Sabtu, 17 Julai 2010

The Mighty Korbu - Laugh and Tears - Final Episode



Episode 7 – Long Way Down

Last Day – Monday

7.30 am


Aku terjaga bila terdengar suara kawan2 di luar …. Macam biasa, aku terus ke sungai…mandi bih kurang dan kembali ke khemah semula…so today is the last day …tapi kami masih berada pada aras 1000 m..masih perlu turun ke kaki gunung…still a tough job, kerana waktu ni masing2 bagai enjin 3 selinden ( enjin 4 silinder, tapi 1 dah out) ..aku masih jalan senget2 ..rehat 1 malam memang x mampu nak memulihkankan lutut yang injured …. Mungkin tendon or ligament apa tah (para Doktor tau la yang ni)..yang aku tau ialah sakit lutut memang menyeksakan… keletihan x terubat, maybe sebab tidor yang x sempurna…macam2 yang berlaku…kalau ada jual kit penghalau hantu sure aku beli banyak2.

Selepas bersarapan kami berkemas2 …dan clearkan sampah2 …sampah x boleh sekali2 ditinggalkan … bila smua dah ready, kami memulakan langkah …. geng2 guide masih berkemas2 …kami bergerak dulu..aku lead the team, bukan pasai aku kemaih (hebat), tapi pasai aku x okey time ni…kalau aku tergendala, dorang potong pun xpa..x la kena tinggal jauh sangat…so selamat tinggal kem kijang …


bersiap-siap untuk meninggalkan kem kijang (pic by din)


Kami berjalan mengikut trek yang kami lalu 2 hari lepas…turun dan naik …naik x pa, tapi bila turun memang sangat memeritkan… sakit lutut memang mempengaruhi rentak perjalanan…mr khai follow di belakang ku…diikuti rakan2 pendaki yang lain …abg din saja kot yang aku rasa yang lutut dia xda masalah .. yang len2 smua pakat menderita…smua geng 3 selinden , termasuk aku gak …time ni penurunan di bukit lagi penat memang memeritkan..bukan penat ..tapi sakit, sakit lutut ..hohoho bagus kalau ada jual set lutut, leh wat spare ….

Kami akhirnya sampai juga di kem seroja … di sini kami stop agak lama…ambil balik pakaian basah yang ditinggalkan pada 2 hari sebelum tu….rehat jap dan meneruskan perjalanan …aku berada di group tengah waktu ni…pergerakan agak perlahan ..nak shoot laju2 rasa x larat …x macam masa trip di gunung Bubu, masa turun leh siap lawan lari lagi dengan abg din …kadang2 bila ingat balik telatah kami berdua ni..macam budak2 kecik pun ada…dia la, aku kurang sikit hehe …perjalanan agak ok..Cuma time turun bukit penat tu yang macam susah sikit…beg agak berat kali ni…walau dah xdak bekalan makanan tapi pakaian2 yang basah memang menambah berat hampir 2 kali ganda… (crita beg berat ni masa kat trip gunung Bujang Melaka, betul2 rasa nak buang ja beg dan jalan lenggang) …agak penat kali ni …maybe disebabkan pendakian ke puncak kemalrin , dan juga sebab buat OT climb (misi menyelamat) menyebabkan otot2 diperah ke tahap maksimum ….aku berjalan dengan mr khai kali ni…sama2 slow ..banyak kali kami stop….abg din dah sampai mana tah..jauh dia tinggalkan aku..


air terjun tanpa nama .. (pic jeff)


Masa di lereng terdengar bunyi air terjun…bunyi tersebut memberi sedikit kelegaan dan keriangan, terasa macam dah dekat …tapi pergerakan yang perlahan menyebabkan nak sampai tu puas jugak la…sampai2 saja kat air terjun tu lega rasanya….kelihatan rakan2 yang turun lebih awal tgh lepak2…aku tanpa berlengah terus meletakkan beg ….duduk sambil membiarkan suhu badan turun sikit…godaan air terjun memang aku x mampu nak lawan…walaupun aku tau risikonya…dengan airnya yang sejuk memang boleh menambahkan derita sakit lutut aku…serta boleh membuatkan badan lagi penat ….tapi aku dah x kisah dah,sakit kemudian, yang penting main air dulu....sure aku nyesal kalau x mandi sini…bukan nak mai dah pasni …so this the last time aku mandi kat air terjun tanpa nama ni…memang mengujakan…dengan airnya yang sejuk dan juga kelihatan ikan2 tengas yang jinak berenang memang membuatkan sapa2 pun akan asyik dan tersenyum riang…time ni memang x rasa penat dan sakit lutut dah..dua benda tu macam di KIV sat …tapi jangan risau, sat lagi sakit tu mai balik .. selamba aku berenang cross air terjun ni…sambil bergambar kenangan ngan kawan2 ,juga beraksi gaya terjun papan anjal gaya bebas(xda gaya pun sebenarnya)…kawan2 len pun beraksi sama ..macam2 gaya... mr solas ja kot yang mcm canggih skit..yang len2 macam stail katak terjun saja… mr khai x join..hanya memerhati sahaja …aku lihat dia meneruskan penurunan..aku plak…aku masih nak mandi …abg din, meon dan kawan2 lain pun sama…


the real joy .....(pic by solas)


abg din kereyih riang (pic by solas)


anas, me, abg din n meon


ikan tengas berenang bebas (pic by solas)


me, lah n abg din, ujung tu sapa tah..x jelas (pic by jeff)


Selepas puas dengan aksi balik kuang dan terjun katak …kami meneruskan perjalanan …trek sama macam masa mai dulu..agak mendatar kawasan ni..tetapi terpaksa beberapa kali cross sungai dan melalui tebing2 berbatu yang licin….aku berjalan bersama2 dengan meon dan abg din …tapi berpecah jua…abg din jauh di depan ..meon jauh di belakang …aku terhegeh sorang2 time ni…termengah2 …tapi aku x rushing…kalau penat aku berenti ja…bila rasa ok skit aku sambung perjalanan …. Sehinggalah aku regroup dengan Lah , ayu dan fit ..dorang dok berada di depan tadi….sehingga tiba di dataran pacat, kami rehat agak lama di situ….”x yah rush …van pukul 4 baru datang” Lah bersuara …meon tetap meneruskan perjalanan….aku lepak situ dulu…pukul 3.15 pm baru kami mula bergerak …


kepenatan ... (pic by din)


Masa ni aku banyak berborak2 dengan Lah …borak tentang benda yang x berkaitan dengan gunung …borak tentang kehidupan…borak pasal aku nyer kerja ..kerjaya aku sebagai seorang guru...walaupun style aku memang x macam cikgu…xdak gaya cikgu barangkali …memang pun, aku time ni bukan cikgu..tapi pendaki gunung ;) … Lah jugak menceritakan tentang dirinya ..masih study di UIA, x sangka rupa2nya budak Lah ni buat Law “…hebat” aku kata dalam hati…so dia kata time cuti sem ni la peluang dia cari side income skit2 …apa2 pun aku memang respek kat dia …seorang yang penyabar dan rendah diri. Dalam borak2 tu x sangka kami dah sampai di tempat kami mulakan pendakian 3 hari lepas..pendakian kali ni menemui noktah terakhir….segala cabaran dan penyeksaan juga telah berakhir ….


''penderitaan' berakhir ... (pic by khai)


abg din yang tengah memikirkan taktik terbaru, sampai pening kepala :) (pic by khai)


Kelihatan rakan2 lain yang telah sampai lebih awal…kami abiskan masa dengan berborak2 sambil menunggu rakan2 lain sampai…dan juga tunggu kenderaan yang akan membawa kami ke pintu masuk empangan SAS…si Lah yang hanya lepak sekejap ..bangun, dan masuk semula ke dalam hutan ..”nak gi tengok geng belakang” katanya …baguih sungguh budak Lah ni… kelihatan meon yang terlentang tido..dia kena sengat dengan tebuan tanah ..”aku kena 3 ibu” tu ayatnya … hehehe patutnya aku yang kena…tapi abg din sempat inform masa aku sampai tempat tu..sebab sarangnya betul2 kat tepi trek…so aku ikut laluan lain..aku turun terus dalam sungai …patutnya aku lak tunggu bagitau meon ..ingat ka dia jauh lagi..so pun aku jalan terus ..hehe rasa bersalah lak …aku tolong bagi ubat kat dia …”xpa la meon, trip pasni aku lak kena..” aku kata kat dia ..nak pujuk dia…tapi pujuk apa, aku kata sambil gelak …sure dia lagi bengang..abg din n khai gelak sakan time ni … ada lg member lain yang kena sengat gak pastu ..sapa tah, aku x ingat


aksi spontan mr solas.. (pic by khai)


melihat gambar yang di snap sebelum2 ni.. (pic by khai)


Kami meneruskan perjalanan ke pintu masuk dengan van …muka masing2 time ni kereyih sampai telinga..suka sebab dah nak balik umah …perasaan aku bercampur baur sekarang ni…happy sebab segala keperitan bakal berakhir…sedih sebab this is the end of the journey….sampai saja depan pintu masuk SAS kami punggah beg dari van ke kereta masing2..aku mengajak abg din, mr khai n meon ke sungai di bawah sana…apa2 pun kena mandi dulu…bagi segar balik sebelum shoot balik ke kedah…kami berjalan kaki saja..sebab x la jauh sangat dari tempat park keta..aku yang ajak depa mai sini..aku dah pernah ke sini dulu .


bergerak menuju ke van..tertib beratur sebab kena marah dengan cikgu khai :) (pic by jeff)


wajah2 pendatang2 asing (dari India) yang baru tiba, yang baju hitam tu la ketua dia (pic by khai)


my baby monster truck .. (pic by khai)


Selesai bersiap, dan mengenakan pakaian masa mai ari tu(yang pentingnya pakaian ni kering) ..aku dan kawan2 lain bergambar kenangan dengan rakan2 iaitu BJ, wan (nazwan), mr solas, shahril, wan, Tuan Besaut, ayu, fit, yaakob, jeff, dee, ipin, ipin jr, ina, shima, anas, jem, adib (camna aku leh ingat nama depa ni, padahal nama students aku yg jumpak ari2 pun aku x ingat ..ishh cikgu depa ni ;) )....masing2 mengucapkan tahniah ke atas kejayaan yang bagi aku paling hebat setakat ni … juga mengucapkan terima kasih kat geng2 guide ..aku agak rapat dengan Lah dan amri..maybe sebab hari ke 3 dan hari last aku banyak berborak dan bertukar2 idea dengan depa…terutamanya dengan Lah …paling special aku rasa masa misi menyelamat tu la…


"beg sapa tah ringan sungguh"



force smile ...(pic by khai)


Juga ucap terima kasih banyak2 kat BJ,(kadang2 aku panggil big boss kat dia,panggilan para Sherpa Everest kat Russell Brice) insan yang bertanggungjawab mengatur dan menjayakan setiap xpdc mendaki…, juga x jemu sms tanya dan inform aku dan rakan2 lain berkenaan dengan tarikh trip tiap2 kali sebelum xpdc..so its collective decision …hampir2 trip Korbu ditunda kerana dia macam nak p candat sotong time tu, mungkin selepas kena ayat aku dia mengubah fikiran ”candat sotong bila2 pun boleh BJ, kat pasar pun banyak sotong, gunung Korbu ni mana nak cari..” tu sms ku kat dia 2-3 ari sblm xpdc ……aku plak x penah miss lagi setiap trip yang dibuat..kira otai gak la..(geng ada class ..ayat abg din)…dia juga sentiasa setia menjadi sweeper a.k.a pengasuh di setiap kali pendakian, terus terang aku katakan,..aku x sanggup jadi sweeper…aku lebih suka (sangat suka sebenarnya) berada di group depan dan berentap untuk sampai dulu ke puncak dulu ..rasa puas bila leh tewaskan mr khai dan abg din dan sampai 1st ke puncak ..bila2 pun jumpak depa ja aku kereyih sampai telinga ..kereyih yang akan membuatkan hati abg din membara dan mencari taktik2 jahat lain hehe. (so lepas ni BJ sekali sekala xkan xmau try berentap dengan kami plak…tolong la kalahkan kami hohoho ayat cucuk tu..kasik panas sikit ;)


with friends ...last pic session before say good bye...


Aku memaling ke arah gunung untuk kali terakhir …”Good bye mighty Korbu” ucapku dalam hati sebelum memulakan perjalanan balik …back to real world..back to civilization …kami yang paling jauh, sanggup mai dari Kedah yang lain2 di sekitar Perak ….misi seterusnya ialah mencari tempat makan ,sangat lapar time ni sebab breakfast saja ari ni …dah pukul 5 pm lebih time ni. Kami meneruskan perjalanan..sempat lagi aku menoleh kat MPIP…a place which make me a teacher…ingat lagi kelas aku dulu, KPLI SN1, ramai plak budak laki..so riuh rendah jadinya....kebanyakannya bekas keja kilang,macam aku gak ..so agak short circuit gak budak2 SN1 ni..aku sikit2 ja hehe ...walau hanya 1 tahun di sini, tapi banyak kenangan suka duka bersama kawan2….

Kami singgah di restoran bersebelahan dengan hotel penginapan hari pertama ari tu…misi membalas dendam…apa lagi, sorang2 order macam x pernah jumpak nasi…terus order nasi sorang 2 pinggan, air sorang 2 gelas, tomyam dan tah apa2 lagi ..penuh meja…tokey kedai kedai tu pun macam naik heran tengok betapa banyak kami makan …”depa ni orang ka jin?” mungkin itulah dalam fikiran dia waktu tu…


aksi membalas dendam (pic by khai)


abg din dan meon..macam ular sawa sebab terlalu kenyang.. (pic by khai)


Selesai makan aku, mr khai, abg din dan meon meneruskan perjalanan kami…aku yang drive…harap2 kaki x krem..kalau p krem waktu tekan minyak tatau la hehe nasib baik depa x tidoq sampai ke kedah..smua pakat borak..so xda la peluang untuk aku rasa ngantuk, kalau depa tidur aku pun rasa nak tidur gak…akhirnya aku sampai jugak ke umah aku di Kuala Nerang selepas menghantar kawan2 ke Lubuk Merbau, kul 12 am lebih dah…malam tu aku tidur dengan nyenyak sekali…kalau hantu tu mai gerak pun usahanya sia2 saja..tidoq mati time ni…esoknya aku bangun, macam biasa dan pergi sekolah …jumpak students ku, mengajar macam biasa…aku terima hakikat aku cikgu sekarang, bukan lagi pendaki gunung ..


End of Journey


kenangan Korbu ...


Epilogue


Satu pengalaman yang sangat mencabar mental dan fizikal…..semuanya menyeksakan …trek yang pacak, cuaca yang teruk (3 daripada 4 hari hujan), kesukaran menghidupkan api, disakat hantu bukit, misi menyelamat, khemah karipap, (digigit pacat tidak disenaraikan kerana ia dah jadi benda yang sangat remah jika dibandingkan dengan keadaan2 tadi)..Tapi tiap2 kesukaran dan keperitan ada kemanisannya…perkara yang paling menarik pasal trip gunung ni selain tiba di puncak ialah pemandangan yang sangat luar biasa…aku x penah lagi melihat pemandangan yang begitu cantik macam ni…perjalanan semasa dari Chuban ke Korbu Raya di matang di mana pokok2 separas pinggang menyediakan pemandangan 360 darjah …di mana awan berada di bawah…rasakan macam berada di taman kayangan…walaupun dari fizikalnya apa yang kami perolehi ialah sakit sana-sini ..tapi dari segi mental ia mengajar kami semangat setiakawan dan tidak mudah mengaku kalah serta putus asa dan yang paling penting sekali ialah I have beat my worst enemy..Its myself..My own fear….

Satu lagi yang menarik perhatian aku ialah sungai tempat aku, mr khai, abg din dan meon mandi sebelum bertolak balik ….aku pernah datang sini hampir 7 tahun lalu…masa aku di maktab …datang dengan kawan2… nak tengok rama2 ..rama2 species Rajah Broke ..ada banyak rama2 waktu tu..warna hitam, jinak dan besar2 saiz nya…pertama kali tengok secara live..hanya tau nama..tapi x penah tengok sebelum ni…. waktu tu lah aku mula tau yang di sini lah tempat permulaan pendakian gunung Korbu …tapi waktu tu xtvt ni sangat asing bagiku…tak sangka selepas 7 tahun aku kembali semula ke sini dan menakluk Korbu…very nostalgic.. Tapi kali ni tiada kelibat rama2 …tiada lagi rakan2 masa di maktab dulu…tetiba lak rasa rindu kenangan dulu2 bila sampai tempat ni…inilah kehidupan…masa mengubah segalanya…











7 ulasan:

  1. finally i manage to finish reading 'korbu - laugh and tears'. penat gak bc. what can i say it's interesting and challenging experiences.
    anyway congratulations to all involved.
    and to writer.. keep on writing and sharing your amazing experiences with us..

    BalasPadam
  2. tq Dr Ros, i ll always try my best to deliver the real experience during the event ...also my real feeling and thought

    BalasPadam
  3. tahniah, dpt tawan korbu dan menamatkan cerita ttg xpdc nie.

    www.flickr.com/photos/mohdraime/

    BalasPadam
  4. tahniah kat raime gak..raime dah daki gng ni awal lg..nanti maybe kita leh daki gng len sama2

    BalasPadam
  5. huhuh..dah ending story ye..5 star should be given to mr. pau for giving me a full of excitement during reading the Chronicles of Korbu..keep it up bro..I'm waiting for the next challenging stories...

    BalasPadam
  6. tq ct for ur compliment ..i ll try my best to give the 'real time experience' for all readers.

    BalasPadam
  7. akhirnya.... habis baca!
    sgt best dan agak mendebarkan. walaupun sekadar baca.
    lagi 2minggu sy ke korbu juga. terima kasih segala info....

    BalasPadam