Episode 6 – “ The Last Breath”
“to get to summit is only half of the climb..”
Russell Brice ..Everest veteran
2 jam…itulah tempoh yang aku spent kat puncak Korbu…tempoh paling lama berada di sesuatu puncak satu2 gunung setakat ni….dalam tempoh ni aku dan geng2 lain sempat la berehat dan lunch…nasi yang sudah dimasak malam tadi kami bawak naik atas puncak korbu ...lauk plak sardine in can …just panaskan ja…tersangat la sedap..maybe sebab terlalu lapar…walaupun aku breakfast dengan kadar yang banyak pagi tadi, tetapi rasanya dah abis digunakan semasa pendakian…hujan renyai2 turun semasa di puncak..suhu yang agak panas tadi turun secara mendadak…3 straight days ujan…memang x best rasa kalau ujan…tapi we re nobody to decide ..we take what we got….
lunch bersama kawan2 di puncak
Jam pukul 2.30pm…aku mula gerak turun…”so farewell Korbu summit…see u next time big guy… mission accomplished..So its time to say good bye…”ucapku dalam hati…sambil menoleh buat kali terakhir ke ke persekitaran puncak..aku memulakan langkah, meninggalkan banjaran Titiwangsa ….semasa melangkah turun ni aku teringat kembali ...rancangan Everest, Beyond the Limit kat Discovery Chanel dulu…coordinator dan everest veteran, Russell Brice..dia mengatakan “to get to summit is only half of the climb..” banyak kes kemalangan (kematian) pendaki adalah semasa turun dari puncak..disebabkan oleh mountain acute, storm, avalanche (runtuhan salji), kehabisan bekalan oksigen dan juga fatigue …turun dari gunung besanya akan lebih cepat…tapi risiko untuk cedera sangat tinggi…dan perkara itulah yang akan menghantui aku ….
Mr khai mengetuai penurunan ni..diikuti oleh abg din dan zomba…aku agak terkebelakang..dan di ikuti oleh rakan2 yang lain…ramai lagi yang berada di puncak masa ni…ada yang baru ja sampai ke puncak..so dorang relax dulu atas sana…bagi aku sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk turun,..nak elak sampai di kem Kijang malam…..hujan masih renyai2…menambah lagi kesukaran…keadaan trek teruk sekali…kami berjalan dengan agak laju…aku cuba mengejar dorang yang di depan…meon minta aku gerak dulu bila aku berjalan agak rapat di belakangnya….mr khai n abg din x begitu jauh di depan…. Sekali sekala nampak kelibat mereka…
trek yang becak, gambar diambil semasa hujan lebat
Kami lepasi satu persatu kawasan yang kami daki tadi…tidak begitu excited dah time ni…dalam hati ingat nak cepat sampai ja…dok pikir apa dah jadi kat khemah aku di kem kijang tu …dah hanyut dah pa..pasal ujan ni…harap2 ok…kalau dalam khemah banjir abis la….bila tiba di tempat pendakian menggunakan tali tu la yang agak ngeri skit…gayat la jugak…kot terlepas tali tu…maklumla agak licin sebab hujan..nasib la aku bawak glove yang aku dok pakai p kebun..walaupun cap ayam, at least leh cover tapak tangan dan jari aku bila aku lilitkan tali tu…time ni aku turun dengan sangat hati2…biar lambat..asal x free fall dalam gaung ;p ….klu x, nama cikgu fauzi or sir fauzi (panggilan students aku di sekolah lama) or mr pau (panggilan kawan2) akan hanya tinggal kenangan ja la…..Syukur, selamat turun….aku teruskan perjalanan…berjalan masa ni kira redah ja…selut2 paras buku lali pun belasah ja…
Kami melepasi dari satu puncak ke satu puncak…dari puncak Korbu ke puncak Korbu Raya hingga lah ke Chuban….masih lagi gerun bila memandang secara horizontal semasa menuruni tebing yang curam…semua kelihatan putih saja…masih ingat lagi masa di puncak tadi…sapa tah yang dok buat lawak x ingat dah..” ishhh best kan kalau leh flying fox dari puncak ni ke kem kijang, sure kejap ja dah sampai..” tu ayatnya… aku plak sambut “ memang cepat sampai…tapi takut x cukup sifat la…idung rhabit (tercabut), telinga hilang sebelah..tangan sebelah sangkut kat pokok …kaki sebelah tercabut sangkut kat dahan ….” disambut gelak ketawa kawan2 lain…
"kami telah tawan puncak ini.."
Terdengar riuh rendah suara kawan2 di belakang…dorang ni pun laju jugak…maybe dah x tahan sejuk kot…akhirnya kami sampai di puncak bukit botak…kami stop lama sikit kat sini…ujan pun dah berenti…kaki sorang2 macam belacan …semua nampak serupa…hitam pekat….bila pandang balik ke tiga2 puncak tadi rasa macam x percaya yang kami sebenarnya berada di atas sana tadi…”betoi ka kita ada kat atas sana tadi??” kata ku …. “macam x percaya..” sambut yang lain2 …aku merasa takjub, merasakan betapa kerdilnya diri ini …sayup2 kelihatan puncak2 yang tersergam gagah…sambil2 tu sempat lagi kami snap gambar…dan battery camera aku tunjuk signal empty …so pic lepas ni aku curik2 yang kawan2..jangan mare nooo… walaupun keadaan semua comot…macam anak musang sorang2…termasuk aku hehe tetap kereyih bila kawan2 snap gambar….. kawan2 lain mula sampai ke puncak bukit botak ….walaupun penat…tapi semua masih menunjukkan riak yang riang…masih mampu gelak2 …buat lawak sikit …gelak banyak..buat lawak banyak, gelak x berenti2…sebab semua yang mengikuti trip ni adalah kanak-kanak, xdak yang tua.. yang tua sikit pun kira remaja la…tu la, kalau nak jadi kembali muda , daki lah gunung…nescaya anda akan berasa muda kembali..walaupun untuk seketika ….walaupun untuk 4 hari saja tapi its always better than nothing….
Kami mula meninggalkan bukit botak…aku lead kali ni, abg khai follow di belakang, diikuti oleh kawan2 yang lain….abg din n meon masih lagi di bukit botak…mungkin masih belum puas bergambar…xpa lah..aku turun dulu…jika pendakian banyak menggunakan otot betis dan paha…penurunan pula banyak menggunakan lutut….ini yang merungsingkan aku …dan my worse nightmare come …lutut kiri sudah mula berdenyut2…akibat daripada stress yang berlebihan semasa penurunan… “aduhh..teruk la camni..” bisikku dalam hati….aku tetap melangkah macam biasa…kesakitan makin terasa…perjalanan masih jauh lagi…bagi aku, secara peribadi ,semasa turun lebih teruk daripada pendakian….inilah sebabnya….walaupun aku pakai knee guard …nampaknya x begitu berkesan… x guna kalau tenaga banyak, tapi kalau injured memang akan spoil everything ….last sekali kena masa aku turun dari puncak Gunung Stong dulu…memang sangat seksa…dan kali ni kena lagi…xpa la habuan aku….mr khai juga mengeluh, “lutut aku sakit la..” tu ayatnya ….ya aku faham.”.aku pun sama khai..” aku balas kat dia …tapi dia lebih teruk lagi aku rasa…mungkin di campur dengan penat….so aku tunggu bila dorang sekali sekala stop di belakang …..kami melepasi kawasan last waterpoint ….hujan yang kembali turun menambahkan lagi derita…trek menjadi licin…terdengar sapa tah tergolek beberapa kali sebab tapak kasut x cengkam akibat pakai kasut yang x sesuai….aku time ni mengubah cara langkahan…banyak guna kaki kanan bagi mengurangkan stress pada kaki kiri…ada kalanya macam berjalan secara mengiring…macam ketam..memang nampak lawak dan pelik…tapi aku yakin kawan2 x gelakkan aku…pasal dorang pun sama2 teruk gak….setiap kali melangkah terasa betul sakitnya …kadang-kala terkeluar jugak perkataan “aduhh..” bila dah sakit sangat…mr khai lg teruk..asyik2 “adoiii!” ja kat belakang tu…masa di bukit botak tadi pun abg din bgtau meon pun lutut dia K.O jugak…ermm..pakat2 rasa sorang sikit la..baru la adil hehe….di saat aku karang episode 6 ni lutut kiri masih lagi berdenyut2 …walau 2 minggu aku rest dari sebarang xtvt, tapi ride ke Seraya jumaat lepas menyebabkan lutut kiri kembali sakit..ingat dah baik….huhuhu
Keadaan trek agak gelap walaupun dalam pukul 6 pm … dalam hutan tebal …dicampur pula dengan langit yang gelap…memang aku x gemar…aku cuba untuk sampai malam…bergerak waktu malam risiko amat la tinggi….setelah bersusah payah..kami akhirnya sampai di kem kijang, jam dah pukul 6.25pm time ni….aku mula2 sampai…mr khai dan lain dalam group aku sampai x lama lepas tu….penat rasa time ni…lihat di sekitar kem…keadaan agak teruk juga..sah ujan lebat tadi sini….keadaan kami pun teruk juga..penat ..basah..lutut sakit…
Aku terus ke khemah …nak tengok apa dah jadi…tapi keadaan sekitar khemah said it all…air bertakung..bukak2 saja pintu khemah…keperitan bertambah2…”aduhhhh…teruknya” …khemah banjir.. air siap bertakung lagi…habis semua basah….rasa lemah semangat time ni…camna nak tido time ni….mr khai tanya aku camna keadaan khemah…”tgk la sendiri..” balas ku tanpa memandang wajahnya….aku terus capai tuala yang basah lencun… dan terus ke sungai….mandi pun bih kurang ja,..buang selut kat badan…nak mandi air sejuk sangat…rendam 2-3 kali terus naik..terketar2 time ni…aku kembali ke khemah…selak balik pakaian kot2 ada yang kering…sedih rasa bila tengok sleeping bag aku basah…yang kering hanyalah sehelai t-shirt nipis, sehelai kain pelikat dan stoking sebelah…aku tukar pakai baju yang kering tadi dan short yang lembap …khemah abg din n meon pun masuk air gak, tapi x seteruk khemah kami…lgpun abg din n meon lasak…depa kalau dalam air pun selamba ja lena….selagi air x masuk dalam lubang idung…..selagi tu la ‘turbo’ terus bergema….gema yang memecah keheningan malam hehe (ngan mare ekk abg din n meon)…
Mr khai lepak bersama guides ,dari kiri shahril, amir, amri ( di ambil malam sebelum pendakian)
Selesai bertukar pakaian, terus aku tinggalkan khemah dan menuju ke kawasan dapur …khai ada di situ, tengah idupkan api…tensen wajahnya…aku tau, mesti disebabkan keadaan khemah….”khemah kita ayaq masuk teruk” tu ayatnya…aku hanya mengangguk, tiada kata dari mulutku…salah aku jugak pilih tempat tu..tapi dah xda tempat lain..kat kawasan kawan2 len pasang khemah atas sana cukup sesak.. …so aku dan dia lepak kat kawasan dapur saja dikala kawan2 lain yang dah sampai sibuk menguruskan diri di khemah masing2 …aku dan khai plak awal2 lagi dah kat dapur…bukan x penat atau rajin sangat..tapi keadaan khemah betul2 mengecewakan kami…aku assist dia masak nasik…dan sediakan lauk..rakan2 lain mula mai tolong…masak untuk dinner…so aku tinggalkan kejap, p lepak di khemah abg din..khai pun ada situ…meon pun nampak teruk..so aku bagi dia panadol..abis dia rembat…susah kalau dok rasa kebal n xkan sakit ni…aku bekalan ubat x penah lupa….macam2 ubat ada..dari panadol, ubat cirit-birit (ni paling penting), hot cream, ubat urat dan sendi dan 2-3 jenis lagi…bukan apa, sebagai langkah berjaga2 …
Mission Impossible
…pengalaman pertama penulis dalam menyertai misi menyelamat…ramai rakan2 pendaki sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku di atas sana..tapi kali ni penulis akan menceritakan dengan details semasa misi menyelamat tersebut….
Aku kembali ke dapur…masa ni kat situ ada BJ, Lah, Wan, Solah dan rakan2 yang lain…dan ramai jugak yang masuk dalam khemah x kuar2…ramai jugak yang tido tanpa dinner malam tu…mungkin pasal terlalu penat …tiba2 Lah bertanyakan tentang semua sampai dah ke belum…BJ kata masih ada yang belum sampai …geng guide n potter pun ada 3 orang lagi x sampai…tah di mana depa time ni….ermmm dah kul 8 lebih time ni…suasana gelap gelita…Lah macam risau…aku, BJ dan rakan lain jugak agak risau…tapi kami hanya mendiamkan diri…tiada apa yang mampu kami lakukan selain dari tunggu…dan harap agar dorang selamat sampai…lauk pun dah nak masak time ni…telor goreng, ikan pekasam dan papadom…fuhhh ..memang best…
Tiba2 Lah bersuara…”kita kena buat rescue kalau camni..” …”sebab kita xtahu keadaan dorang camna..takut ada something ja..” sambungnya lagi….kami tetap mendiamkan diri, hanya angguk2 dan mengiyakan saja kata2 Lah…. (mengikut rule, setiap rescue mission yang dilakukan, mesti juga disertai oleh ahli kumpulan pendaki …maksudnya mesti ada antara kami yang join …) ..”din dengan fauzi leh ikut saya..” kata Lah lagi…mungkin kerana kami berdua sentiasa berada di group hadapan sepanjang 3 hari pendakian ni…ermmmm “aku dan abg din akan join rescue??” bisikku dalam hati… “menarik juga..” itulah benda yang terlintas dalam hati time tu…Lah mengatakan klu ½ jam lagi dorang x sampai maka rescue mission kena dibuat, kerana masing2 xtau apa yang sebenarnya berlaku di atas sana..jatuh gaung ka, lutut terkehel ka…”ok no problem” tu jawapan ringkasku kepada Lah…so dalam dok tunggu ½ jam tu aku amek kesempatan untuk dinner dulu…tiada kenikmatan kali ni…rushing ja…sambil memikirkan apa yang akan bakal berlaku nanti…BJ, wan, tuan besaut, sharil, solah dan kawan2 yang lain yang berada di situ hanya terpaku, x berkata apa…BJ hanya tunduk, tiada sebarang komen keluar dari mulutnya (padahal BJ la paling cakap banyak)….tah apa yang difikirkan dorang time ni..mungkin dorang pikir aku dah gila sebab offer nak join…
½ jam dah tamat..tiada kelibat mereka …Lah memberi isyarat …aku faham…it’s the time to play the real game! , aku kembali ke khemah…sebelum tu aku dah maklumkan kat abg din yang Lah ada sebut nama dia untuk sama2 join rescue …air muka dia agak berubah…akhirnya dia offer aku headlamp nyer..sebab headlamp aku bateri dah kong…at least lampunya akan naik walaupun tuannya tidak…aku juga ada ajak kawan2 lain join..tapi aku faham…semua orang dah sangat penat time ni…pendakian dan penurunan tadi adalah sangat tough..meleleh nak sampai ke kem kijang..ni nak p daki balik..di kala malam yang gelap gelita plak tu.….so ia bukanlah satu tindakan yang menyeronokkan....walau ati nak, tapi keadaan fizikal masing berada ditahap yang paling teruk time ni..mudah cakap..ini kerja gila…so bila abg din menolak, aku x kata apa2…just ucap trima kasih kat dia kerana offer lampu…bila abg din tanya kenapa aku nak pi jugak..“nanti ada bahan aku nak tulis dalam blog aku…” jawabku sambil senyum...kadang2 aku x penah serius…everything look fun…
Aku dah siap pakai uniform mendaki yang basah lencun dan memakai kasut adidas outdoor yang dah xnampak rupa kasut dah…mr khai yang tgh lepak di khemah guides bertanya bila nampak aku pakai camtu…dia tanya aku nak ke mana…”aku nak ikut Lah, pi rescue ..” jawabku ringkas…terlopong jugak dia..mungkin x percaya dengan tindakanku…dia ucap selamat… ina yang dok area situ juga macam tergamam…last2 dia offer lampunya yang lebih terang…makasih ina ..kawan2 lain termasuk Anas (aku agak jarang bersembang dengannya) juga ucap gud luck dan offer baju ujannya sebab ujan renyai2 time ni, xyah la aku kata …terharu dan rasa macam hero la gak time ni…tapi tu bukanlah benda yang dok dalam otak aku time ni… macam aku kata dulu2 ..masa trip Bubu..”someone have to do the dirty work” …its me at that time…now someone also have to do the good thing …and I ll ...
Excited! Mungkin tu sebab utama kenapa aku nak join wat rescue…sebab ini kali pertama, nak feel macamana rasanya bila ada misi menyelamat….ia plak bukan satu benda yang normal dalam setiap kali trip pendakian…aku plak mungkin dah x pikir secara normal time ni…inilah kegilaan… Tuan Besaut penah join rescue waktu di Trip Stong..tapi kali ni dia x daya dia kata…dan aku rasa badan aku masih lagi mampu untuk menahan asakan pendakian..Cuma lutut saja yang bagaikan dicucuk jarum tiap kali melangkah…pada masa yang sama aku juga aku tetap risau..bukan risaukan bahaya..tapi risaukan badan aku xmampu nak menahan asakan..tapi aku rasa aku boleh…
Tepat pukul 9.05 pm kami mulakan pendakian…it’s a bold and cold blood action! Bagi kawan2 maybe its crazy action.. tahla ikut suka ati korang la hehe… im not crazy, im just maniac! ….Lah mendahului pendakian, aku follow dari belakang…berbekalkan lampu yang aku pinjam dari Ina tadi untuk menerangi trek… Lah melangkah dengan laju…berbeza dengan cara dia lead pendakian pagi tadi…seakan2 berlari memanjat tebing2 yang curam..aku mau xmau terpaksa mengikut rentak langkahnya…sebab aku xnak tertinggal terlalu jauh…dah la dalam hutan belantara..malam yang hitam pekat plak tu…lutut kiri mula terasa denyutan..walaupun aku bukan lawan Lah…tapi aku xmo kalah dengannya…aku bernafas dengan laju..kepenatan muncul terlalu cepat….kerana cara mendaki kali ni bukan style biasa aku..aku x penah mendaki dengan laju camni…seolah2 lari2 anak…..Lah target pendakian sampai ke last waterpoint dan kami akan tunggu di situ….”last waterpoint??” pendakian pagi tadi ambil masa bih kurang 2 jam nak sampai disitu….tu masa badan tgh fresh…no injury..full of energy…tapi now?? Badan berada di tahap paling teruk…left knee injury…tenaga tinggal sisa2 saja… aku betul2 rasa sangat terseksa sekarang…masa di Chuban yang paling tough tadi pun x rasa sepenat camni...jantungku berdegup kencang…macam nak pecah rasanya..(ini tanda2 awal nak flat) ..”belum..belum masanya lagi..jauh lagi..” bisikku dalam hati memberi semangat…
Hanya mental saja yang memberi aku kekuatan time ni..peluh keluar bagaikan mandi…walaupun betul2 memerah kudrat dan juga terlalu memaksa kakiku melangkah time ni....berat ati nak minta Lah stop…sebab aku xnak jadi beban kepadanya…aku nak p rescue orang…kalau berterusan camni orang plak kena mai rescue aku…tapi bila badan dah tak berdaya…time ni kalau ada hantu bukit dok muncul depan mata pun aku rasa aku xkan lari dah kot..x berdaya…aku suruh ja hantu tu usik aku len kali...hohoho , aku terpaksa jugak minta Lah stop akhirnya, rehat dalam 6-7 saat sebelum menyambung semula pendakian ….waktu ni aku macam nak rasa menyesal pun ada…hehe kalau camni mau 2-3 jam baru nak sampai last waterpoint…tapi aku xkan sesekali berpatah balik…no regret!
Nasib menyebelahi kami (terutamanya aku..) selepas 20 minit pendakian kami nampak cahaya lampu samar2 di atas sana….itu mesti mereka ….”lega..lega..” tu ayat pertama yang terlintas dalam hati time ni…kalau naik sampai last waterpoint tatau la camna…leh pengsan aku rasa…Lah membunyikan isyarat laungan..dan isyaratnya di sambut dengan laungan serupa…sebab dalam hutan ni ada macam2 benda..kita hanya tetamu mereka…mana tau itu bukan mereka ..makluk lain yang menyerupai mereka ka….kami hanya tunggu..walaupun dah dekat tapi pergerakan mereka sangat la perlahan. Akhirnya bila dah dekat jelas la itu memang dorang…kelihatan si amir, amri ,shahril dan Zaid (bukan nama sebenar, x perlu la aku menamakan siapa dia) …Lah menyatakan kami akan amek alih dan menyuruh mereka shoot turun terus ke kem kijang…tiada kata2 yang muncul dari dorang…sedikit kekecewaan di wajah amir..mungkin sebab kami lambat buat rescue…aku faham, dari pukul 6.40 am…sekarang dah 9.30 pm …hampir 15 jam …sapa2 pun mesti tensen, hanya orang yang ada tahap kesabaran yang tinggi saja buleh menyerap tekanan camni…aku hanya berdiamkan diri saja…dorang bertiga terus shoot ke bawah…aku dan Lah amek alih from now…
Pergerakan agak perlahan…aku lead di depan sambil membantu menyuluh laluan trek….xda apa yang aku mampu kata…hanya berharap agar cepat sampai ke kem kijang saja…tahap pergerakan kami memang perlahan…tapi aku x salahkan sapa2..mendaki gunung bukanlah satu kenikmatan kalau badan x betul2 cergas ataupun jika injurd….sebab kita x boleh sekali-kali memandang rendah cabaran gunung..kalau tidak sure akan menyesal ….aku x percaya bila Lah kata akan amek masa 1 jam ke kem kijang…daki pun 20 minit ja..xkan turun 1 jam..koman2 separuh dari masa pendakian…tapi itulah kebenarannya…
Fikiran aku kembali kosong hinggalah aku terdengar Lah berkata sesuatu … terlopong mulutku bila terdengar Lah berkata “camni la abg zaid, saya dukung abg zaid lah , cepat sikit..” huh! “yang ni betul2 gila” kataku dalam hati… mula2 zaid x sanggup tetapi bila diyakini kan oleh Lah dan aku barulah dia bersetuju (sebenarnya aku pun x yakin gak..gila ka dukung orang turun gunung..) dan aku menyaksikan perkara yang bagi aku agak luar biasa sebab si Lah ni dah la berbadan kecil saja..kurus plak tu..tetapi dengan selamba mendukung zaid yang beratnya melebihi berat dirinya sendiri …. Lah menyuruhku bergerak lebih cepat….aku pun bergerak dengan lebih pantas sambil membantu menyuluh trek penurunan….agak laju pergerakan Lah… macam x percaya bila dia melangkah turun dengan pantas di trek yang agak curam ….aku menjarakkan diri ….mana tau kot2 Lah tergelincir dan menghempap aku ka…bukan Lah sorang, tapi 2 orang...sure tiga2 sekali masuk gaung, kalau 2 orang saja xpa..aku leh tolong p panggil kawan2 buat 2nd rescue hehehe hampir 10 minit jugak ..hinggalah zaid minta turun ..sebab dia x duduk diam..hingga menyukarkan dan menyebabkan Lah off balance ….so lepas tu kami meneruskan perjalanan hingga akhirnya kami selamat sampai di kem kijang pada pukul 10.30 pm..lega rasanya….lega kerana ‘kerja gila’ ni dah berakhir…Lah mengucapkan terima kasih kat aku..dia kata kalau aku x join tadi sure dia xkan naik sorang2..sorang2 naik rescue tgh2 malam di hutan belantara adalah x masuk akal! aku kata aku x kisah…tapi kalau sampai ke last waterpoint memang aku kisah…penat woooo ….
End of mission impossible ..
Kekecewaan Mr Khai
Aku terus pergi ke dapur…lepak2 sana sambil 2nd round makan nasik dan pekena ayaq kopi suam..sedap rasanya..ni baru rasa nikmat makan..tadinya x rasa nikmat..sebab dicampur dengan risau kot…lepas makan aku pergi ke khemah geng guides …borak2 dengan dorang pasal misi menyelamat tadi…mr khai masih ada di situ…abg din dan meon dah lama dibuai mimpi…lama jugak borak2 dengan dorang… jam pun dah lewat…hampir pukul 12 am..aku kembali ke khemah…masalah masih x selesai… “aku nak tido kat mana malam ni???” ….tengok keliling keadaan senyap sunyi…semua orang dah masuk tido… aku bertukar pakaian…aku memakai pakaian kering yang terakhir, iaitu sehelai t-shirt nipis dan sehelai kain pelikat..macam mana pun khemah terpaksa di pindahkan….aku mengajak mr khai…aku kata kita pindahkan khemah ke kawasan dapur..at least situ ada flysheet n floorsheet even basah dah pun…so selepas membuang beg dari khemah, aku dan mr khai sama2 memindahkan khemah kami…pakat angkat sorang sebelah..sampai aku tergolek masa daki tebing..sebab licin…xpa2 , bangun semula …park saja khemah kat dapur tu …letak la pelan2 …khemah yang elok2 tapi dah jadi x macam khemah dah…khemah runtuh (istilah baru) ..rod yang menjadi rangka khemah patah semasa kami pindah tadi…maybe masa aku tergolek tu kot….so bila park, khemah tu ranap ….aduhhhhh tensennn rasanya masa ni….dah la aku rasa sangat penat…khemah plak jadi camni….
Mr khai time ni betul2 give up…aku lihat dia x berkata apa2…hanya mendiamkan diri…x bersemangat langsung…dia hanya ikut saja aku suruh buat pa….aku pun sama…aku pun sangat frust dan tensen time ni…tapi kalau dua2 kecewa dan give up camna…xda penyelesaian….time2 tertekan camni pun aku sempat lagi buat lawak “khai..ini dah x mcm khemah dah ni…ni dah macam kuih karipap ni!” kataku…aku gelak pastu..dia yang tadi agak serius pun gelak jugak akhirnya..sekurang2nya mengurankan rasa tensen tu..bagi ku x guna kalau tensen2 sgt..bukan masalah nak selesai…dia pun buat lawak sama “apa ni karipap2 ni…ni khemah ka pa ni..” disambut oleh gelak ketawa kami berdua..ketawa dalam tangis, ketawa tapi rasa macam nak nangis time ni…huhuhu so aku memujuk diri jugak diri sendiri, berpura2 yang aku ni x tensen …dengan harapan agar boleh menceriakan sedikit mr khai …ikutkan ati nak humban saja khemah tu dalam sungai..tapi kami nak tido kat mana?? Nak p menempek kat khemah kawan2 aku x sanggup …mau x mau kena usaha jugak …”xpa2 khai…buleh2 punya…” kataku untuk menyedapkan hatinya yang aku nampak dah down sejak hari pertama lagi …so aku pun ikatkan balik bucu khemah tu..gantung kat tali flysheet dapur…akhirnya dapat la balik bentuk khemah tu walaupun x la sempurna sangat…janji orang tgk orang kata itu khemah, bukannya benda pelik…time ni dah dekat pukul 1 am…smua orang termasuk guides dah tido..tapi kami berdua masih lagi bergelut dok tgh siapkan tempat tido…aduhhh tensennnn2.
Aku mengelap dalam khemah yang basah dan kotor…sleeping mat pun xleh guna sebab basah …mau x mau terpaksa baring jugak atas lantai khemah yang lembap..pastu plak ada ketul batu besar plak kat bawah lantai khemah..terpaksa mengubah posisi badan ke mengiring time ni…kalau melentang pakai melengkung la belakang aku esok…. Belasah sajalah…ni sajalah yang mampu aku sediakan…kalau ada hotel mahai camna pun aku sanggup kuar duit…tapi ni lah hotel ..bertaraf beribu bintang di langit dan beribu titis air hujan yang dok timpa huhuhu
Memang dah dijangka…sukar untuk melelapkan mata….walaupun badan sangat letih dan jam dah melewati pukul 3 am..tapi masih belum melelapkan mata….antara sedar dan x sedar…bermacam benda dan imej terlintas di fikiran…kadang-kala rupa yang mengerikan, adakah hantu bukit tu masih x puas menyakat aku ataupun aku sendiri yang memikirkannya…yang aku perasaan aku time ni adalah takut..aku rasa agak takut…diburukkan lagi dengan cuaca time ni…sangat sejuk…aku rasa bawah 20 ‘c …dengan berbekalkan sehelai baju nipis , dengan kain pelikat dan stoking sebelah (ya, aku pakai stoking sebelah saja kerana sebelah lagi basah lencun ) memang x mampu menahan kesejukan …buat pertama kalinya dalam 6 trip daki gunung ni badan aku menggeletar kesejukan …memang x boleh nak lelap camni…terlalu sejuk…nak saja aku rapatkan badan dan peluk mr khai time tu …tapi aku bukan gay hahaha last sekali aku ingat aku tengok jam dah pukul 4 am …dengan khemah yang x sempurna, pakaian yang lembap2, gangguan hantu gunung dan cuaca yang sangat sejuk….good packages of torturing …mana mungkin aku lelap dengan sempurna …fikiran aku melayang entah ke mana….
End of Part 6
Nantikan episode terakhir dalam Korbu - Laugh and Tears bertajuk 'Long Way Down'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan