Isnin, 5 Julai 2010

The Mighty Korbu - Laugh and Tears ( 2183 m ) Part 3






Episode 3 – The Journey Begin

Sudah masuk episode 3, gunung x panjat2 lagi…sabar tuan2 hehe bukan aku xnak crita ..tapi aku ska warm-up dulu, klu terus crita sampai puncak nanti2 dah xtau nak tulis apa plak…xkan nak tulis pasal luahan hati kot..aku bukannya mat romeo hehe aku hanya suka nak kongsi pengalaman aku dengan para pembaca..kongsi pendapat dari perspektif sebagai insan biasa..aku bukan propesional..aku hanyalah cikgu yang minat xtvt outdoor…walaupun bila time xtvt tu aku x rasa langsung rasa bhawa aku ni cikgu..tapi bila dah abis dan esoknya ke sekolah, masuk kelas jumpa student2 ku, mengajar ..baru lah sedar yang aku ni cikgu rupanya …


memulakan perjalanan (pic by mr khai)


28 Jun - Jumaat

12.00 pm

Setelah semua perkara diselesaikan, warm-up pun xtau dah brapa kali..dan doa dibaca oleh shahril (BJ kata doa ni tahan seminggu), akhirnya kami memulakan langkah… agak lewat sebenarnya, tapi ada benda2 teknikal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Perjalanan melalui denai2 ..terdapat kelibat orang asli yang keluar masuk kawasan ni. Kawasan ni dahulunya kampong laman dorang..kebetulan skarang ni musim petai..memang banyak pokok petai di kawasan ni..tingginya x terkata..camna dorang ni panjat..ilmu terbang kot. Kami teruskan langkah dengan penuh ceria…selepas dalam 5 minit berjalan, mailah cabaran pertama, satu pendakian yang agak curam…bukit yang constantly agak curam…huh..awal2 lagi dah camni..aku berada di agak di hadapan bersama abg din dan meon…mr khai terpaksa berada di belakang jadi sweeper kerana dia dah berjanji dengan BJ hehe bye2 mr khai..


perjalanan menyusuri lereng batu yang licin..di dalam gambar adalah abg din, yang x penah jemu menjadi model aku


aripin mengatur langkah penuh hati2..klu x hati2 pi kutip tulang dalam gaung la jawabnya (pic by mr khai)


Pendakian ni walaupun x pacak tapi 45 darjah ada kot tapi panjang bukit ni…menyebabkan barisan tadi terpisah..aku dalam group hadapan…sampai saja di kawasan rata kami berenti untuk regroup balik sambil2 rehat..ermm awal2 lagi dah len macam dah ni … selepas smua berkumpul kami meneruskan perjalanan, trek pendakian agak flat..tapi pendakian di lereng2 bukit yang curam…kerap kali terpaksa berpaut pada akar2 dan dahan pokok kerana trek yang licin..secara jujur walaupun tidak ada pendakian yang pacak, trek ni bagi aku sangat bahaya…treking di lereng2 dan terpaksa melepasi kawasan berbatu curam yang licin dan terpaksa berpaut pada akar pokok memang risikonya tinggi..klula tergelincir ataupun dahan pokok atau akar tu putus, alamatnya berenti dalam gaung la jawabnya..kecut perut juga. Perjalanan kemudiannya terpaksa merentasi kawasan sungai berbatu dan air terjun..trek di peringkat ni hanya mengikuti kawasan sungai…aku x pasti berapa kali , tapi agak2 3-4 kali gak kena cross sungai..airnya x dalam, paras lutut saja..tapi arusnya agak deras..aku bertindak untuk turun ja dalam sungai..x berani nak lompat atas2 batu tu..sebab batu2 yang berlumut terlalu licin.


waktu ni semua masih ceria..


Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahhari …memang x sampai petang pun..dalam 40 minit perjalanan..hujan mula turun…renyai2, ini menyukarkan lagi pendakian..trek menjadi semakin licin..paras air sungai kemungkinan akan meningkat..aku dok kumpulan depan waktu ni, bersama abg din, meon, fit, ayu, yaakob,jeff dan 1-2 orang lagi kawan2 yang aku x ingat dah. Dan seperti biasa abg din la di depan sekali..mengekori Lah (guide) dengan agak rapat..ermm lain mcm abg din ni, hebat betoi dia …kami akhirnya sampai di dataran pacat…kawasan tepi sungai..agak lapang kawasan ni, berenti rehat sini sambil tunggu kawan2 lain..aku ambil kesempatan untuk top-up bekalan air ..sempat lagi kami bergambar kenangan. Sesudah smua regroup kami meneruskan perjalanan…merentasi kawasan berbatu-batu di lereng2 bukit kadang kala merentasi sungai..agak memenatkan, aku sudah terpisah dengan group depan…di belakang ku kini hanya ayu dan fit saja..risau juga takut sesat..kerana di peringkat ni banyak trek2 palsu..laluan-laluan orang asli…silap masuk alamatnya sesat la…tiada kelibat mereka di hadapan…so aku hanya follow saja kesan trek di hadapan…tiba-tiba terdengar suara panggilan orang sayup…suara Lah guide rupanya, terselindung sedikit kawasan tu..kami pun menuju ke kawasan tu…”wahhhhh cantiknya! Ada waterfall rupanya” kataku kat Lah…terkejut aku, x sangka tersergam 1 waterfall yang cantik di tengah2 hutan ni…terpesona sungguh…kat situ kelihatan abg din, meon, toy (guide) yang dah sampai lebih awal lagi…


antara sungai yang perlu direntasi


berhenti rehat dan regroup di dataran pacat


Lah kata kami akan rest di sini untuk lunch dan tunggu smua ahli group sampai dahulu..barulah kami teruskan perjalanan…aku letak beg, bukak kasut..dan terus duduk atas batu tu..sambil terpukau dengan keindahan dan kecantikan air terjun …air terjun tanpa nama…pukul 2.30pm time ni, kira 2 ½ jam kami berjalan. pakaian yang dipakai habis basah..kerana peluh dan hujan…berpeluh agak banyak juga…penat…sambil aku usha abg din..”hang laju” kataku padanya…dia macam biasa gelak saja…gelak jahat…meon juga laju…x sangka..aku ingat dia akan stranded kat belakang mcm dulu …


kewujudan waterfall di tengah2 hutan betul2 mempersonakan


Aku rest agak lama…bagi suhu badan turun…Lah dah terjun dalam air waktu ni..aku memang pantang jumpak air..camna pun kena berendam gak… “muka kasi ata sinyum!!” dengan jeritan gembira, kuat aku jeritan meminjam dialoq cerita p.ramli dalam perndekar bujang lapok…aku terus membuat terjunam tirup ke dalam air..bummm! dalam air..adeh pedih dada...x berapa tirup rasa…nkawan2 lain, abg din, meon, toy pun pun turut sama mandi…memang aku suka…sejuk dia memang x terkata la..memang sejuk. Dari samar2 tu muncul mr khai..ehh “mana Bj?” tanyaku kat dia…dia kata dia x sanggup jadi sweeper…”perjanjian hang dengan BJ hanya bertahan 2 jam ja” aku kata kat dia..aku gelak, dia gelak lagi kuat…

dari kiri abg din, toy dan aku..inilah nikmat


life free!


Kami menikmati lunch sama2…aku tapau nasi putih, lauk kari ayam, sayur dan telor masin…walau lapar dan sejuk…aku belasah jugak makan..xla sedap sangat..nasi berlaukkan kari ayam dan berkuahkan air hujan…kuah kari dan air ujan sama banyak aku rasa…makan jugak..ni la bekalan tenaga aku. BJ sampai juga akhirnya..mcm biasa dia jadi sweeper bersama nazwan, solah, shahril dan wan ..tapi ada group lg belakang dia…x larat nak tunggu dah dia kata…benda pertama dia kata bila dia tengok aku ialah “mana kuah kari ?” aku gelak..”ada2” aku menghulurkan kat dia kuah kari bersama separuh lagi daging ayam yang aku simpan kat dia. Hampir pukul 3.30 ..kelibat group terakhir belum ada…aku betul2 kesejukan sekarang…sudah terketar2…jari kaki dan tangan sudah kebas…maybe kesan dari mandi waterfall tadi…


ujan renyai2 waktu ni...masih nasi berkuahkan air hujan, still smiling ;)


Pukul 4.00 pm…masih belum sampai group terakhir, aku tanya Lah..brapa lama lagi nak sampai ke Kem Seroja..dia kata 2-3 jam lagi…aduhh..kalau 3 jam maksudnya kul 7 pm..7 pm dalam utan dan gelap gelita dah. Akhirnya kami shoot dalam kul 4 lebih..abg din jalan dulu, dia ikut follow amri (potter) dan shahril (potter) diikuti oleh meon, mr khai , jeff dan aku, belakang aku plak syima n the gangs , ayu , fit, dan yang len2. Jalan2 terus saja mendaki…bukit ni dinamakan bukit penat, memang penat pun..trek yang curam 60-75 darjah …dah pendakiannya yang agak berterusan…sangat memenatkan…aku melangkah dengan agak santai, ..tidak terlalu memaksa..sambil menunggu kumpulan belakang..amri, shahril, abg din, meon, mr khai dan jeff sudah ilang dari pandangan…tinggal aku sorang2 ni…ermm masih perlahan group di belakang aku…ermmm..camna ekk, nak tunggu dorang ke or nak kejar group depan…last2 aku kejar …mula2 aku potong jeff..dia sudah agak kepenatan…berjalan seiringan sekejap..sebelum aku mula meninggalkan dia…aku berjalan keseorangan hingalah kelihatan kelibat mr khai di depan ku…aku merapati nya…dia juga kelihatan agak penat…aku berjalan seiringan dengannya..dia stop aku stop, dia jalan aku jalan…kelihatan meon di hadapan…agak jauh jugak…last meon pun hilang…akhirnya mr khai stop lagi, kali ni aku x stop..”khai, aku pergi dulu” kataku…dia hanya member isyarat OK ..setiap tutur kata mengorbankan tenaga…aku bergerak solo semula..tapi x jauh kemudian aku nampak kelibat meon, laju jugak mamat ni…aku berjalan seiringan dengan meon..aku di bergerak di belakangnya…


pendakian di bukit penat...memenatkan..kelihatan mambang2 kuning..(lembaga2 DIGI) jangan mara ahhhh..


Kami sudah melepasi kawasan bukit penat, pendakian sekarang agak flat tapi di kawasan lereng2 bukit yang agak merbahaya…terdapat pokok2 balak yang tumbang merentasi trek…balak sebesar 2-3 pemeluk, memang sukar nak melepasi halangan balak ni…sebab betul2 di lereng bukit..mau x mau kena peluk jugak…peluk kuat2 ..kalau terlucut pelukan tu pakai kutip tulang la dalam gaung tu…aku sudah memotong meon waktu ni…tapi berjalan seiringan…tapi agak ke hadapan…kadang kala aku panggil namanya..dia menyahut…hinggalah aku meninggalkan meon…aku betul solo sekarang…tiada kelibat abg din di depan..dia dah jauh ke depan…meon pun dah ilang dari pandangan di belakang…aku gerak sorang2..trek mula berubah…trek turun dan naik waktu ni…keadaan hutan pun agak tebal..terpaksa melepasi kawasan berlembah…dan anak sungai…seram lak rasa solo kali ni…( seram aku memang munasabah..kawasan ni memang len macam sikit..itu menurut cerita amri (potter kami) 2 hari selepas trip ni selesai) xpa ..aku akan ceritakan pasal tu kemudian..kerana waktu ni xtau apa2 lagi…


11 km ke puncak? entah betul entah tidak..aku pun x pasti


Aku buat keputusan yang aku akan tunggu meon (keputusan yang bijak aku rasa), aku pun stop..sambil tunggu kelibat meon…nampak ja dia aku gerak pelan2 …sambil2 tu aku psyco dia ..x bagi dia stop lama2..hehe..dia nampak agak penenatan..aku pun penat…tapi hatiku memang x berapa sedap kat area ni…aku paksa dia jalan gak…aku nak elakkan sampai ke kem Seroja malam…kami teruskan perlalanan…melepasi kawasan anak sungai terakhir…gerak lagi hingga di kawasan pokok tumbang merentasi trek..aku lepak situ, meon sampai kemudiannya..aku ajak dia dok..agak lama rehat situ, dalam 5 minit gak..dah kul 5 lebih..aku mengeluh kul brapa nak sampai kem kijang..aku target 1-2 jam lagi..penat dan stess..”jom!” aku kata kat meon..kami teruskan perjalanan….X lama pastu aku dalam samar2 aku nampak macam ada kawasan lapang di depan…dengar suara orang…nampak kelibat abg din, amri dan shahril…aku tanya dorang kat sini ka kem seroja..kata “ya” ..sekali lagi aku tanya…”kita nak camp kat sini ka?” jawapannya sama….aduhhh…aku sangka jauh lagi…rupa2nya x la jauh sangat…jam dalam pukul 5.20 pm ..kira2 1 jam lebih saja berjalan dari waterfall tadi. Dorang ucapkan tahniah kat aku n zomba…abg din senyum saja..x nampak sebarang riak letih di mukanya…”aku menang” ucapan yang ringkas darinya sambil tersenyum bila aku bersalam dengannya..senyuman penuh bangga dan puas, riak jahat hehehe aku kenal dan faham sangat senyuman camni, sebab aku yang selalu buat camni kat dia sebelum2 ni…its pay back time hehe aku x kata apa..dia memang laju…”xpa, masih ada 2 hari lagi” kataku dalam ati…aku sebenarnya x begitu teruja untuk berlawan kali ni…perjalanan masih jauh..hatiku masih lagi dihantui oleh kerisauan….

Cerita sikit pasal kem Seroja ni...kem ni campsite yang sesuai didirikan oleh para pendaki sebelum perjalanan ke puncak pada keesokan harinya. kawasannya luas, sesuai dan boleh menempatkan ramai pendaki dalam satu2 masa..aku ingat setakat 40-50 orang leh muat. Kebiasaannya pendakian makan masa 4 hari..2 naik dan 2 turun, pendakian hari pertama biasanya akan bermalam di kem seroja ataupun kem kijang. Hari ke-2 besanya pendaki akan shoot terus ke puncak dan camp kat puncak. Trip kami lain skit, kami buat 3 naik dan 1 turun.


mr khai membantu kawan2 lain memasang khemah (pic from mr khai)

Langkah seterusnya ialah untuk memasang khemah, kami sama2 berkerjasama untuk pasang, khemah aku bersebelahan dengan khemah abg din dan meon…mr khai sampai x lama selepas tu…mukanya agak pucat…aku sangkakan sebab penat..rupa2nya ada cerita lain disebalik tu…nanti lah aku cerita apa yang sebabkan dia mcm tu..sebab sekarang ni dah kul 12.30 am (time mengarang ni)..aku lak dok sorang2…risau gak ..bukan takut…x berani ja hehe.satlagi benda tu mai tokak (gigit) belakang aku susah..xdak sapa nak mai tolong aku..


dari kiri wan , aku dan ayu (pic from mr khai)


Mr khai sebagai head chef…tugas pertama dia ialah setup kawasan nak masak…aku tolong dia untuk pasang flysheet dan floorsheet , ikut saja apa yang dia suruh…time ni kawan2 pendaki lain pun dah sampai…seterusnya ialah prepare untuk dinner…ermm ..kali ni kami tukar style… besanya kami bawak portable stove ..kali ni guna cookers n kayu api saja…. dan kayu api memang basah…dok pulun idupkan api…dr petang sampai maghrib…x idup2 gak, aduh…kecewa sungguh rasa…perut dah la lapar gila…akhirnya aku tinggalkan ja dapur yang x berasap tu…pergi ke sungai sorang2…dekat ja dari campsite…mak aiii kesejukan airnya memang luarbiasa…berendam skit terus rasa kebas2…so ala kadar ja la…kasi basah skit2…amek syarat …


sungai di tepi kem seroja..kelihatan amri guide (pic from mr khai)


Time ni ramai2 pakat lawan dok nyalakan api…tapi api yang dok nyala x padam2 tu api rokok je la hehe tu pun yang sempat diselamatkan…abis sekotak basah…akhirnya maybe kesian tgk kami punya dok kipas tapi x nyala2 kot…Lah dengan bermurah hati bagi kami gunakan dorang punya stove untuk masak nasi…dekat2 lewat malam Solah Berjaya juga menghidupkan unggun api..hebat tul dia..x jemu2 kipas..kayu yang basah jadi kering sebab dia guna solar power (kuasa solah) …kipas x berenti …sempat juga untuk masak nasik untuk sarapan esok….

suasana di kem seroja


Malam tu aku hanya berborak2 dengan mr khai dalam khemah…aku dan dia mmg susah nak lelapkan mata…tambah pulak lantai khemah yang lembap…lagi la susah rasanya nak tido..dalam borak2 tu abg din tiba2 bangun…lapar katanya…aku teruskan berborak…kawasan sekitar kem seroja sunyi sepi…semua rakan2 lain dah tido…dah diulek mimpi sampai ke mana tah…badan penat..sure nyenyak tido…abg din panggil makan megi….aku bangun terus..rezeki jangan jangan di tolak…hantu jangan di cari ..(ces..cabul mulut ..) sambil2 tu aku dan mr khai memekik “oiii bangun suboh!!” hehehe padahal waktu sekarang dalam kul 1.30 am camtu…sure dorang marah …hehe biarla..

Aku cuba lelapkan mata…tapi memang payah,..mata x ngantuk…bukan badan x penat..penat…rasa jeles plak dengar si meon dan abg din memasang turbo (berdengkur) …sedar2 dah kul 3.30 am….sure pendakian esok akan bertambah sukar..tah la kul brapa aku lena…..

End of Part 3

#jangan lupa untuk ikuti Episode 4 yang bertajuk ‘The nightmare’ …aku akan kupaskan kejadian yang berlaku kat aku dan mr khai...yang aku x ceritakan kat kawan2 masa kat atas gunung ari tu…

4 ulasan:

  1. wow..menarik dan terasa cabaran for someone yg x pnah hiking..cant wait to read next episode 'the nightmare' and the rest..hohoho....... Go Mr Pau Go

    BalasPadam
  2. u should join us next time...feel the challenge in real...i saja nak share pengalaman, biar kawan2 leh rasa camna 'feel' mendaki gunung :)

    BalasPadam
  3. really!! tawaran menarik tu.. ermm ni kena tgk stamina dolu ni xnak la nnt beria2 nk ikut, blom pon sampai separuh jln dah teringat katil kt umah, TV DLL di sebbkn kepenatan.
    its good what.at least i could feel like i have been to gunung korbu only by reading your blog and looking at the photos attached...

    BalasPadam
  4. bagusnya kita leh release tension...lupakan masalah di tempat keja...mcm u lagi la Dr Ros, sure tension ngan tugas merawat pesakit yg mcm2 kerenah hehe

    BalasPadam