EPISODE 1 - PROLOGUE
Kira-kira 2 minggu selepas pendakian Bubu berakhir aku menerima sms dari BJ yang menyatakan hasrat nak buat trip seterusnya ke Gunung Korbu. Terkejut jugak sebab baru ja abis trip (Gng Bubu), komen serta kutuk mengutuk antara aku dengan abg din dalam fb pun masih panas lagi. Aku kembali bersemangat, sebab sejak2 balik dari trip Bubu ari tu memang rasa agak kebosanan…rindukan suasana gunung, suasanan di dalam utan, sungai yang jernih, telatah dan gelak ketawa rakan2 pendaki, pacat yang menggelikan tapi comel2, serta udara yang segar dan nyaman…
Tarikh telah ditetapkan iaitu 25-28 Jun 2010, harap2 x tunda…jadi dalam masa x sampai sebulan ni aku isi dengan aktiviti biasa aku, kadang2 pegi kebun getah aku, gi boh baja anak getah yang berusia kira-kira 4 tahun, harap2 cepat besar..leh aku dapat side income nanti, kadang2 cycling offroad …sebagai fitness training..kadang2 tidor saja petang2 …
Aku hanya buat research pasal gunung ni pada saat2 akhir 3-4 hari sebelum trip bermula, xda masa sangat..sebab sibuk dengan menghadiri undangan kenduri-kendara orang dan sibuk tengok FIFA World Cup. Agak menggerunkan bila membaca tulisan2 orang yang dah daki gunung ni, xdak satu komen pun yang kata gunung ni senang, yang ada hanya kata pendakian yang sukar, trek yang bahaya dan macam2 lagi ayat2 yang membuatkan timbul rasa risau di hati. Aku dah kurang excited..aku mula rasa risau..bermacam2 benda yang timbul dalam ati…
Gunung Korbu ni adalah gunung yang paling tinggi antara 6 gunung yang dah aku daki, tempoh trip pun paling lama iaitu 4 hari 3 malam. Bermacam kisah suka duka sepanjang trip ni..terlalu banyak benda yang aku nak ceritakan, macam2 pengalaman baru yang aku tempuh, ada kalanya boleh diterima oleh akal, ada yang dikategorikan sebagai kerja gila termasuk operasi menyelamat (rescue action). oleh itu aku akan tulis dalam bentuk siri, ala macam drama bersiri tu…xtau la berapa episode , tengok mood dan kelapangan masa camna…
Cerita sikit pasal Gunung Korbu ni, dengar nama Korbu pun sudah agak menggerunkan..gunung ni terletak di Negeri Perak, lebih tepat lagi di Banjaran Titiwangsa. Terdapat 3 starting point, melalui Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, melalui Tanjung Rambutan (menurut guide laluan ni jarang di gunakan kerana jauh..tp yang paling kurang mencabar ikut sini la) dan yang ke 3 ikut Cameron highland, ikut Blue Valley..biasanya laluan ni akan dipilih oleh pendaki yang akan buat Trans climb (pendakian ke beberapa puncak gunung dalam satu trip). Gunung korbu tingginya 2183m (7162 ft),kedua tertinggi di semenanjung..hanya 5 meter lebih rendah dari Gunung Tahan. Kiranya kali pertama aku dan geng2 group pendaki JAS mendaki gunung yang melebihi paras 2000 m , so bermacam-macam perasaan bermain di fikiran samada kami mampu menakluk si Korbu atau tidak kerana sebelum ni dok layan gunung yang tingginya dalam 1200 – 1600 m saja. Gunung Korbu adalah 1 daripada 7 gunung yang ketinggian melebihi 7000 ft dalam kumpulan gunung yang lebih dikenali dikalangan pendaki sebagai G7. So ini G7 yang pertama kami. Hope bukan yang terakhir hehe.
Puncak Gunung Gayung, bersebelahan dengan Gunung Korbu
Trek pendakiannya pula bagi aku adalah yang paling sukar dan merbahaya daripada 5 gunung yang telah didaki. Buleh dikatakan semua laluannya semuanya pacak saja..bisa membuatkan lutut terketar…dan bagi tidak direkomenkan untuk 1st timer (tapi ada 1st yang buat kejutan sampai dalam kumpulan awal..pompuan plak tu..credit for her!) dan juga yang x buat fitness training. Bagi aku fitness level mesti tinggi untuk mendaki gunung macam Korbu ni…kalau x sure akan menyesal, kerana bila lutut dah terketar dan lidah mula terjelir, member tanya pun dah x larat nak jawab maka tidak ada gunanya lagi…segala keseronokan mendaki akan hilang, digantikan dengan penyesalan dan juga penderitaan (dasyat ayat aku ni hehe. Maka pada waktu itu akan terbayang la saat2 di rumah berbaring sambil menonton tv ataupun tengah makan KFC, dan terlintas di fikiran apasal la dok buat keja gila cari letih ni, bayar plak tu untuk letih hehehe
Untuk sampai ke puncak Korbu, pendaki terpaksa menawan beberapa puncak terlebih dahulu iaitu puncak Bukit Botak, puncak Chuban, puncak Korbu Raya (anak Korbu) sebelum sampai ke puncak Korbu. Terdapat beberapa kem yang sesuai untuk dijadikan campsite seperti Kem Seroja , Kem Kijang dan puncak Korbu.
Memetik kata2 Dato Khalid Yunus (Presiden Persatuan Mendaki Malaysia) berkaitan dengan trip Gunung Korbu beberapa tahun lepas. Dia kata walaupun dia dah mendaki banyak gunung-gunung di serata dunia termasuk Everest Base Camp, pendakian Gunung Korbu ada cabaran yang tersendiri. Ada juga 2 orang peserta dari group kami yang pernah mendaki gunung Tahan berkata Gunung Korbu lebih tough dan sukar dari Gunung Tahan, tah la..aku pun x pasti, sebab aku pun x pernah daki lagi gunung Tahan, harap2 aku ada peluang daki jugak gunung tertinggi di Semenanjung tu sebelum aku bersara dalam aktiviti ni.
Above the sky (stunning view from at top of Bukit Botak)
So dalam beberapa hari yang masih tinggal sebelum trip, aku pun mula prepare bih kurang apa yang patut ada. Sempat jugak keluar ke Alor Setar untuk tangkap jam Casio Pro Trek triple sensor. Dah lama dok idam jam ni yang aku kira sangat berguna dan sesuai untuk aktiviti macam mendaki gunung ni. Sempat juga menemani abg din dan meon yang menyahut cabaran pada saat2 akhir untuk join trip, teman meon nak beli kasut hiking..akhirnya beli juga jenis Adidas Outdoor , dulu dia pakai kasut croc (yang tiruan hehe) masa turun gunung Besar Hantu di N. Sembilan..akibatnya tergolek dok 3-4 kali sebab trek yang terlalu licin, dah nasihat banyak kali tapi xmau ikut nasihat otai..tu la akibatnya. Abg din dok keja gelak ja kat time dia tergolek tu..aku hanya sengih2 ja..so kali ni dia dah belajar dari kesilapan. Masa dalam keta aku x cakap banyak dan x terlalu excited tentang battle to conquer Korbu summit..aku hanya bercakap tentang cabaran sukar yang bakal kami tempuhi nanti…camna nak survive dengan keadaan trek yang extream… sebenarnya mood aku dah berubah selepas membaca beberapa blog tentang pendakian Korbu beberapa hari lepas..timbul rasa risau..berbelah bagi plak rasa antara nak p dengan x pi..hinggakan mood abg din dan meon pun berubah sama..
End of Part 1
tumbs up....
BalasPadamZaman
tq bro
BalasPadambravoooo..kepuasan terserlah pada tulisanmu..keep it up and keep on sharing.
BalasPadamtq mr zan,jgn la segan utk beri tunjuk ajar
BalasPadam