok berjalan di dalam bendang (sawah padi) yang baru lepas di bajak..selut hitam paras buku lali..kadang2 terpaksa berpaut pada pokok kerana paras selut terlalu dalam…betul2 melambatkan pendakian…aku berusaha jugak meligan (mengejar) Lah ..tiada riak penat di mukanya…dia kadang2 stop bila tengok aku agak ketinggalan..abg din dan lain2 agak jauh di belakang…dah x nampak kelibat mereka…aku terpaksa jugak 4x4 kali ni (4x4 ialah istilah pendakian yang menggambarkan pendakian yang menggukan kaki dan tangan ) ini disebabkan kekuatan kaki yang makin lemah dan jugak trek yang pacak..maka bantuan tangan sangat diperlukan…seperti merangkak…kalau orang yang x faham tgk 4x4 ni sure akan tergelak punya..kerana bila terlalu penat..trek yang tidak curam pun merangkak gak..memang nampak lawak..sebab macam monyet pun ada..monyet pun xpa..janji misi berjaya…kerana pada peringkat paling teruk ialah apabila lutut terketar2..jantung bagaikan nak pecah…maka waktu ni dunia seakan2 kelam ( rasa nak pitam )penderitaan waktu ni sukarla nak digambarkan…nak berkata-kata pun satu benda yang sangat sukar….aku masih lagi belum sampai tahap ni…waktu ni aku hanya pikirkan tentang diri sendiri saja…nak tawan puncak Korbu..ayat tu sentiasa berlegar2 dalam kepala aku…


abg din terpaksa berpaut pada pokok..lumpur aras lutut di kawasan ni


Trek pendakian berterusan pacak…aku maintain dengan rentakku..x terlalu cepat, x terlalu slow…hinggalah aku rasa ada tanda-tanda yang aku takut dan cuba elakkan..iaitu pancit (flat) ..kalau flat abis la..sure abg din dan lain2 potong aku…ini mesti dielakkan…last sekali aku terpaksa juga menggunakan secret weapon aku…secret weapon yang aku dok simpan selama 2 hari..”inilah masanya” bisikku dalam hati …secret weapon akan yang mencetuskan bantahan abg din dan meon…”rekod hang x valid, kena tarik balik gelaran raja gunung” tu ayat dorang bila aku bagitau aku guna tu…aku mengeluarkannya dari poket seluar…kelihatan hampir lasam bungkusannya..kerana terkena peluh dan hujan barangkali …. Its Power Bar!! hehe benda ni lah yang mencetuskan kontrevesi antara aku dengan abg din dan meon…benda ni lah yang dia katakan steroid …Power Bar instance energy chocolate je sebenarnya…padahal aku beli waktu aku kuar sama2 ngan dorang dulu…tah la disebabkan benda ni ke or hanya psykologi saja…tapi memang ada perbezaannya …tapi x banyak la…nak banyak kena guna steroid yang betul2 la…x masuk akal la plak amek steroid kerana semata-mata nak nek gunung…


orkid liar..sangat cantik


Trek kembali flat..lega skit…aku berjalan agak pantas ..tapi Lah lagi pantas, tapi tidaklah jauh di belakangnya…tiba2 dia stop..dia bagi isyarat kat aku suruh stop…aku ikut arahannya tanpa banyak soal..tapi riak mukanya berubah…”ada sarang penyegat lagi ka di hadapan?”soalku dalam hati..kerana terdapat beberapa sarang penyegat di sepanjang trek ni sampai terpaksa ikut laluan alternative..aku kembali tumpukan perhatian kepada Lah yang tetap diamkan diri..sambil2 tu dia dengan tajam perati (pandang) di bawah gaung sana..dia berkata sesuatu , perlahan…aku tanya dia kembali…dia ulangi perkataan tadi… “fumakila!” ….”huh fumakila!” tersentap rasa….( ‘fumakila’ ialah panggilan gantian bagi menggantikan perkataan gajah..begitu jugak ‘maybank’ adalah panggilan gentian bagi harimau..kerana panggilan nama sebenar binatang2 ni adalah satu pantang jika berada dalam hutan belantara…kerana jika nama2 sebenar disebut..ia seolah2 menyeru binatang2 tersebut datang kat kita…agak berhantu sebenarnya…tiada penjelasan khusus..tapi mulut kena jaga dalam hutan…) ..Lah mengarahkan aku suruh geng belakang stop....terdengar suara2 abg din dan rakan2 lain yang mula dekat..nampak saja kelibat abg din aku memberi isyarat kat dia suruh dia stop dan senyap…dia terkejut…”fumakila!” kataku ..perlahan tapi agak jelas…dia terus mengarahkan rakan2 di belakang stop dan senyap….apabila keadaan senyap aku mendekati Lah…dia menunjukkan kat aku sesuatu di bawah lereng sana..terdengar pokok2 kayu dipatahkan..seperti di patah2kan…aku x nampak secara fizikal gajah tu…tapi aku memang nampak pokok2 semak bergoyang…memang sah gajah…kalau binatang lain xkan mampu mematahkan anak2 pokok …aku tanya Lah ..”camna Lah?” dia kata “tunggu jap…kita xtau dia nak naik atau nak turun, kalau turun xpa..kalau naik abislaa…” penamat ayat Lah menambah risau di hati ku…kalau gajah tu menghala naik ke matang (trek kini mengikuti matang ) sure akan berlaku pertembungan antara gajah dan manusia ..ibarat “David and Goliath” ..maka akan berterbangan la manusia di punggai @ di hawing (kedua-duanya bermaksud di campak) oleh si gajah tapi..sesetengahnya terlepas ke dalam gaung, setengahnya akan tersangkut di pokok dan sesetengah lagi akan sampai terus ke puncak Korbu (geng ni la yang paling untung..hehe..)


hanya mental yang kuat sahaja boleh mengatasi kepenatan melampau


Agak lama kami tunggu…keadaan kembali sunyi sepi..Lah mengambil keputusan agar kami meneruskan perjalanan..its biggest gamble in life…kalau gajah tu ada di depan nanti mampuih la aku…dulu di Bubu xpa skit..pasal kumpulan babi..aku plak dok group tengah…tapi kali ni bukan babi..tapi gajah..aku plak dok depan…klu la kumpulan gajah tu dok tunggu di depan tatau la..maybe x cukup tanah aku lari..aku yakin aku akan lari lagi laju dari Lah..sebab aku lagi takut..hehehe tapi syukur Alhamdulillah…semuanya selamat..bila Goliath ikut jalan lain.maka selamat la si David2 tadi..kami meneruskan perjalanan dengan aman…kami x menceritakan kejadian ni kat kawan2 lain…aku percaya ada yang masih xtau yang kami begitu hampir terserempak dengan kumpulan gajah masa pendakian ke Chuban.


pendakian yang hampir 90 darjah memerlukan kekuatan tangan bagi membantu pendakian, kelihatan abg din (model x berbayar)


Laluan kembali pacak…hinggalah ke kawasan yang perlu menggunakan tali…ada dua tempat…tempat pertama tidak lah terlalu tinggi, tapi yang tempat yang ke dua memang betul2 menguji kekuatan, ketabahan dan keberanian..kekuatan kerana pendakian yang tinggi..bih kurang 30 kaki…dekat2 bangunan 3 tingkat gak , memerlukan kekuatan tangan untuk memanjat tali..kerana kat sini adalah 90 darjah…ketabahan kerana pada peringkat ni kesemua pendaki sudah di peringkat hampir flat…tenaga pun dah tinggal x banyak…sisa2 ja…so kalau mental x kuat mesti akan menangis dan x sanggup nak panjat nyer (sapa tah yang nangis ari tu? Hehe tapi tahniah dia berjaya jugak..) dan keberanian kerana tempat ni sangat bahaya…kerana tiada safety hardnest di sini…just tali yang usang dan macam nak reput, mau xmau kena percaya jugak kat tali tu…kalau x percaya sure xleh panjat….kalau putus pun kena percaya gak..percaya kata tali memang dah reput hehe kalau tali putus atau terlepas sure akan landing pada aras 1200 – 1300 m dari aras 1900 m…tahla apa yang tinggal…sebab tempat muka nak panjat tu memang xdak apa2 halangan…hanya sedikit semak..lepas pada semak tu adalah gaung yang tah di mana akhirnya..aku pun x perati lama2 ..gayat…bab gayat ni usah di cerita la..bila pendakian di peringkat ni..kalau tengok secara belakang (horizontal) akan nampak putih saja…hanya awan saja kelihatan..hoho tiba2 timbul rasa kegerunan yang amat sangat di hati…kalau pakai paracute sure leh buat free fall…




pendakian terpaksa menggunakan tali yang sangat bahaya..tiada harness, hanya tali usang dan sedikit keberanian

lihatlah gaung di belakang sana...


Aku akhirnya tiba di puncak Chuban…seorang diri…kerana Lah time ni still assist kawan2 len untuk melepasi cabaran pendakian bertali tu….aku meninjau keadaan sekeling….its 360 view…its superb view..superb feeling…this is what im looking for so long….puncak Chuban dan bukit botak dah ditawan..2 done 2 to go…keadaan aku sekarang masih ok…walaupun penat, aku sentiasa rasa ceria, rasa segar….abg din dan mr khai sampai x lama selepas tu…kami menghabiskan masa dengan berborak…pakat2 mungusik masing2 (mengutuk sebenarnya) ..diselang-seli dengan gelak ketawa…sempat berbincang mengapakah puncak ni dipanggil Chuban…kami rasa perkataan Chuban itu asalnya daripada perkataan ‘cobaan’ dari cerita Pendekar Bujang Lapok .. sebab banyak betul cobaan semasa mendaki ke Chuban tadi… sambil2 menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan..speechless…masing2 hanya tersenyum sendiri…abg din lagi over…kereyih sampai ke telinga hehe …puncak bukit botak jelas kelihatan dari puncak Chuban…di bawah kami….kelihatan ada pendaki (dari group kami) berada di bukit botak…lantas kami menjerit kepada mereka sambil melambai tangan..dorang melambai dan menjerit balas..best sungguh rasa time ni..memang x cam , nampak pun kecik2 ja..tapi perkara ni tidak pernah berlaku di tempat lain…


mr khai,lelaki berhati waja..abg din di belakangnya memiliki kereta Waja


aras pada puncak Chuban


Apabila Lah sampai kami meneruskan perjalanan…aku bergerak rapat di belakangnya …agak pantas..dibelakangku adalah abg din dan mr khai….misi seterusnya ialah untuk menawan puncak Korbu Raya..kadang2 di panggil sebagai Anak Korbu…tidak terlalu tough menurut Lah…perjalanan sekarang melalui kawasan matang…pokok2 di sekeliling pada paras bahu…so memang nampak keadaan sekeling..aku seolah-olah berada di kawasan taman …”cantik sungguh” bisikku…aku betul2 enjoy saat ni….kabus yang menutupi puncak Korbu Raya dan Korbu hilang ditiup angin…tersergam gagah kedua puncak tu di hadapan… “mak aiiii!!! Jauh lagi ka korbu raya????” tiba2 ayat tu terpacul keluar dari mulutku…agak spontan….dan kuat juga aku berkata...kelihatan sangat jauh lagi…”weiii…hang jangan psycooo!!!” jerit abg din…dia agak x selesa (dia marah sebenarnya)…rupanya ayat ku tadi menganggu konsentrasinya…tapi aku x tujukan kepadanya..aku tujukan kepada aku sendiri…jika ia secara kebetulan melemahkan mentalnya ..itu sebenarnya agak bagus hehe….dari Chuban ..trek agak menurun sedikit sebelum mendaki semula….walaupun tidak sehebat pendakian ke Chuban tadi..tapi dah nama mendaki ni memang sangat memenatkan…aku kembali meninggalkan abg din dan mr khai….aku terus melangkah pantas walaupun selepas 10-15 langkah aku stop sat 2-3 saat sebelum menyambung semula pendakian…


aku di puncak Chuban



Di puncak Chuban..dua sahabat sejati..bagai x boleh dipisahkan :)


Aku sampai ke puncak Korbu Raya….aras sekarang sudah melebihi paras 2000 m, perhatianku beralih kepada puncak Korbu yang tersergam gagah di hadapan… fokusku beralih kepada puncak Korbu kini….misiku jelas…menawan puncak tu…sambil mataku mendongak tajam ke puncak Korbu… aku x rehat lama di puncak Korbu Raya..Lah dan aku meneruskan pendakian…the final shoot out..pertarungan ku belum selesai….aku lebih bersemangat kini….walaupun agak kepenatan, aku masih lagi mengekalkan rentak pendakian…sudah ada riak riang diwajahku…”dah dekat”bisikku ..memberi semangat kepada diri sendiri..pada waktu2 macam ni kata2 seperti tu sedikit sebanyak memberi sedikit kekuatan dan semangat…di sepanjang perjalanan ke puncak Korbu ni aku banyak berborak dengan Lah…guide yang bertubuh kecil..agak kurus..menggalas beg yang besar…tetapi tidak penah menunjukkan riak penat…jauh lebih muda dari ku..beza umur hampir 10 tahun..tapi menunjukkan kematangan dan tanggungjawab yang tinggi…tajuk kami hanya berkisar tentang gunung…masing bertukar pendapat tentang kegilaan mendaki ni…dia menceritakan trip2 dia yang lain..sejarah bagaimana dia mula-mula menceburi hobi mendaki gunung ni hinggalah menjadi guide…tingkatan 5 sudah menjadi guide di Gunung Stong! (aku dah tawan gunung ni). Aku pula menceritakan pengalaman mendaki gunung2 yang lain dan bandingan antara cabaran2 yang dihadapi, tetapi Korbu yang paling perit sekali..


view puncak Chuban daripada puncak Korbu Raya, kelihatan pendaki dari group kami di sana (titik putih)


aku dan Lah..

Puncak Korbu..my final shoot out...


Aku berjaya menakluk puncak Korbu pada pukul 12.20 pm….kira-kira 6 ½ jam mendaki dari kem Kijang..satu tempoh yang bagi aku adalah pantas jika dibandingkan dengan benchmark yang di buat menerusi research aku di laman2 blog pendaki2 terdahulu…sekali lagi aku mengulangi kejayaan di Bubu hari tu…menjadi pendaki pertama sampai ke summit….aku tersenyum puas bila menjejakkan kaki ke Korbu summit….Lah mengucapkan tahniah kepada ku…of coz dia sampai dulu…tapi geng2 guide ni bukan manusia..dorang ni beruang (sebab kuat sangat!) ….sebenarnya tiada pemandangan yang menarik di puncak…pemandangan dihalang oleh rimbunan pokok2 yang memagari sekeliling puncak…keadaan sentiasa berkabus ….keadaan agak luas, seperti ada 3 bay yang dipagari oleh pokok2…sesuai untuk bercamping…Cuma tiada bekalan air..belakan air terpaksa di angkut dari last water point tadi…mr khai sampai x lama selepas tu…mr khai?? Di mana abg din?? Abg din Rambo mengikuti rapat mr khai di belakang…aku mengucapkan tahniah kepada dorang …terutamanya kepada mr khai..seorang lelaki yang tabah dan tidak mudah mengaku kalah..aku x pasti samaada aku mampu mendaki lagi jika umurku sama dengannya nanti…(untuk pengetahuan abg din ialah anak murid kepada mr khai semasa sekolah menengah dulu..) ,sekarang dah jadi kawan….mr khai ke -2 , abg din Rambo ke – 3 …that’s the verdict …aku tersenyum puas (senyum hampir ke telinga) semasa bersalam dengan abg din…”who laught last laught lauder” kataku dalam hati…mengingatkan riak muka abg din pada hari pertama dan kedua pendakian ( senyum dan gelak dia yang penuh riak) now I beat him…again! (ngan mare ekk abg din Rambo hehehe) Ayu yang pada hari pertama hampir putus asa dan mahu abort the trip orang ke -4 sampai, sepupunya Fit ke -5, dorang ni betul2 hebat…mana meon ? meon sampai x lama selepas tu…nampaknya belum sampai lagi hajatnya nak menewaskan si otai2 gunung (geng2 ada kelas! menurut abg din) ….


mr khai dan abg din baru tiba ke puncak


Summit benchmark...


Jeff yang terus rebah akibat terlalu penat..masih mampu tersenyum


aku bersama BJ, orang yang bertanggungjawab mengatur dan menjayakan setiap misi pendakian


Conversation with Jeff and abg Din


bersama rakan2 pendaki lain


rakan2 lain mula sampai selepas tu…dan yang terakhir sampai pada pukul 2.30 pm…syukur semua berjaya sampai ke puncak kali ni…terdapat trek ke puncak gunung Gayung…2 ½ jam pendakian dari puncak Korbu, pergi dan balik dalam 5 jam…sayang sekali, masa tidak mengizinkan…kecuali camp di puncak sempatla…kami banyak menghabiskan masa dengan mengambil gambar dan berborak2…masing2 menunjukkan riak gembira, rasa penat dan letih bagaikan hilang….segala keperitan dan kepayahan terbayar dengan tertawannya puncak Korbu..berbaloikah? sangat berbaloi…bagi aku pula, to beat my own fear is the ultimate satisfaction….



End of Part 5


Next episode; Episode 6: Mission Impossible , episode yang mengisahkan semangat setiakawan teruji …dan kisah kekecewaan Mr Khai!

6 ulasan:

  1. so xcited to read da nex episod

    BalasPadam
  2. tq..i ll post it as soon i finish writing it..quite bz with work nowadays huhu

    BalasPadam
  3. mmang mnyeronokkn lar explorace sir,....bla episod bru nk sampi????

    BalasPadam
  4. baca episod ni terasa cabaran dan kepenatan yg korang lalui..
    apa pon keep up good work mr pau!

    BalasPadam
  5. tq Dr Ros ...apa la sangat klu dibandingkan dengan cabaran keje u!

    BalasPadam